Skip to main content

BERCUTI DI FELDA RESIDENCE HOTSPRINGS SUNGKAI, PERAK

 Assalamulaikum dan salam sejahtera
Berkesempatan menginap selama 3 hari 2 malam di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak bersempena menyertai Naturehike' Outdoors Camping Malaysia (NOCM) Mega Gathering 2023 telah mengimbau kembali kenangan bercuti disini bersama keluarga pada pada tahun 2012( dah lebih 10 tahun tak datang sini beb!).
Masih ingat lagi ketika datang ke sini pada masa itu hanya Day Trip aje iaitu datang pagi mandi manda, rebus telur dan sebagainya kemudian balik.

Untuk kali ini memanglah kak mied teruja dan gembira kerana berpeluang menginap di salah sebuah villa yang terdapat di sini. Kami geng Media menginap di Villa 6 bilik iaitu Green House Villa. Semua bilik  besar, katil  King dan Twin Sharing dan setiap bilik mempunyai bilik air masing-masing. Fasiliti lain termasuk TV dengan kemudahan Astro, pengering rambut dan sterika.

Untuk informasi,  di Felda Residence Hot Spring ini terdapat 64 unit bilik hotel dan 18 unit Villa. Bilik hotel adalah jenis Deluxe Room dan Villa pula pula mempunyai Villa 1 bilik, 2 bilik, 3 bilik dan 6 bilik. Kesemua villa mempunyai Private Jacuzzi sendiri kecuali villa yang kitaorang menginap iaitu Villa 6 bilik Green House Villa.





Salah sebuah Jacuzzi yang terdepat di Villa
Jom kita tengok aktiviti menarik yang boleh dilakukan jika kita kita datang atau menginap di sini.
  • Mandi-manda di kolam (terdapat 2 jenis kolam  disini iaitu kolam air panas dan kolam air sejuk iaitu Mountain Spring Pool).
  • Berendam di Private Jacuzzi.
  • Merebus telur di kawasan yang di sediakan
  • Taman permainan untuk kanak-kanak
  • Animal Village
  • Spa Villa Cintami
  • Achery/Memanah
Mandi-manda di kolam Air panas
Tarikan utama di disini sudah tentulah kolam air panas semulajadinya.
Banyak kebaikan mandian air panas ini antaranya dapat menyegarkan badan,menenangkan minda serta salah satu alternatif merawat penyakit kulit.
Suasana kolam Air panas di waktu malam 
Bagi yang hanya hendak rendam kaki boleh  di duduk di tepi kolam dan bagi yang berendam badan jika tidak tahan dengan kehangatan boleh jauhkan sikit dari kawasan sumbernya kerana kawasan kepanasannya berbeza-beza.

Merebus Telur


Rasa telur kat sini lebih sedap dari yang direbus kat rumah..kalau tak percaya cubalah sendiri😘

Selepas puas mandi-manda di kolam Air Panas, kami pun berjalan ke kawasan merebus telur. Perut pun mula berkriuk-kriuk ..hahaha..laparlah tue ..lepas berendam lama-lama.
Jomlah kita beli dulu telurnya...boleh beli semangkuk ke, 2 mangkuk atau bermangkuk-mangkuk ikut korang lah ya.
Merebuslah ikut kesukaan masing-masing. Ada suka setengah masak, 3/4 masak dan masak betul.  Kalau kak mied memang makan yang masak betul,  letak kicap dan lada sulah memang mantap beb!
Di tepi kolam merebus sudah diletakkan papan tanda berapa minit untk korang merebus so dah senang nak set time.

Mandi-manda di Kolam Air Sejuk (Mountain Spring Pool)



Kolam ini sumber airnya datang dari gunung berdekata jadi sudah tentu airnya sejuk dan nyaman. Ditambah dengan pancuran air dan dua buah gelungsor, bukan saja kanak-kanak suka berendam di sini tapi orang-orang dewasa seperti kak mied dan geng pun sanggup naik turun kat gelungsor nie...hahaha dah macam kanak-kanak riang 😂
Di sebelahnya pulak terdapat taman mainan kanak-kanak basah (wet playground). Memang seronoklah kanak-kanak bermandi-manda sambil bermain di taman permainan.

Berendam di Private Jacuzzi
Bagi yang inginkan lebih privasi,  bolehlah menyewa private jacuzzi dengan harga RM80 sejam. Bolehlah bebas berendam tanpa rasa ragu-ragu  dan lebih tenang.

Yang berminat untuk bercuti di sini dan nak rasa kesegaran mandi air panas,  kak mied letakkan linknya di sini:

📍 Felda Residence
 Hot Springs,
Felda Sungai Klah,
35600 Sungkai, Perak.
Tel : 05 4388803/05 4388801

Email : sales.frhd@feldaresidences.com





#TourismMalaysia #CutiCutiMalaysia
#MalaysiaTrulyAsia #VisitMalaysia
#travelperaklah #feldaresidencehotspring

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag