Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0"
Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung.
Jom kita mulakan....
1.BALING BUAH KELAPA
Botol-botol mineral di susun, kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan.
Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang, hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue.
 |
Dah macam gaya baling bola bowling😄 |
2. MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA
 |
Trompet Daun Kelapa |
Setelah selesai makan malam, kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan. Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah Stapler
Kami pun di ajar cara-cara mengulung daun kelapa ini supaya menjadi bentuk Trompet.
Memang ramai yang berjaya mengulung daun kelapa menjadi trompet tetapi.... belum tentu trompet ini dapat mengeluarkan bunyi. Disinilah kita perlu menggulung daun kelapa dengan berhati-hati supaya tidak terdapat ruang udara masuk. Jika hendak lebih panjang trompet bolehlah di gulung lagi ikut kemahuan panjang yang dihajati.
 |
Sekejap aje kalau orang berpengalaman buat |
Bila trompet siap, maka bermacam-macam bunyi keluar. Ada bunyi yang agak kuat dan ada bunyi yang tersekat-sekat.
 |
Yeay!!k mid berjaya buat trompet tapi bila di tiup macam bunyi itik tercekik |
Malam tue, bunyi trompet daun kelapa yang kedengaran disulami gelak ketawa kitaorang. Rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak, asyik meniup trompet tak berhenti😃
3. MEMBUAT" ORANG-ORANG" ATAU SCARECROW
Tujuan "orang-orang" di letakkan di sawah adalah bagi menghalau dan menakutkan burung-burung dari menghampiri sawah atau ladang.
Untuk membuat orang-orang ini kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan masing-masing perlu membuat orang-orang dengan bahan yang di beri sahaja tanpa merosakkan alam sekitar.
Masing-masing bekerjasama dalam kumpulan dan mengeluar idea -idea kreatif..macam-macam idea keluar. Bayangkan ada yang letak dapur dan basikal sebagai prop...korang rasa burung lari ke tengok atau hinggap lagi buat sarang😄.
Korang tengok sendiri hasil kreativiti kitaorang...hahaha.
 |
Nielah hasilnya...macam over semuanya, ada berturban, ada yang letak bunga...macam-macam |
 |
Yang nie kelakar habis, siap cari dapur buat prop😂😂 |
 |
Nie geng k mid punya...siap ada sunglass, pakai rantai gucci dan berturban..kou hadoo?? |
Yang dicari, yang takutkan burung jadi mestilah yang muka hodoh atau bengis jadi geng k mid kalahlah sebab cantik pulak.hahaha...
3. MENANGKAP IKAN KELI DI SAWAH
Mengikut cerita masyarakat kampung, biasanya aktiviti tangkapan ikan di lakukan ketika waktu bendang atau sawah sedang di bajak atau selepas menuai padi. Ketika itu air di terusan akan menjadi cetek dan pelbagai spesis ikan seperti keli, haruan, talapia, lampan akan senang diperolehi.
Mula-mula rasa gelilah nak berkubang di dalam sawah nie tapi nak juga merasai pengalamannya, jadi tak kisah jika berselut pun. Selalu tengok budak-budak seronok jer berkubang dalam sawah so tak da masalah , jom aje kita berkubang...hehehe,
Ingatkan guna serkap ke, bubu ke atau jala kecil untuk menangkap ikan keli...rupa-rupa guna tangan beb!!! Aktiviti ini di panggil "mengagau" ikan, sebab kena membongkok atau lebih senang meniarap kat dalam lumpur tue pun ok...hahaha.
 |
Mula-mula membongkok je k mid |
 |
Last-last meniarap baru lah boleh dapat ikan agaknya😃 (kredit pic : sinney) |
Risau gak di sengat ikan keli sebab ikan keli memang terkenal dengan bisanya tapi kerana nak sangat rasa keseronokkan menangkap ikan nie, lupakan aje pasal sengatan itu ( untuk aktiviti pada pelancong atau pelawat sebenarnya sengat ikan telah di buang terlebih dahulu)
Dok mengagau selama setengah jam...sorang pun tak dapat seekor pun. Kata orang kampung diorang letak 50 ekor...mana semua pergi menyorok...adui!! Ada yang cakap rilex dulu kejap lagi bila kita asyik mengagau aje...ikan pun nanti akan pening dan akan akan timbul kemudian. Sabar itu penting...sambil-sambil tue kitaorang mandi lumpur dulu
Akhirnya salah sorang berjaya menangkap seekor ikan, yang lain pun semakin excited nie... dua tiga orang pulak dapat...huhuhu....k mid pun berusaha gagau sana sini dan akhirnya dapat juga k mid sebanyak 3 ekor.
 |
Haaa..mana kau nak lari wahai ikan (kredit pic : sinney) |
 |
Seronoknya bila berjaya tangkap ikan keli ni (kredit pic : sinney) |
Next...ada lagi k mid nak kongsikan nie.
