Booking.com

Thursday, October 20

Stesen Penyelidikan Perhutanan Pasoh, Negeri Sembilan

Assalamulaikum semua

Baru-baru nie kak mid dan rakan-rakan di Persatuan Pemandu Pelancong N.Sembilan menerima jemputan untuk mengikuti Fam trip ke Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh dari Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan,

Program ini adalah untuk mempekenalkan produk pelancongan terbaru Negeri Sembilan iaitu Education Tourism.

Inilah signboard nak masuk ke Stesyen Pasoh
Disimpang  ini pengunjung perlu  naik kenderaan Pacuan 4 roda sebab akan melalui jalan ladang Kelapa Sawit sejauh 1.7 k
Bagi yang tak tahu di mana Pasoh nie kalau dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan masuk ke persimpangan Seremban terus ke Persimpangan  Kuala Klawang dan terus ke Simpang Pertang ....Stesyen Pasoh 8 km dari Simpang Pertang .



Serba sedikit info mengenai Stesyen Pernyelidikan Pasoh ini :
  • Ia adalah stesen penyelidikan FRIM yang pertama ditubuhkan pada tahun 1970 di bawah Man and Biosphere Programme, Universiti Malaya.
  • Dipindah hakmilik kepada Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) pada tahun 1978.
  • Terletak di Hutan Simpan Penyelidikan Pasoh yang meliputi kawasan seluas 1,840 hektar yang telah diwartakan untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan yang diuruskan oleh FRIM.
  • Ia mendapat perhatian seluruh dunia dari saintis dan ahli ekologi hutan tropika, serta pendidik dan penggemar alam sekitar tempatan.
  • Terdapat sebuah plot ekologi kekal seluas 50 hektar, arboretum seluas 2 hektar, denai alam berpandu sepanjang 2 kilometer dan sistem menara titian kanopi segitiga diperbuat daripada aluminium dan aloi yang pertama seumpamanya di negara ini.
  • Hutan Simpan Penyelidikan Pasoh ini merupakan hutan pamah tropika yang paling menyeluruh dikaji di rantau Asia Tenggara.

Kami telah di bawa menyusuri denai alam oleh En Ahmad iaitu pengurus SPF untuk mengetahui serba sedikit jenis pokok2 yang terdapat di sini.






Mendengar penerangan dari Encik Ahmad

Setelah itu kami di beri peluang untuk menaiki 3 menara aluminium dan juga menyusuri Canopy walkway


Nielah salah satu menara aluminum .  Pengunjung perlu menaiki tangga nie sebelum menuju ke Canopy Walkway

Tinggi gak ....terketar-ketarlah jugak



sebelum memanjat menara aluminium ini...tali keselamatan di pastikan ada di pinggang


Nielah canopywalkway di Pasoh....tidaklah sepanjang di di FRIM , Kepong....namun sikit sebanyak dapat memberi pengalaman pada yang melaluinya

K mid bersama teman-teman 

Begitulah aktiviti kami bersama wakil dari pihak media, Malaysian Budget Hotel Association, Malaysian Tourism Promotion Board dan non- government organisations seramai 45 orang.

Dari pengamatan K mid,  Stesen Penyelidikan Pasoh berpontensi sebagai produk pelancungan education  tourism  dengan pembaikan infrastructur yang sedia ada.

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana jemputan ini..........

Jika berminat ke sini atau ingin menjalankan aktiviti seperti berkhemah  di sini bolelah menghubungi

SPF Pasoh  cdfletch@frim.gov.my
         atau    ahmad_awang@frim.gov.my

boleh juga ke web site : www.frim.gov.my


salam sayang










KLEENSO KILLS GERMS DISINFECTANT - Cecair Pembasmi Kuman Untuk Kesejahteraan Seisi Keluarga

Asssalamulaikum dan salam sejahtera semua. Dunia telah  di kejutkan dengan penularan wabak Covid 19 dan  negara kita telah mengumumkan pe...