Skip to main content

Cuti-cuti di Hatyai/Songkla ( Part 3)

Assalamulaikum...
Tak habis lagi entry pergi Hatyai nie....
Hari terakhir iaitu 14 Oktober 2013

Lepas bangun dan check out hotel,   merayau-rayau jalan kaki di Pekan Hat yai....cari apa-apa barang yang patut...lalu satu kawasan pasar....Nama pasar nie kalau tak silap ..Santisuk Market.


Tak beli apa-apa...sibuk snap picture je...









Buah-buah dan sumber laut seperti udang/ikan semuanya fresh-fresh belaka...........



Selepas tue, kami  pun meneruskan perjalanan lagi...... lebih kurang 25km ke Pantai Samila di daerah Songkla.  Jalannya lurus aja dan ada sign board di sepanjang perjalanan...jadi tak lah susah nak sampai ke Samila Beach.



Beriya-iya tengok peta tapi sesat jugak............huhuhu
 
Inialah patung Duyung...simbol Samila beach...


yeah!!! we are here at Samila Beach................
Actually,  tak ada apa pun kat Samila beach..sama seperti pantai-pantai yang lain...boleh mandi-manda kalau nak....makan-makan kat tepi pantai macam kat pantai Port Dickson....pantai dia bersih dan memutih...





 
Paling suka patung Kucing dengan tikus nie...i kan peminat kucing..


Ada sebuah lagi patung yang terletak di bulatan berhampiran pantai...............sedang membaca buku...


Nie yang tertulis kat tugu nie... Knowledge creates man. The Nation is created by man, Power comes from knowledge, The nation must be created by the Creative man.




Lepas kami berehat sebentar sambil makan sotong goreng tepung, udang goreng tepung, som tam yang di jual oleh  peniaga di tepi pantai kami pun beredar untuk meneruskan perjalanan pulang.

Pengalaman membawa masuk kenderaan ke Thailand telah kami cuba....anda bagaimana???

Anyway,  percutian singkat tapi tetap menyeronokkan.................Wassalam.


With love,
miedajaz



Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...