Skip to main content

Percutian di Surabaya (Part 2)

Day 3

Taman Safari

Anak2 happy dapat lihat haiwan dengan dekat sekali~bestnya cuma di pertengahan jalan hujan turun dengan lebat sekali jadi tak dapat menjelajahi Safari Malang sepenuhnya~


Sang belang nie...tepi2 jalan je dia lepak
Sang singa bersama kaum kerabat nya...banyaknye


Si nakal nie asyik menunjukkan aksi2nye..


Perjalanan kami seterusnya ialah Coban Rondo maknanya "Air Terjun Janda"....wow menakjubkan~ ada kisahnye Air terjun Coban rondo ~kisah sang puteri yg baru kawin telah di nasihat supaya jangan keluar mengikuti suaminye tapi dia degil sangat lalu di serang oleh mereka yang memang nakkan tuan puteri tu...jadi suami dia soroklah dia kt air terjun ini,  sang suami pulak terbunuh dan sang puteri tunggulah kt air terjun tu tak keluar2...belakang air terjun nie mmg tak kena air pun...

kt sini aku baca kisah Coban Rondo





Air terjun nie tegak dan setinggi 15 tingkat
Abadikan kenangan ini bersama-sama


Ini pulak Balekembang beach...cantik tempat ni,  tak digalakkan mandi-manda sbb ombak dia kuat tapi biasalah ramai yang degil...
Bale kambang beach       



Day 4

Inilah pulak kisah ladang epal....di bandung dulu ku petik strawberry, di surabaya nie dpt petik epal.  Sambil makan kenyang2 kat ladang...sambil masuk ke dalm plastik sbb..nak bawa balik juga kt m'sia...terbaik dari ladanglah katakan....
Buah2 epal yg segar di Ladang

aksi2 di ladang epal

bergambar kenangan di ladang epal

Harap2 dapat lagi menjejaki kaki ke sana lagi.....yang penting dapat bawak keluarga sekali, bukan senang nak satukan semua ahli2 keluarga dan bawak diorang melancung sekali..Happy sangat.............Jumpa lagi di lain destinasi... Wassalam



With Love

Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...