Skip to main content

PERCUTIAN DI BALI 2013

Hari Pertama - 04 Julai 2013
Kali Pertama gerak sorang2 dari rumah ke LCCT.  Selalunya kalau seorang pun hanya sampai KL Central,  kat sana dah tentu ada member2 yang tunggu dan gerak sama-sama ke LCCT. Apa nak buat....sepatutnya percutian ini seramai 5 orang termasuk my hubby tetapi last minute hubby aku x dpt nak ikut serta begitu jugak seorang rakan.  Jadi tinggallah kami bertiga ke Bali dan berhasrat mengunjungi Lombok sekali...




Pukul 8.00 malam  sampailah ke Den pasar, Bali.  Dua orang sahabat setia menunggu bersama supirnya.  Lega tak terkira....kalau x ada yang tunggu...mampuih dean..huhuhu..

nilah...2 dara + 1 mak dara
Destinasi seterusnya makan malam di Jimbaran. Candle light dinner di tepi pantai siap dengan Pengaminnya dong....




Selepas makan malam ..apa lagi ronda-ronda sekitar Kuta Bali. Happening betul nite life diaorang.







Dah penat ronda-ronda...mata pun semakin kuyu..apa lagi nak cari bantallah....Kami pun menginap di Lembayung Sari guest House yg telah di tempah melalui Agoda.com.   Good nite!!!






Hari kedua -5Julai 2013

Esoknya,  mula2 sekali selepas sarapan pergi melihat tarian Barongan. Harga Rp100,000 seorang dalam RM32.00 (mahal jugak kan). Tarian dan cerita di persembahkan kira-kira satu jam .

Tarian Barongan.........ada unsur kelakar....

Aku tak faham sangat ceritanya tapi di beri kertas yang di tuliskan sinopsisnya..jadi bolehlah faham sikit2..
Lepas tue kami berkunjung ke Pasar Sukawati..Kalau nak beli souvenir dan baju-baju..aku rasa kat sinilah tempat yang paling murah..apa lagi kami pun belilah souvenir kat sini.

Lepas tue di bawa pulak ke kilang perbuatan silver dan batik. Macam lawatan sambil belajar... terpegun melihat seni ukir dorang nie..unik betul.


Selain dari melihat cara pembuatan silver..kita juga boleh membelinya disini..harganya mmg boleh tahan kerana kualitinya pun ok
Seterusnya ...ronda-ronda lagi ...ke Kintamani


makan disini berlantar belakang gunung Kintamani...

Cantikkan.............................



Petangnya,  kami ke Pelabuhan Padang Bai untuk menaiki feri ke Lombok...kami lepak2 di pelabuhan sambil mengalas perut dengan Maggi cup. Pengalaman menaiki feri dari Bali - Lombok , Lombok - Bali sangat memenatkan kerana masa yang lama di ambil untuk berlabuh............................malam kira2 4 jam dan jika perjalanan siang mungkin mengambil masa sehingga 6 jam....


Kepenatan.....tidur je kat lantai sambil menunggu feri pukul 12.30 malam


Anyway inilah di katakan pengalaman............................

Selepas bermalam dan menjelajahi Lombok............,  kami kembali semula ke Bali....juga mengunakan feri...kali ini menjelajah pantai Kuta Bali dan menikmati matahari terbenam......

saat matahari terbenam di Pantai Kuta







Sebenarnya banyak tempat yang kami tidak sempat berkunjung kerana kekekangan masa.
Rasanya kena  repeat lagi ............masih belum sampai ke Tanah Lot, Garuda kenchana  dan melihat Kecak Dance.  Anyway,  pengalaman yang indah...BALI IS LIFE.......

With Love,
miedajaz

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad