Hari ke 4 di Kashmir
Hari ini k mid nak share cerita kitaorang ke sebuah lagi tempat yang indah serta menjadi tarikan di Kashmir iaitu Sonamarg. Ia terletak di wilayah pergunungan Himalaya dan merupakan destinasi pelancongan popular kerana wilayahnya yang di kelilingi gunung2 Himalaya. dengan ketinggian 2800 meter di atas permukaan laut.
Sonamarg juga di kenali sebagai "Meadow of Gold" atau" Padang rumput emas".
Perjalanan dari Sri Nagar ke Sonamarg mengambil masa 3 jam dan sepanjang jalan ke sana tidaklah membosankan kerana disajikan pemandangan yang cukup indah walaupun dalam musim sejuk.
lanskap yg indah sepanjang jalan |
Mr J... x lepas peluang bergambar..ahaks |
Mr J & kekasih...menikmati keindahan sepanjang jalan ke Sonamarg |
Ok..dah sampai Sonamarg..Cantik kan...Glacier di belakang tue | D |
kita naik jeep dulu untuk ke point2 yang kita nak pergi...... |
naik sledge lagi... |
main sledge di sini kena naik dengan diorang sebab mmg curam.... |
Gambar2 kami di Sonamarg |
di Trout Fish Point...bole lihat ikan trout di sini |
Bergambar2 dulu di Fish Point |
Seterusnya ke Pitstop terakhir iaitu Zero Bridge. Kitaorang ambil 3 Pitstop aje, kerana salji agak tebal dan susah nak di pergi ke lain-lain Pitstop.
kak mid di zero bridge |
anak2..riang ria di Zero Bridge |
On the way back |
SONAMARG-The Silk Road |
Main salji dan bergambar puas2 di sini sebelum balik ke Sri Nagar dan malam nie kami semua akan menginap di Houseboat Dal lake. Ikut itinereri kami akan tidur di Houseboat selama 2 malam... turun dari Sonamarg nie kami akan terus ke Dal Lake.
Petang kami pun tiba di Dal Lake dan Shikara kami dah siap menunggu di tepi tasik
.
SHIKARA (SAMPAN) ..telah menunggu untuk membawa kami ke houseboat |
YOUNG HOLLYWOOD - nie houseboat k mid berempat ( ada 2 bilik) |
Yang ini HOLLYWOOD ..anak k mid berempat ( 2 bilik jugak) |
Ukiran kayu houseboat juga amat unik |
Houseboat di Dal Lake nie mempunyai semua kelengkapan seperti berada di Hotel, cuma perbezaannya.. ia seakan terapung di atas tasik.
inilah ruangan dalam houseboat kak mid..hiasannya agak antik...klu anak kak mid punya hiasannya agak moden |
Bila tinggal di atas houseboat nie, satu-satunya pengangkutan ke darat ialah menaiki sampan (SHIKARA).
Hiasan Shikara pula sangat cantik dan unik...
Makanan di Houseboat jangan cakaplah...memang sedap...
walaupun menu dia simple tapi cukup rasa...marvellous!!!! |
Pemandangan indah Dal lake |
pemandangan depan houseboat kami di waktu pagi |
antara jualan di sini....gelang tangan... |
nie sorang lagi penjual sedang tunggu giliran nak terjah kami |
Di sini juga ada kedai2 jualan di atas tasik .....kita akan di bawa oleh pendayung2 Shikara untuk membeli belah.
k mid yang sudah tergoda dan terbelah duet nya...hahaha |
dah habis shopping...cuba mendayung pulak...acah2 aje tuee |
Esok hari ke 5...ada satu lagi tempat yang akan kami tuju...iaitu GULMARG
Sedikit info mengenai Gulmarg
Di Gulmarg nie mostly aktivitinya main ski, sledge , gondola ride dan snowbike kalau pergi waktu winterlah....klu pergi waktu summer jawabnya gondola ride dan pony ridelah
Gulmarg adalah wilayah paling hampir dengan sempadan Pakistan, dan ia antara wilayah di India yang sering dilanda konflik.
Perjalanan ke puncak, agak licin dan jalan agak sempit...sekali lagi driver kami si Javeed menunjukkan skill nya.. rasa seram jugak .......di kiri kanan jalan panoramanya adalah pokok pain dan salji tebal.
comel jer depa2 nie main salji.... |
kekasih2 Mr J di view point.......😀😀 |
Perlu naik sledge ke tempat main ski...klu tanpa sledge pasti penat kerana akan terbenam dalam salji |
Nielah orangnya yang menarik sledge yg k mid naik...😪😪 |
Sekali lagi emosi k mid terganggu, apa tidaknya bila orang tua yang menarik sledge kak mid...jauh pulak tue nak ke tempat main ski...ada kalanya terkeluar ungkapan "ALLAHUAKBAR" bila x tertarik sledge tue...tapi katanya...itulah cara diorang mencari wang...apa yang bole di bantu oleh k mid ialah bagi tipping lebihlah sikit...😁😁
kami berlapan nampaknya telah bersedia untuk bermain ski...gaya macam dah pro...ahaks.. |
Bagi yang 1st time bermain ski serta yang masih terkial2 nak main ski..jangan risau instructor di sediakan sekali cuma perlulah bagi tipping....diaorang nie jaga kita macam menatang minyak yang penuh...ikut jer ...takut kita terjatuh....
