Skip to main content

PERCUTIAN KELUARGA DI HATYAI/SONGKLA (Part 2)

12 Oktober 2013 (Hari Kedua)

8.00 pagi - Bersarapan di Simpang Empat,Perlis dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Bukit kayu Hitam

10.00 pagi - Tiba di Bukit kayu Hitam .  Ambik insuran kereta sebelum masuk dan cop pasport..jangan lupa tau.  (Aku akan terangkan secara detail cara-cara membawa masuk kereta ke Thailand dalam entry seterusnya....kalau nak tahu jangan lupa baca tau)

Dah sampai border u.............


Ini tempat aku beli insuran...awek ni tolong isi departure card..RM1.00 Satu pasport....Insuran Seminggu RM18

selepas semua urusan di border selesai (nasib baik orang tak berapa ramai mungkin dah nak raya Aidil Adha jadi tak lama sangat untuk cop pasport,  lebih kurang 20 minit).


Dah masuk Thailand Dah.....
12.30 tengahari- sampai di pekan Hatyai tapi dekat pukul 2.00 baru sampai di Hotel.. Apa tidaknya asyik pusing-pusing cari Hotel.  Sebenarnya,  bukannya susah sangat...dah lalu pun dekat situ tapi asyik pusing-pusing je...akhirnya minta tolong orang...adalah sorang mamat siam offer untuk tolong tunjukkan tapi kenalah bayr upah..dia minta 50 Baht..(lebih kurang RM5.00)...bayar ajelah..janji sampai.  Bagus betul mamat nie..hantar betul2 depan hotel...siap bagi isyarat bila nak membelok ke kiri dan ke kanan...dah macam polis traffic.

moral dalam cerita nie  :  Malu bertanya sesat jalan....nasib baik kami tak malu..

Mamat siam nie bagus betul kalau jadi guide..............


Nie hotel kami ....book kt Booking.com.......RM 66 semalam
Hotel biasa2 aje..tempah kat Booking.com, cuma yang bestnya hotel nie dekat restoran halal....sebelah kiri restoran Shah Alam( jgn terkejut ...owner bukan orang shah Alam pun...orang Pattani)....sebelah kanan Restoran Kelantan ( nie sahlah... orang Kelantan punya..tak makan kt situ pun tapi tengok restoran pun boleh tau)


makanan memang sedap kt Restoran Shah Alam nie.

Harga kt Restoran Shah Alam nie standard Malaysia (Siakap 3 rasa + Tom Yam + kang kung belacan + udang goreng tepung + air = RM90.00)


Lepas check-in, letak barang-barang semua dan berehat sekejap,  kami pun turun ke bawah hotel. My hubby memang cakap surrander nak bawak pusing-pusing guna kereta.  JPS kami bukan papago jadi tak cover Thailand....apa lagi guna khidmat TUK..tuk...


Masing-masing teruja dapat naik Tuk tuk.
 

     
Pemandu Tuk2 minta 50,00 Baht untuk pergi ke Floating Market.. Aku rasa macam tak patut je...ada baca blog orang lain..dorang ckp cuba tawar- menawar...akhirnya dapat 40,000 Baht pergi ke Flaoting market dan Chang Puak Camp.. (rasanya ok..sbb jauh jugak gi Floating Market tue ...dah lah dia tunggu kita).

Mula-mula terjah Chang Puak Champ dulu...............

Siapa2 nak naik gajah..nielah tempat dia... kami sekeluarga tak naik pun...sebab masa kami sampai hujan lebat,  lepastu kami rasa harga dia sangat x berbaloi..500Baht seorang untuk 30 minit naik gajah....jadi kami pun tangkap2 gambar kat situ...

Depan Chang Puak Camp





Feeding the Fish - 100 Bath..macam bagi susu



Lepas tu pemandu TUk2 bawak kami ke Floating Market.









Ais krim kelapa dia sedap...............air longan dalam bekas doremon baru 20 Baht...



Nasi Ayam/ rojak/jeli/ air longan..semua sedap2 belaka.....
  
Gembira dapat pergi kesini... yang penting dapat spend time dengan keluarga...Kata orang Jauh perjalanan Luas pemandangan..betul ke peribahasa aku nie...huhuhu..

Sampai jumpa lagi...wassalam


with love,
 miedajaz

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag