Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Percutian di Melaka~cuti2 Malaysia

  Tarikh :  Sept 2010   Sebelum hantar anak balik ke asrama di Air Molek, Melaka,  kami sekeluarga dicide nak lepak2 & jalan2 kt Melaka.  Kat mana nak bermalam??  Aku rasa Kuala Sg Linggi ok kut.... Chalet dia murah dekat dengan pantai pulak. Suasananya tenang, malamnye boleh makan kat muara Sg Linggi Suasana di waktu matahari terbenam Meniti senja di kuala Sg Linggi Dah puas mandi-manda dan lepak2 di Muara Sg Linggi,  kami pun ke Bandar  Hilir,  banyak perubahan berlaku...al-maklum lama tak pergi melawat Melaka ni.....  Melaka River Cruise - Sedia menanti Anda     Gambar sekitar Bandar Hilir Melaka Pasti ramai yang dah sampai ke melaka jadi tak payahlah cerita panjang2 kat sini....Bagi yang dah lama tak berkunjung ke Melaka,  bagus juga ke sana jika berkesempatan......BYE Nampak sangat kemalasan melanda.....begitu simple entri nie....aduyai. With Love

Percutian di Surabaya (Part 2)

Day 3 Taman Safari Anak2 happy dapat lihat haiwan dengan dekat sekali~bestnya cuma di pertengahan jalan hujan turun dengan lebat sekali jadi tak dapat menjelajahi Safari Malang sepenuhnya~ Sang belang nie...tepi2 jalan je dia lepak Sang singa bersama kaum kerabat nya...banyaknye Si nakal nie asyik menunjukkan aksi2nye.. Perjalanan kami seterusnya ialah Coban Rondo maknanya "Air Terjun Janda"....wow menakjubkan~ ada kisahnye Air terjun Coban rondo ~kisah sang puteri yg baru kawin telah di nasihat supaya jangan keluar mengikuti suaminye tapi dia degil sangat lalu di serang oleh mereka yang memang nakkan tuan puteri tu...jadi suami dia soroklah dia kt air terjun ini,  sang suami pulak terbunuh dan sang puteri tunggulah kt air terjun tu tak keluar2...belakang air terjun nie mmg tak kena air pun... kt sini aku baca kisah Coban Rondo Air terjun nie tegak dan setinggi 15 tingkat Abadikan kenangan ini bersama-sama Ini pulak Balekem

Percutian di Surabaya ~Malang, Indonesia (Part 1)

Kisah pengembaraku ke Surabaya, Indonesia.  Asalnya 7 orang dewasa bersama 2 orang kanak2 yg akan mengikuti pengembaraan ini,  atas sebab tertentu tinggal 6 orang dewasa dan 1 orang kanak2 sahaja. Tarikh       : 27/12 - 30/12/2010 (4 hari 3 malam) Flight No.  : Airasia AK552 Sebelum berlepas ke Surabaya,  kami di kejutkan dengan berita letupan Mt Bromo, walaupun tidak sekuat Merapi tapi sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti kami yang memangnye nak ke mt. Bromo. Sebelum itu AirAsia telah reshedule fight kami yg sepatutnya berlepas pada 10.25 pagi waktu Malaysia ke 7.25 pagi. Kesian anak2ku terutamanya si adek yg terpaksa bangun pukul 3.30 pagi dan perlu berada di KL central pada pukul 4.30 pagi, terus menaiki SKYBUS pada pukul 5.00 pagi. Penerbangan pesawat AK552 ke Juanda International Airport mengambil masa kira2 3 jam tapi disebabkan waktu di Indonesia kurang 1 jam dari malaysia, jadi kami tiba sekitar kul 9.30 pagi waktu Indonesia. Tour guide kami Aidey from Tr