Booking.com

Monday, October 28

Cuti-cuti di Hatyai/Songkla ( Part 3)

Assalamulaikum...
Tak habis lagi entry pergi Hatyai nie....
Hari terakhir iaitu 14 Oktober 2013

Lepas bangun dan check out hotel,   merayau-rayau jalan kaki di Pekan Hat yai....cari apa-apa barang yang patut...lalu satu kawasan pasar....Nama pasar nie kalau tak silap ..Santisuk Market.


Tak beli apa-apa...sibuk snap picture je...









Buah-buah dan sumber laut seperti udang/ikan semuanya fresh-fresh belaka...........



Selepas tue, kami  pun meneruskan perjalanan lagi...... lebih kurang 25km ke Pantai Samila di daerah Songkla.  Jalannya lurus aja dan ada sign board di sepanjang perjalanan...jadi tak lah susah nak sampai ke Samila Beach.



Beriya-iya tengok peta tapi sesat jugak............huhuhu
 
Inialah patung Duyung...simbol Samila beach...


yeah!!! we are here at Samila Beach................
Actually,  tak ada apa pun kat Samila beach..sama seperti pantai-pantai yang lain...boleh mandi-manda kalau nak....makan-makan kat tepi pantai macam kat pantai Port Dickson....pantai dia bersih dan memutih...





 
Paling suka patung Kucing dengan tikus nie...i kan peminat kucing..


Ada sebuah lagi patung yang terletak di bulatan berhampiran pantai...............sedang membaca buku...


Nie yang tertulis kat tugu nie... Knowledge creates man. The Nation is created by man, Power comes from knowledge, The nation must be created by the Creative man.




Lepas kami berehat sebentar sambil makan sotong goreng tepung, udang goreng tepung, som tam yang di jual oleh  peniaga di tepi pantai kami pun beredar untuk meneruskan perjalanan pulang.

Pengalaman membawa masuk kenderaan ke Thailand telah kami cuba....anda bagaimana???

Anyway,  percutian singkat tapi tetap menyeronokkan.................Wassalam.


With love,
miedajaz



Thursday, October 24

Cara-cara membawa kereta masuk ke Thailand

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Ramai yang mungkin nak tahu cara-cara atau prosedur-prosedur membawa kereta memasuki Thailand..jadi tergeraklah hati ni nak tulis entry dan ianya berdasarkan pengalaman. Mula-mula tak berani juga nak bawa kereta ke Thailand..tapi lepas baca orang lain punya blog,  lepas tue ikut procedur yang betul rasanya tak ada masalah pun....insyaallah...

  •  Mula-mula sekali fotostat geran. Ramai orang bertanya perlu bawak geran kereta origional ke tidak??  Kalau ada yang original bawaklah sekali tapi jangan bagi kat kastam atau imigresen yang original..naya !!!!  bagi yang tak ada geran original jangan risau, ambik geran yang fotostat pergi chop kat balai polis yang berdekatan dengan rumah anda. Ada sesetengah blogger kata tak payah chop kat balai polis lepas je dorang masuk Thailand....tapi aku tak berani buat macam tu...klu korang rasa2 nak buat macam tue terpulanglah.... lepas chop tue buat lah fotocopy lebih sikit. Owner kena pergi sekali tau....kalau owner tak pergi kena dapatkan surat kebenaran dari owner..  

  •  Sampai kat sempadan,  tak kiralah nak masuk melalui Padang besar ke atau Bukit Kayu Hitam...korang kena isi minyak penuh-penuh tangki...sebab minyak kat Thailand mahal dari Malaysia (depa tak da subsidi)...

  • Jangan lupa berhenti dulu kat sempadan dan jangan lupa beli insuran.  Aku beli untuk seminggu RM18.00

  •  Apa lagi...lepas dah siap insuran .....masuk lah Thailand. Kat sini nak bagi tip sikit sebab kami terkial-kial masa memelalui imigresen... Sebenarnya....parking kereta dulu...semua-semua penumpang kereta pergi beratur chop passport dulu,  lepas tu baru owner kereta bawa geran dan insuran pergi yang bahagian lain untuk daftarkan kenderan dorang...jangan lupa balik pun buat macam tue....

  • Ingat !!! masa nak chop passport letakkan RM1.00 kat dalam passport...klu nak taruh lebih terpulanglah...hehehe.  Rasanya depa minta kat orang Malaysia je(depa rasa orang Malaysia semua kaya2 kot)..orang lain macam tak kena je RM1 tue.... ada gak orang Malaysia depan aku tue tak bagi RM1,  pegawai imigeresen tue siap minta lagi...jadi senang cerita hulur ajelah sorang seringgit....waktu balik pun sama tau... 

Jangan lupa beli insuran tau.......ada je sebelah kiri sebelum sampai tol kaunter passpot tue
 
kalau sampai sini..suka hatilah nak parking sebelah mana..kami parking sebelah Thailand...yang penting beratur chop pasport dan daftar kenderaan


   

Senangkan....selamat mencuba

Wassalam.

With Love,
miedajaz


PERCUTIAN KELUARGA DI HATYAI/SONGKLA (Part 2)

12 Oktober 2013 (Hari Kedua)

8.00 pagi - Bersarapan di Simpang Empat,Perlis dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Bukit kayu Hitam

10.00 pagi - Tiba di Bukit kayu Hitam .  Ambik insuran kereta sebelum masuk dan cop pasport..jangan lupa tau.  (Aku akan terangkan secara detail cara-cara membawa masuk kereta ke Thailand dalam entry seterusnya....kalau nak tahu jangan lupa baca tau)

Dah sampai border u.............


Ini tempat aku beli insuran...awek ni tolong isi departure card..RM1.00 Satu pasport....Insuran Seminggu RM18

selepas semua urusan di border selesai (nasib baik orang tak berapa ramai mungkin dah nak raya Aidil Adha jadi tak lama sangat untuk cop pasport,  lebih kurang 20 minit).


Dah masuk Thailand Dah.....
12.30 tengahari- sampai di pekan Hatyai tapi dekat pukul 2.00 baru sampai di Hotel.. Apa tidaknya asyik pusing-pusing cari Hotel.  Sebenarnya,  bukannya susah sangat...dah lalu pun dekat situ tapi asyik pusing-pusing je...akhirnya minta tolong orang...adalah sorang mamat siam offer untuk tolong tunjukkan tapi kenalah bayr upah..dia minta 50 Baht..(lebih kurang RM5.00)...bayar ajelah..janji sampai.  Bagus betul mamat nie..hantar betul2 depan hotel...siap bagi isyarat bila nak membelok ke kiri dan ke kanan...dah macam polis traffic.

moral dalam cerita nie  :  Malu bertanya sesat jalan....nasib baik kami tak malu..

Mamat siam nie bagus betul kalau jadi guide..............


Nie hotel kami ....book kt Booking.com.......RM 66 semalam
Hotel biasa2 aje..tempah kat Booking.com, cuma yang bestnya hotel nie dekat restoran halal....sebelah kiri restoran Shah Alam( jgn terkejut ...owner bukan orang shah Alam pun...orang Pattani)....sebelah kanan Restoran Kelantan ( nie sahlah... orang Kelantan punya..tak makan kt situ pun tapi tengok restoran pun boleh tau)


makanan memang sedap kt Restoran Shah Alam nie.

Harga kt Restoran Shah Alam nie standard Malaysia (Siakap 3 rasa + Tom Yam + kang kung belacan + udang goreng tepung + air = RM90.00)


Lepas check-in, letak barang-barang semua dan berehat sekejap,  kami pun turun ke bawah hotel. My hubby memang cakap surrander nak bawak pusing-pusing guna kereta.  JPS kami bukan papago jadi tak cover Thailand....apa lagi guna khidmat TUK..tuk...


Masing-masing teruja dapat naik Tuk tuk.
 

     
Pemandu Tuk2 minta 50,00 Baht untuk pergi ke Floating Market.. Aku rasa macam tak patut je...ada baca blog orang lain..dorang ckp cuba tawar- menawar...akhirnya dapat 40,000 Baht pergi ke Flaoting market dan Chang Puak Camp.. (rasanya ok..sbb jauh jugak gi Floating Market tue ...dah lah dia tunggu kita).

Mula-mula terjah Chang Puak Champ dulu...............

Siapa2 nak naik gajah..nielah tempat dia... kami sekeluarga tak naik pun...sebab masa kami sampai hujan lebat,  lepastu kami rasa harga dia sangat x berbaloi..500Baht seorang untuk 30 minit naik gajah....jadi kami pun tangkap2 gambar kat situ...

Depan Chang Puak Camp





Feeding the Fish - 100 Bath..macam bagi susu



Lepas tu pemandu TUk2 bawak kami ke Floating Market.









Ais krim kelapa dia sedap...............air longan dalam bekas doremon baru 20 Baht...



Nasi Ayam/ rojak/jeli/ air longan..semua sedap2 belaka.....
  
Gembira dapat pergi kesini... yang penting dapat spend time dengan keluarga...Kata orang Jauh perjalanan Luas pemandangan..betul ke peribahasa aku nie...huhuhu..

Sampai jumpa lagi...wassalam


with love,
 miedajaz

Thursday, October 17

PERCUTIAN KELUARGA DI HATYAI/SONGKLA (Part 1)

Tarikh :  11 Oktober - 14 Oktober 2013
Kami sekeluarga sebenarnya berpakat nak melawat Pak Long yang sakit di Padang besar,  Perlis. Dah beberapa bulan dia sakit,  jadi bila anak-anak dapat bersama maka bermulalah perjalanan kami ke utara Semenanjung.....


9.30 mlm (11 okt)- kami memulakan perjalanan dari rumah melalui Lebuhraua Utara Selatan.  Perjalanan berjalan lancar,  walaupun di khuatiri lebuhraya akan sesak maklumlah mungkin ramai akan mengambil cuti pada hari Isnin sebab raya Aidil Adha jatuh pada hari Selasa. Kami hanya berhenti sekejap di perhentian Tapah untuk minum dan ke Tandas.

2.30 pagi - sampai di perhentian Juru - itu maknanya dah nak sampai Penang....pemandu-pemandu semua dah mengantuk...kelopak mata dah tak boleh di angkat??? apalagi tidur dalam kereta.........kroh..kroh...kroh.....

6.30 pagi - bangun (lama gak tidur dalam kereta)...pergi tandas basuh muka.....amboi2...detail sungguh entry nie...sebenarnya nak cerita sikit pasal kejadian di tol Juru nie... Kami di kejutkan dengan keadaan seorang pakcik yang memang duduk kat kerusi berhampiran aku..Aku nampak pakcik nie batuk2..aku ingatkan dia sejuklah...naik motor pagi2...berhenti rehat sekejap.....tiba2 dok rehat2 tue terus terkulai atas pangkin depan tandas........

Masa gambar ni di ambil..aku rasa pakcik ni macam dah x da tapi ada yang dengar paramedic ckp tinggal nyawa2 ikan.....
Selepas ambulan datang,  kami pun meneruskan perjalanan kami....entahlah...tidak diketahui samaada pakcik nie masih panjang umur ke tidak...apa2 pun aku doakan yang terbaik untuk pakcik nie...

Dan sampai pun Kuala Sanglang..........huhuhu

Cari dulu sarapan...yang paling aku suka kat Perlis nie...kueh2 dan makanan dia murah2..nasi lemak nie tetap RM1...makan nasi lemak dgn coke botol...tak..tak...aku saja nak ambik gambar botol coke nie...dah x nampak kt KL...


Persinggahan kami dah sampai,  Simpat Empat Kuala Perlis............berehat sekejap petang nanti nak merayap kat Padang Besar...............


Dah sampai dah padang besar,  aku tetap dengan laksa...mulanya nak pekena laksa Kuala Perlis...tak palah laksa Padang Besar pun ok gak.....


Motif sebenarnya bukan nak tunjuk gambar nie....cuba tengok belakang tue...tulah sempadan Thailand..rumah PakLong sebelah jalan je....nak panjat gi Thailand pun boleh...kalau berani lah......

Awal plan nak masuk ke Hat Yai melalui Padang Besar tapi akhirnya tukar fikiran bila semua orang nak balik semula ke Simpang Empat untuk tidur........jadi esoknya bermulalah perjalanan ke Hatyai bukan melaui Padang besar tapi melalui Bukiit Kayu Hitam......Nanti aku ceritakan cara-cara membawa kereta ke Hatyai............Good Night.......

With love,
miedajaz




Friday, October 11

PERCUTIAN DI LOMBOK 2013

Dari Bali ke Lombok - 5 Julai 2013
Kami bertiga berhasrat nak ke Lombok dari Bali..nak cuba konon-kononnya. Lagi pun kalau gunakan fast boat hanya sekitar 1 jam aje tapi dengan cost 400,000 Rupiah(RM140.00)..jadi untuk jimat apalagi guna perkhidmatan ferry,  cuma sekitar 40,000 rupiah (RM14.00). Bezakan harga dia????


Ini dia tiket Ferry dari Padang Bai ke Lembar


Macam naik feri Pulau Pinang tapi lagi dahsyat....waktu malam ada tilam boleh baring2 kt lantai..
Kami menaiki feri pada waktu tengah malam untuk menjimatkan masa kerana penyeberangan akan mengambil masa selama 4 jam..jadi untuk sampai pagi kami ambil feri pukul 12.30 tengah malam..inilah yang membezakannya dengan fast boat yang mengambil masa sekitar 1 jam.

Suasana di atas feri.. waktu nie masa penyeberangan balik ke Bali(iaitu Lembar ke Padang Bai).Perasan macam naik cruise...huhuhu
Paginya kami sampailah di Lombok dan di jemput oleh supir yang boleh di percayai...kenapa cakap di percayai...huhuhu...korang semua kena faham..orang Malaysia kalau cerita pasal Lombok mesti teringat berapa ramai anak gadis yang terlah lari mengikut pemuda Lombok. Nanti aku ceritakan kenapa dorang suka bawak lari anak dara orang......

Lepas cari hotel dan bersihkan diri sekejap...kami pun memulakan sesi pengembaraan kami....mula-mula kami di bawa ke Pantai Sengigi......cantik pantai nie...




Perahu tradisional Lombok

Gambar-gambar dipantai sengigi...awesome


Merasa satay di Pantai Sengigi....rasa boleh tahan, yg uniknya nasi impit di balut dengan sejenis daun...abg supir dah ckp daun apa..tapi biasalah aku lupa..yg pasti kt M'sia x da orng balut camgini......

Ada satu pantai lagi yang cantik kat Lombok nie...pantai Malimbu ..bukan Malibu kt Miami tue tau..



 
Aku rasa pantai Lombok lagi cantik dari Pantai Bali...sbb kurang di terokai lagi...


Habis bergambar, makan2 di pantai Sengigi kami pun di bawa ke melawat rumah teradisional orang Lombok....SASAK VILLAGE




Di Sasak Village nielah kami di terangkan tentang cara hidup orang Lombok...masa nielah aku tahu kenapa lelaki Lombok suka larikan anak dara orang....sebenarnya memang adat dorang macam tue..klu dorang suka dan jatuh cinta dengan anak dara orang tue dorang mesti bawa lari ke rumah dorang dulu..lepas tu baru meminang......bagi dorang tak salahpun..anak dara kitalah yang jangan ikutkan hati sangat....

Nielah..rumah tradisional orang Lombok
Lawatan seterusnya........ke perusahan kopi dan teh. Kami di terang bagaimana kopi-kopi di proses di sini.
khusyuk mendengar cara2 pemerosesan kopi luwak




Semua teh dan kopi aku rasa....ada yang kena dengan tekak aku dan ada yang tidak....


Ada kopi yang memang aku tidak lalu nak minum..iaitu kopi luwak...kopi dari najis musang...tapi itu kopi terbaek

Jika masa mencukupi mungkin kami dah sampai ke Pulau Gili.......dari review blogger memang menarik tempat nie...mungkin trip ke 2 akan sampai kat sini....insyaallah

Seterusnya,  Pantai Kuta Lombok....Layan gambar-gambar kami di sini.... Bagi ku Pantai Kuta Lombok lagi indah dan bersih....yang penting tidak crowded macam Kuta Bali.






Saat air surut...............


Saat matahari mulai terbenam...................


Masa yang singkat nie kami cuba menikmati keindahan Lombok...Yang pasti akan kembali lagi jika di izinkan allah............Percutian singkat namun indah .........


With Love

APA YANG MENARIK DI IPOH?

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa minggu yang lepas,  k mid di ajak oleh anak-anak untuk pergi jalan-jalan ke Ipoh ,  Perak...