Booking.com

Tuesday, April 30

TRIP KE BATAM, INDONESIA

Assalamulaikum semua
Lepas Balik dari India,  sambung lagi percutian....kali ini ke Batam, Indonesia...nie bukan percutian sebenarnya...ianya FAM trip bersama rakan2 media untuk mempromosi  Batam Trail Run 5km di wisata Tebing Langit Sekupang, Batam.
Batam Trail Run ini di perkenalkan julung2 kalinya tahun ini dan akan di buat acara tahunan. Event ini juga ingin memperkenalkan tempat wisata Batam dan mempromosikan tempat-tempat menarik di Batam.


kak mid x sempat nak run dah....gara2 lambat register..ahaks..

antara teman2 Media yg sempat join run

Walaupun penat balik dari India tak habis lagi,  bila dapat undangan ke Batam ..k mid langsung x menolak sebab selalu dengar pasal Batam tapi tak sampai2 ke sana.




Sedikit Info mengenai Batam.  Batam adalah merupakan  satu wilayah yang besar terletak di Kepulauan Riau,  Indonesia. Kedudukkannya pula berhampiran dengan Singapura dan Johor,  jadi kerana kedudukan yang strategik maka pulau ini menjadi pulau yang kecil tapi sibuk dan membangun dari segi pelancongan dan perniagaan


Perjalanan k mid ke Batam bermula dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas Express dari TBS ke Larkin Johor

Harga Tiket  : RM35 (Meridian Holiday Express)
ETD  :  12.30mlm   TBS - LARKIN
ETA   :  5.00 Pagi.

Bas tiba di terminal Larkin on time ...dan k mid lepak dulu bersarapan ...sebelum cari shuttle bas untuk ke Terminal Puteri Habour.   Sebenarnya nak ke Batam bole naik feri juga di Stulang laut dan di Pasir Gudang. Untuk yang tidak tahu di mana nak naik free shuttle bas di Larkin ke Terminal feri Puteri Habour....sebenarnya bus shuttle tidak akan masuk ke Terminal bas Larkin sebaliknya kita kena pergi menunggu di belakang Terminal Larkin iaitu di Medan Selera Johor.


Tempat Tiket  dan masukkan Luagage di terminal Feri Puteri Habour

kitaorang akan naik ferry Dolphin nie
Ferry Dolphin ini adalah kapal feri baru yang beroperasi  untuk  route  Terminal Puteri Habour ke Terminal ferry Batam Centre.
Kapal ferry berbadan aluminium ini  berlayar setiap hari sebanyak 4 trip dari Batam Centre dan 4 trip dari Puteri Habour.


k mid dah bersiap sedia nak menaiki ferry nie.....

Perjalanan menaiki feri dari Puteri Harbour Terminal nie mengambil masa kira2 2 jam dengan harga RM114  seorang pergi balik  + cukai pelabuhan RM16

Untuk info yg lebih tepat  :  http://www.puterihorbourferry.com


JOM TENGOK TEMPAT-TEMPAT YANG SEMPAT DI TERJAH :-

1. TEBING LANGIT SEKUPANG


Di sebabkan laluan trek untuk Batam Trail Run 5km  bermula dari Sijori Resort & Spa Hotel hingga kekawasan berbukit di tebing Langit, k mid dan rakan2 yang tidak dapat turut serta pun berjalan kaki untuk menyusuri sepanjang laluan peserta larian. Pada mulanya macam tak berminat tapi mengenangkan  Tebing langit sekupang Batam  sejak kebelakang nie menjadi viral di media sosial  kerana foto spot nya yang menarik kami berenam pun buat keputusan berjalan perlahan2 ke sana.


Walaupun terpaksa mendaki ,  kitaorang sanggup mendaki anak tangga demi melihat apa yang menarik di atas sana.
sebelum tiba di atas,  kami jumpa rumah hobbit dulu.....

akhirnya sampai gak di puncak......😃😃

antara spot2 menarik di atas sana

Yang ini paling k mid suka...walaupun terketar2 memanjat janji dapat gak ambil gambar dalam sarang burung..so kreatif diorang nie...
Kebanyakkan yang datang ke Tebing langit nie untuk melihat sunset,  tapi okaylah bagi kitaorang dapat bergambar kat situ walaupun bukan di saat matahari terbenam.