Kat sini jurukamera pun banyak berkeliaran....harga gambar pun murah aje ...sekeping 20 rupee (rm1.20)...kami pun belilah beberapa keping....
macam2 gaya ada... |
di belakang tue laluan Gondola...asalnya kami nak naik Gondola tapi dah penat main ski..hasrat tue pun kami batalkan... |
Di sini k mid sharekan itinerari kami di Kashmir ( 5 HARI 4 MALAM)
Day 1 (20 mac)
KUL - DELHI (Klia2) departure 7.00 pm arrival 10.00 pm
(resting at delhi international airport)
Day 02 (21 mac)
DEL - SRI NAGAR departure 7.00 am arrival 8.30 am
(meeting our agent Mr Fayaz at airport )
lunch
visiting garden : pari mahal, tulip garden etc.
transfer to Hotel
Day 03 (22 mac)
SRI NAGAR - PAHALGAM ponyride/sledge
Day 04 (23 mac)
SRI NAGAR - SONAMARG jeep/tour/sledge
Evening : transfer to Houseboat Dal Lake
Day 05 ( 24 mac)
DAL LAKE - GULMARG ski/sledge
Nanti di lain entry..k mid sambung perjalanan kami ke Jaipur dan Agra pulak serta jumlah perbelanjaan yang hangus...
ANYWAY...sangat enjoy kt kashmir dan bertemu dengan orang2 yang baik walaupun serba kekurangan.
Rasanya perlu repeat balik untuk melalui suasana musim yang berlainan...insyallah....
Terima kasih buat keluarga tersayang, terima kasih ayie dan dil ... 2 sahabat yang turut serta💓💓
SALAM SAYANG,
KLIK : PERCUTIAN DI KASHMIR PART01
KLIK : PERCUTIAN DI KASHMIR PART02
Tak sabar nak tengok jumlah perbelanjaan tu, perhaps Rawlins boleh rancang perbelanjaan untuk my proposed trip next time. InsyaAllah.
ReplyDeleteCantiknya la hotel atas tasik tu.
tggu sambungan ya..:)
DeleteYa Allah cantiknya walaupun dapat tengok dalam gambar je tapi dah seolah-olah bercuti sekali kat situ. Pengalaman dapat pergi bercuti kat Kashmir ni memang sangat berharga. Harap dapat pergi juga one day ke sini
ReplyDeleteinsyallah pasti ada rezeki nanti
DeleteSangat cantik sana.
ReplyDeleteCantik-cantik gambar di Kashmir ni. Nanti nak plan ke sini. Heheehehe. Ada selebriti Bollywood lalu masa awak tengah bercuti tak? Hahaha. Dapat jumpa Amir Khan pun ok juga kan. Hehehe.
ReplyDeleteya ampunnnn seronok tengok gambar2 percutian kat sini. semuanya best dan menarik. teringin nak datang becuti kat kashmir...macam2 aktiviti boleh buat...tak sabar nak baca ttg total kos absi kat sini hehe
ReplyDeletenanti next entry ya.
Deletebestnya tengok..bila datang tempat ornag tengok apa yang ada sana, seronok je..sebba kadang ada benda kita tak pernha tengok..ish yang dekat salji tu yang tarik orang tua..alhaii kesiannya..
ReplyDeletemmg kesian tapi itu jer cara diorg cari rezeki
Deletebestnya kak pergi Kashmir. teringin rasanya. dulu masa pergi India memang destinasi Kashmir dalam senarai, tapi apa kan daya, kita merancang, tuhan pon merancang. tak dapat nak singgah kashmir. insyaAllah nak singgah lagi ke negara India lepas nie
ReplyDeletenanti pasti dapat pergi lepas nie..insyallag
Deletebestnya dah sampai kie Kashmir sis yea.. syok tengok view kat sana.. tenang je.. ada salji ye? baru tahu.. bestnya alahai.. dapat main salji gitu..
ReplyDeletesalji kt gulmarg tue sentiasa ada sepanjang tahun...cuma tebal denagn tak aje...sbb dekat banjaran himalaya
DeleteBestnya jika dapat berpeluang ke Kashmir.. Leh main salji pulak tue.. Ada rezeki lebih boleh la AM pegi juga.. Nak masukkan dalam wish list AM la lokasi Kashmir nie..
ReplyDeleteinsyallah pasti ada rezeki nanti
Deleteaaaa saya nampak jambatan famous selalu masuk dalam movie tu! Houseboat tu pun ada dalam movie Mission Kashmir. Bestnya lah kak mid jalan-jalan dekat sana. Harga gambar pun murah je, nak posing banyak kali pun tak kisah.
ReplyDeleteBestnya percutian awak. Kashmir memang antara tempat yang tercantik di India. Saya pun nak pergi bercuti ke sana
ReplyDeleteMemang best masa kat Kashmir walaupun sejuk sampai ke tulang. Tengok gambar2 ni terasa macam nak ke sana lagi..
ReplyDeleteAllahuuu.. cantikknyaaa. Untung kak mid dah pernah sampai ke sini. Puas hati kan dapat tengok salji. Ni kalau saya ni dah guling-guling dah atas salji tu.. hehe
ReplyDeleteSyoknya dpt pergi Khasmir entah bila lak kak dpt pegi Kashmir
ReplyDeleteinsyallah akan saya masuk dalam bucket list supaya dapat juga ke sini. terima kasih tau share .. ada sambungan tak ???
ReplyDelete