Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2023

MALAM GALA TAYANGAN PERDANA FILEM FANNA

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Pada 22 September 2023,  kak mied berpeluang menghadiri  Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion , Kuala Lumpur . Filem Fanna diterbitkan oleh JAGUAR FILMS & PRODUCTION(M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH ,  mempamerkan aksi dunia permotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia. SINOPSIS FILEM FANNA Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna , seorang gadis yang menghidap kanser, menemui  cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi g elap, Shafik .  Malangnya cinta  mereka mula  berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya  menyerang dengan lebih ganas.  Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri  daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih  parah apabila Black , adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu  Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya

MALAYSIA BOOK OF RECORDS MENGIKHTIRAF LADANG SINDIYAN SEBAGAI LADANG TANAMAN MUSANG KING TERBESAR MALAYSIA

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Pada tarikh 14 September 2023 ,  kak mied berpeluang menghadiri Majlis Pengiktirafan " Malaysia Book Of Records "kepada Ladang Sindiyan yang telah dinobatkan sebagai ladang tanaman Durian Musang King terbesar di Malaysia. Majlis penyampaian sijil pengikitirafan telah diadakan di Ladang Sindiyan yang terletak di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan .  Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr. Muhamed Fadzil dan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan Corporation Sdn Bhd Datuk Anna Teoh turut hadir di majlis ini. Dengan keluasan lebih 7,000 ekar di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang,Kelantan, Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara. Kekal komited untuk menjadi peneraju dalam perniagaan durian, Ladang  Sindiyan akan terus memodenkan operasi dan mengembangkan ladangnya di masa hadapan “ Kami cukup berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh Ladang Sindiyan. Misi kami adalah untuk membangu

BERCUTI DI FELDA RESIDENCE HOTSPRINGS SUNGKAI, PERAK

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Berkesempatan menginap selama 3 hari 2 malam di Felda Residence Hot Spring , Sungkai Perak bersempena menyertai Naturehike' Outdoors Camping Malaysia (NOCM) Mega Gathering 2023 telah mengimbau kembali kenangan bercuti disini bersama keluarga pada pada tahun 2012( dah lebih 10 tahun tak datang sini beb!). Masih ingat lagi ketika datang ke sini pada masa itu hanya Day Trip aje iaitu datang pagi mandi manda, rebus telur dan sebagainya kemudian balik. Untuk kali ini memanglah kak mied teruja dan gembira kerana berpeluang menginap di salah sebuah villa yang terdapat di sini. Kami geng Media menginap di Villa 6 bilik iaitu Green House Villa . Semua bilik  besar, katil  King dan Twin Sharing dan setiap bilik mempunyai bilik air masing-masing . Fasiliti lain termasuk TV dengan kemudahan Astro, pengering rambut dan sterika. Untuk informasi,  di Felda Residence Hot Spring ini terdapat 64 unit bilik hotel dan 18 unit Villa . Bilik hotel adalah jen

NATUREHIKE' OUTDOORS CAMPING MALAYSIA (NOCM) MEGA GATHERING 2023 : 3HARI 2MALAM DI FELDA RESIDENCE HOTSPRING, SUNGKAI ,PERAK

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Pada tarikh 31 Ogos 2023 iaitu pada hari Kemerdekaan baru-baru ini,  kak mied bersama geng Media berpeluang menyertai  Program Naturehike' Outdoors Camping Malaysia(NOCM) Mega Gathering 2023 (Megath 2.0) yang di adakan di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak. Program selama 3 hari 2 malam ini,  merupakan  program perkhemahan yang mengumpulkan ahli-ahli dan peminat-peminat perkhemahan glamorous  atau Glamping yang mengunakan pelbagai  jenis khemah dari jenama Naturehike . Disamping itu, program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim sambil menyambut  Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 66. Untuk Program Naturehike Outdoors Camping Mega Gathering 2.0 kali ini telah mendapat kerjasama Tourism Malaysia , Tourism Perak serta  penaja utama ialah Campguru, Felda  Residence Hot Spring, Pusat Pungutan Zakat(PPZ), Ecoflow, New Era dan Over Malaysia. Sebanyak 52 khemah telah dirikan  dalam perhimpunan kali ini, melibatkan 300 peser