2. TIARA MUSTIKA SPA
Biasanya ramai yang ke Batam bagitau..jgn lupa berurut dan berspa di Batam...jadi k mid pun berpeluang berurut di salah sebuah spa di Batam .  Nie yang kak mid tunggu2 ...nak merasainya...betul ke..ramai cakap berurut  di Batam best...so jom cuba

TIARA MUSTIKA SPA  di Travelodge Hotel Batam

kitaorang bertujuh akan berurut di sini


Memang segar betul selepas kena full Body Massage selama sejam nie....hingga hampir terlena k mid..hahaha.

Masing-masing kemain cergas lagi  lepas di urut...hilang rasa sengal2 dan kebas2. giteww..

Pada yang berminat  :
Website : http://tiaramustikaspa.com/home


 
3. WEY WEY LIVE SEAFOOD RESTAURANT

Pada sebelah malamnya pula,  kami di bawa ke sebuah restoran makanan laut yang famous di Batam iaitu WEY WEY LIVE SEAFOOD RESTAURANT




Tue dia hidangan  kami....ketam ada..siput ada...udang pun ada....

"Siput Gonggong"

Hidangan yang istimewa di sini sudah tentulah "SIPUT GONGGONG".  Menurut orang Batam,  siput ini banyak khasiatnya terutama pada orang lelaki.. faham2lah ye...kuatnya hingga tak berhenti mengonggong...hehehe....😍😍

 Alamat  :   Harbour Bay Downtown Sei
                   Jodoh,  Ji, Duyung,  Kota Batam,
                   Kepulauan Riau, Indonesia

4. RESTORAN SEGO PECEL BU WIR

Untuk makan tengahari kami di bawa ke sebuah restoran yang di beri nama SEGO PECAL BU WIR.
Mengikut nama restoran k mid sudah menjangka ini sudah tentu makan khas orang Jawa...tekaan k.mid benar belaka...dan makan istemewa salah satunya ialah Pecal.

k mid  di hadapan restoran SEGO PECAL BU WIR di BATAM
minuman selamat datang menyambut kami...AIR JAMU


Pecal kat sini memang sedap...
Antara menu2 yang di sajikan pada kami :-  Nasi, empal Balado, Pecel Komplit, Telu Woku, Sambal Goreng ayam kentang , Ayam Goreng Bumbu.
Kuih muih pula- Sawut Singkong,  pisang goreng, Tape goreng dan banyak lagi (opps..sorry k mid x ingat)
Pencuci mulut pula :- Pepes Tahu,  Asinan Buah,  Bubur Ketan Hitam dan Kolak Campur.

Semua resepi adalah resepi turun temurun keluarga

Pengasas restoran ini. Mr. Dimas dan keluarga sedang di temu bual

Antara hidangan yang di hidangkan pada kami...semuanya sedap2 belaka

Alamat :   Mega Lagenda 1,  Blok E3 No. 1 (dekat Pasar Mega Lagenda),
                 Batam center,  Batam indonesia

5.JANGAN LUPA KE PULAU BINTAN

Pulau Bintan adalah pulau di Gugusan kepulauan Riau.  Ianya mempunyi keluasan 2,402.28 km persegi dan kawasan pentadbiran pulau ialah Kabupaten Bintan .Pulau ini adalah pulau yang paling hampir dengan Singapura.

Dengan hanya 15 minit menaiki boat laju dari Batam dan 1jam dengan Feri,  pasti ramai akan teruja untuk menikmati keindahan Pulau Bintan.

Ada beberapa tempat yang sempat k mid dan team Media kunjungi ketika di Bintan antaranya :-

Gurun Pasir Bintan/Gurun Pasir Busung

Gurun pasir ini bukanlah gurun pasir semulajadi tapi adalah bekas perlombongan boksit yang tidak lagi beroperasi..telah di tinggal lama terbiar kini menjadi hamparan seperti di Gurun Sahara.
Terletak di desa Busung,  Seri Kuala Lobam ,  kira-kira 47km dari Pelabuhan.



Pasirnya bukan macam pasir biasa. keras dan tidak rata so...  perlu berhati2 di sini

posing di bawah panas terik nie....😆😆



Panas terik bukanlah halangan....demi mendapatkan gambar yang cantekkkk😁😁

Kawasan ini tidak di kenakan entrance fees ...cuma jika hendak bergambar dengan platform2 atau selfie spot yang di bina harus di bayar kepada penjaga yang menunggu di sana. Jadi k mid hanya bergambar di tempat yang free aje....

Di sini juga ada penjaja dan gerai2 kecil yang menjual makanan dan minuman....jadi sudah kepanasan jangan risau air tebu dan air kelapa segar pasti dapat menghilangkan dahaga anda...

