Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, dah boleh jalan-jalan, dah boleh beriadah, dah boleh makan di luar dan dah boleh ke shopping mall. Walaupun masih belum di benarkan rentas negeri tidak mengapalah sementara ini asalkan dah boleh keluar dekat-dekat, dapat release tension. Yang mana dah boleh bekerja semua, boleh berniaga semua bersyukur kan. Macam k mid nie, bila nak start bekerja semula, mulalah cari baju yang nak pakai waktu bekerja...terkejut akak tau...baju semua sendat-sendat..baju yang kecik atau akak yang besar, tak tahu lah..hehehe😍 Cerita pasal beli baju nie..ada butik yang memang kegemaran k mid iaitu Butik Bob Rock Love Lily ( BRLL) yang terletak di Plaza Shah Alam, Seksyen 9. K mid suka jer datang ke sini sebab ada banyak kedai-kedai makan dan kedai-kedai lain serta kemudahan parking juga banyak Alamat : Lot F-15, Aras 1, Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Buat pengetahuan se...