Tempat menarik yang korang boleh pergi kalau korang dah sampai ke Daerah Sabak Bernam ini,
1. LAMAN TEBU AIDIL
Sampai aje kat sini terus k mid nak tangkap gambar, serious best ...satu kelainan ... makan di tepi sawah di temani rimbunan pohon-pohon tebu..Unik sungguh.
Menu-menunya simple seperti nasi lemak bungkus, lontong kuah kacang, laksa, kepak madu dan tongkeng madu. Kepak madu dan tongkeng madu di bakar di hadapan gerai dan boleh dinikmati panas-panas. Harga makanan pun sangat murah. Yang paling best dapat minum air tebu fresh dan sangat manis dari pokok yang di tanam di situ..Idea yang sangat kreatif untuk menjana pendapatan keluarga.
 |
Air tebu manis dan segar
|
Spot bergambar kat sini memang menarik, jadi k mid pun tak lepas kan peluang walaupun hujan renyai-renyai.
 |
Gambar sebelum hujan |
 |
Dalam hujan pun tangkap gambar juga..hehehe |
Lokasi : Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Waktu kedatangan kami di sini, Yb Puan Hajjah Rodziah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor turut hadir memeriahkan program di samping memberi sedikit sumbangan. Beliau turut memuji Laman Tebu Aidil sebagai tempat makan yang unik.
Kami juga dapat melihat demotrasi mengubah "Bonsai" oleh pengusaha tanaman tersebut. Sangat berseni dan cantik pokok-pokok bonsai nie. Pokok-pokok Bonsai ini boleh mencecah tratusan dan ribuan ringgit, jadi orang-orang kampung yang lain boleh menjadikan kejayaan pengusaha bonsai ini sebagai contoh untuk mencari lagi idea-idea lain untuk menambah pendapatan.
 |
Yb Rodziah menyampaikan sijil penghargaan kepada pengusaha Bonzai |
2.MELAWAT KILANG NATA DE COCO
Nata De Coco merupakan sejenis produk makanan yang diperbuat daripada air kelapa yang telah ditapaikan oleh Kultur Bakteria "Acetobacter xylinus".
Ianya kenyal dan menyerupai agar-agar, ditambah pemanis serta di tambah perisa seperti perisa lychee, mangga, strawberry dll. Ianya kaya dengan serat, rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol.
Kami berpeluang membuat lawatan ke kilang bumiputra iaitu Kilang Nata De Coco Nandong Food Industries Sdn Bhd.
 |
Di beri penerangan cara pemerosesan Nata De Coco dari pengarah urusan Nandong Food Industries En.Masduki Hj Mohfuf
|
Lokasi : Lot 9492, Jalan Besar, Kampung Sungai Lima, 45300 Sungai Besar, Selangor.
3. PASAR JERAMI BAN KENAL
Pasar Jerami Ban Kenal ini terletak di tepi jalan besar, di sebelahnya terdapat kawasan sawah. Telah menjadi viral sekarang kerana susunan jerami yg unik membuat ianya kelihatan seperti di luar negara.
Setiap petang hujung minggu Sabtu dan Ahad kawasan ini.akan jadi lebih meriah kerana ramai peniaga berjualan. Mereka menjual hasil tanaman kampung, makanan, minuman, pakaian dan macam-macam lagi.
Spot yang cantik untuk bergambar.
Lokasi : Parit 14, Simpang Lima, Sungai Besar, Sabak Bernam
Seronoknya dapat mengikuti Program Kita Ke Kampung nie, banyak rupanya aktiviti yang boleh kita lakukan semasa di kampung.
Ucapan terimakasih kepada UPEN, MKNS, Gaya Travel Magazine serta semua penduduk Kampung Sungai Hj Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam.
Jom kita Travel Local dan Sebagai pemulaan Kita Pusing Selangor Dulu!!!
Salam sayang,

#KitaKeKampung #KitaSeKampung #TravelSafe
#TravelLocal #BudayaSelangor #GayaTravel
#PusingSelangorDulu