Telaga Biru Bintan

Berhampiran dengan Gurun pasir ini terdapat pula beberapa danau atau kolam yang berwarna biru airnya mungkin terbentuk setelah aktiviti perlombongan di tinggalkan....terasa macam di kawah putih bandung tapi tidak ada bau sulfur di sini....


yang ini, tasik yang di atas sekali...perlu mendaki agak jauh jugak..

Cantik kan view dia tapi klu nak bergambar di atas jambatan tue kena bayar...huhuhu







 
Klu nak bergambar kat buaian dan simbol love tue kena bayar....so kitaorg selpielah depan cikit...kedekut betul...hahahha
hahaha..yg nie x kena bayar...tapi kena cepat cikit sbb orang lain pulak nak bergambar kat sini

Kepala otak k mid tiba2 terfikir...air dia warna hijau...tapi nama telaga biru....hahahaha............lantaklah...jadi ada nama...hehehehe...

Pantai Madu Tiga
Dengar aje nama Madu Tiga,  pasti mengujakan....kenapa agaknya di beri nama pantai madu tiga...owner suka filem2 P.Ramlee kut (cuba berfikiran positif pulak k mid nie) atau owner kawen tiga....(mungkin2)...ada pulak cerita2 orang kampung,  owner resort nie isteri no. tiga...hahaha...sebenarnya kak mid pun tak tahu cerita so biarkan lah...janji k mid dah sampai sini..

Welcome to Madu Tiga Beach and Resort

antara penginapan yang ada di Pantai Madu Tiga nie...cantikkan...
banyak pulak love2 dia...😛😛
Nasib sekejap aje di pulau nie...klu tidak dah mandi manda dan naik jet ski tue dah.
Resortnya cantik,  pasir pantainya putih...klu untuk honeymoon mmg sesuai sangat....untuk ,keluarga beristirehat pun okay jugak
basah pun nasiblah..yg penting bergambar dulu

pilihlah mana2 korang nak....opps...semua dah berpunya sorry...hahaha
sesuai dengan nama pantainya...tentulah ada love2 storynya...so k mid pun terkenanglah chintahati kt umah😀😀

Pemancingan Poyotomo
Selepas habis berposing2 dan rilex2 di Pantai Madu 3,  kami pun berangkat menuju Pemancingan Poyotomo yang terletak  di Desa Sri Bintan, Kabupaten Bintan.

Di sini terdapat fasiliti2 seperti tempat pemancingan ikan dengan peralatan yang lengkap bole di sewa di sini, bole bercamping pada yang minat bercamping terdapat juga pondok2 gazebo yang cukup besar dan bole di sewa dengan harga berpatutan, juga toilet, plyground dan surau serta cafe dan tempat bbq

 
Banner di pintu masuk

Apabila berjalan masuk aje,  pasti terpukau dengan keindahan alam nya..karetor2 kartoon disney pula sudah sedia menanti kedatangan anda

View Gunung Bintan bole di lihat di Kolam Pemancingan ini.

cafe juga tersedia untuk kemudahan pengunjung

Desa Wisata Ekang

Salah sebuah tempat yang sempat kami kunjungi di  Bintan ialah Desa Wisata Ekang. Desa Wisata Ekang adalah tempat rekreasi bersama keluarga.

Disini pula terdapat kolam renang untuk pengunjung  berenang bersama keluarga dan juga terdapat juga kolam memancing untuk si kaki pancing.

pemandangan menarik di Desa Wisata Ekang

Kereta kuda sedia membawa anda bersiar2
kami yang telah penat seharian explore BINTAN

Bergambar dulu sebelum beredar
Banyak lagi tempat tempat menarik yang belum sempat di  kunjungi kerana kekekangan masa seperti Pantai Lagoi,  Pulau Penyengat, Pulau Senggarang, Pulau Beralas pasir "White Sand Island", Crystal Lagoon
Harap dapat kembali lagi ke Batam untuk menikmati keindahan alam nya.

Sesiapa yang berminat nak explore Bintan  bole lah contact cik windy :
FACEBOOK  :  Windy Wara Wiri (Win Tour & Travel)
IG   :  WindyWaraWiri


#BatamTrailRun5KM      #BatamMilikita   #Wonderfulindonesia
#WonderfulRiauIsland    #WonderfulBatam

Salam sayang,




KLEENSO KILLS GERMS DISINFECTANT - Cecair Pembasmi Kuman Untuk Kesejahteraan Seisi Keluarga

Asssalamulaikum dan salam sejahtera semua. Dunia telah  di kejutkan dengan penularan wabak Covid 19 dan  negara kita telah mengumumkan pe...