Booking.com

Wednesday, June 15

The Shore Sky Tower, Melaka

Assalamulaikum semua.

Dah 9 Ramadan rupanya....Hari tue pasang angan2  nak selalu update blog tapi apakan daya ....banyak cerita yang tersadai..entah bila nak update...xapalah ...buat jer time ada mood dan time mampu kan!!!

Hari nie k mid nak review tentang The Shore Sky Tower Melaka..tentu ada yang dah kesana...bagi yang belum bolelah layan cerita k mid nie....

 Ini k mid ambik dari petikan sebuah akhbar tempatan  :

Kini, terdapat satu tarikan baharu yang wajib dilawati sekiranya pengunjung bertandang ke nege­ri ini iaitu The Shore Sky Tower yang menjanjikan satu pengalaman mena­rik dan bagi mereka yang berani dan sukakan cabaran.

Terletak di tengah-tengah ban­­­­dar raya Melaka ia pastinya men­janjikan kelainan dan kepuasan maksimum kepada para pelancong dengan menikmati suasana serta pemandangan yang indah dan mengagumkan dari struktur yang berada tingkat 43.

Jika sebelum ini, orang ramai hanya melihat di kaca televisyen orang berdiri di atas kaca telus di tempat tinggi yang menguji keberanian seseorang.
Mereka yang mempunyai rasa gugup atau gayat pada ketinggian, boleh mencabar diri dengan memijak di atas kaca telus iaitu ‘observatory deck’ yang terletak sejauh hampir 3 meter kaki di ruang khas pada ketinggian 163 meter dari paras laut.
Berdiri pada dek pemerhati yang hanya berlantai dan berdindingkan kaca telus yang membuatkan se­se­orang yang berdiri di atasnya berasa seperti berada di awang-awangan.

Platform yang mampu me­nam­pung sehingga lima orang satu-satu masa itu dijamin selamat oleh pihak keselamatan dan pihak The Shore itu bagi tujuan keselamatan dan ke­se­lesaan para pengunjung.
Untuk berada pada dek pemerhati itu, pengunjung perlu menaiki lif hingga ke tingkat 41 dan kemudian ke lif kedua ke tingkat 42 selain ber­peluang melalui jalan seakan jam­batan kecil yang kelihatan terapung di udara.

Di laluan itu juga pengunjung dapat melihat kumpulan ikan koi yang berenang menerusi kolam ber­lantaikan kaca yang terdapat pada tingkat paling atas.



Sky Tower terletak di  the Shore Shopping Centre yang terletak dekat Hotel Ramada Melaka

Ini kaunter tiket yang terletak di Aras 42


Inilah harga entrance nya buat rujukan...masa awal pembukaan nya harga dikenakan hanya RM18...sekarang dah naik ya
Pengunjung perlu menaiki lif hingga ke tingkat 41 dan kemudian ke lif kedua ke tingkat 42 selain ber­peluang melalui jalan seakan jam­batan kecil yang kelihatan terapung di udara.
Nielah jambatan udara nya ya....tak gayat pun bagi ka mid...janganlah tengok bawah sangat ya

Nie tangga nak ke tingkat atas sekali.  Pengunjung di benarkan berada atau berjalan  di sini seramai 5 orng sahaja dalam satu masa

Pandang lantai atas akan nampak ikan koi nie...

Nie pandangan bila dah sampai atas



Nie pula....di tingkat paling atas iaitu tingkat 43


Ada beberapa menara pemerhati di sedia kan..so teroponglah puas2.
Nielah kaca telus  untuk pengunjung yang berani berdiri di atasnya (sumber pakcik google)... k mid mmg berani cuma sorry gambar x bole di rakam oleh camera sendiri atau hand phone....kena pakai Camera dari sky tower...harga gambar x tahu ya sbb tak guna khidmat mereka..rata2 yang cakap lebih mahal dari harga entrance.....

Gambar selfi dah tentu ada kan...


The Shore Sky Tower juga mem­beri peluang kepada para pen­gun­jung di situ melihat pe­man­dangan 360 darjah meliputi seluruh negeri Melaka termasuk Selat Melaka dari puncak bangunan itu.
Pemandangan itu merangkumi Selat Melaka, kawasan penambakan laut, Masjid Al-Azim, Bukit Cina, Bukit Baharu, Teng­ke­ra serta kawasan-kawasan pelan­congan di Banda Hilir dan sekitarnya dari ketinggian 153m

So...apa tunggu lagi....bolelah gi terjah The Sky tower Melaka...satu tarikan baru......

Salam sayang


PG MALL DENGAN KEMPEN WOW STORE MENAWARKANN POTONGAN HINGGA 80% DAN FREE SHIPPING

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. K mid baru aje balik dari menjelajah kampung,  penat pun tak habis lagi nie..tapi tak apa kerana ...