Skip to main content

NATUREHIKE' OUTDOORS CAMPING MALAYSIA (NOCM) MEGA GATHERING 2023 : 3HARI 2MALAM DI FELDA RESIDENCE HOTSPRING, SUNGKAI ,PERAK

 Assalamulaikum dan salam sejahtera
Pada tarikh 31 Ogos 2023 iaitu pada hari Kemerdekaan baru-baru ini,  kak mied bersama geng Media berpeluang menyertai  Program Naturehike' Outdoors Camping Malaysia(NOCM) Mega Gathering 2023 (Megath 2.0) yang di adakan di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak.

Program selama 3 hari 2 malam ini,  merupakan  program perkhemahan yang mengumpulkan ahli-ahli dan peminat-peminat perkhemahan glamorous atau Glamping yang mengunakan pelbagai  jenis khemah dari jenama Naturehike. Disamping itu, program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim sambil menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 66.

Untuk Program Naturehike Outdoors Camping Mega Gathering 2.0 kali ini telah mendapat kerjasama Tourism Malaysia, Tourism Perak serta  penaja utama ialah Campguru, Felda  Residence Hot Spring, Pusat Pungutan Zakat(PPZ), Ecoflow, New Era dan Over Malaysia.

Sebanyak 52 khemah telah dirikan  dalam perhimpunan kali ini, melibatkan 300 peserta dimana melibatkan penyertaan secara berkeluarga.  Kita boleh lihat sambutan yang amat mengalakkan  datang dari setiap pelusuk negeri. Kebanyakkannya tidak mengenali satu sama lain tetapi berkumpul bersama-sama atas minat terhadap Glamping ini.

Sedikit Info tentang Glamping

Apa itu Glamping?

Glamping ialah percutian  yang mengabungkan konsep 'Glamour 'dan 'Camping' iaitu aktiviti percutian ala perkhemahan namun tidak mahu mengenepikan keselesaan.

Selepas berakhirnya Wabak Covid19,  trend Glamping ini semakin diminati oleh orangramai kursusnya wargakota. Seiring dengan itu banyak tapak-tapak perkhemahan wujud untuk membolehkan orangramai berkhemah pada bila-bila masa.

Jom lihat aktiviti yang di jalankan oleh para peserta Naturehike Outdoors Camping selama 3 hari 2 malam.

Sebagai Komuniti yang menitikberatkan nilai-nilai keluargaan,  program ini dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti sukaneka kanak-kanak, Aerodance  dan pertandingan Khemah tercantik serta pertandingan  pakaian paling Patriotik.

Tidak dilupakan ialah intipati utama program iaitu Malam Gala Night yang bertemakan Patriotik serta pengisian slot bersama Ustaz Don Daniyal yang di bawa khas oleh Pusat Pungutan Zakat( PPZ).

Hari Pertama - 31 Ogos 2023

Para peserta tiba dan terus mendirikan serta menghiaskan khemah mereka.

Semua begitu bersemangat mempamerkan khemah masing-masing walaupun petangnya hujan telah turun dengan lebatnya. 

Proses mendiri dan menghias khemah difahamkan boleh mengambil masa hingga 5 jam.






Di sebelah malam pula, sesi beramah mesra antara para peserta serta ice breaking session diadakan. Di sini para peserta dapat berkenalan di antara satu sama lain dan menceritakan pengalaman-pengalaman mereka.


Hari ke 2 - 01 Sept 2023

Cuaca pun sangat baik pagi nie,  selepas bersarapan jam 9.00 pagi semuanya berkumpul untuk melakukan aktiviti Aerodance dan Shout out.


Geng Media tidak ketinggalan untuk ber Aerodance🥰
Selepas itu, kami menyertai sesi lawatan ke setiap khemah.  Para juri pun mula melakukan permarkahan untuk kategori Khemah tercantik. Memang agak memenatkan untuk melawat 52 khemah, namun melihat pada khemah yang begitu cantik, rapi serta mengikut tema ini...terus rasa teruja dan bersemangat.
Sempatlah singgah di salah sebuah khemah peserta. Seronok mendengar pengalaman beliau  yang pertama kali menyertai program ini.

Kebetulan hari ini adalah hari Jumaat, aktiviti seterusnya di lakukan selepas selesai sholat Jumaat iaitu kira-kira Jam 2.00petang.

Jam 4.00 petang, Majlis Perasmian telah diadakan dan majlis telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia En Mohd Faharuddin Hatim.


Pada malamnya pula acara kemuncak iaitu "Malam Gala" yang bertemakan Patriotik diadakan. 



Dimulai dengan Makan malam Bbq yang enak disediakan oleh Felda Residence Hot Spring. Antara hidangan yang disediakan seperti kambing golek,ayam dan ikan bakar, pasta dan lain-lain lagi.

" Slot Bersama Ustaz Don Danial" yang di bawa oleh Pusat Pugutan Zakat (PPZ)  telah memberi satu pengisian yang sangat mendalam kerana beliau telah mengenengahkan tentang isu kekeluargaan yang sememangnya menjadi salah satu agenda utama program ini.

Majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah di adakan selepas itu.

5 Khemah tercantik telah di pilih iaitu:

1. Pinkkie Glam Camp ( En. Mohd Yusof dan Puan Rokiah)

2.The Origami Camp ( En.Ruzaini Zainol)

3. Irrena miamikkayad (Puan NoorIrrena Nordin)

4. AK Campz (En.Azmar dan Puan Khayrany)

5. Eja x Ifta ( Puan Eja)

Inilah khemah tercantik  PINNKIE GLAM CAMP

THE ORIGAMI CAMP

Tahniah pada mereka yang sangat kreatif dan berjaya menarik hati juri😍😍.

Majlis malam itu di akhiri dengan pertunjukkan Bunga Api.


Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana memberi peluang pada kak mied dan rakan-rakan media yang lain untuk turut serta dalam program ini.

Satu pengalaman berkhemah yang menarik serta bermanafaat buat seisi keluarga. Melatih diri untuk saling tolong menolong di antara ahli keluarga, sahabat dan  komuniti.

Syabas dan Tahniah  kepada semua yang terlibat dalam peganjuran program ini.





#TourismMalaysia #CutiCutiMalaysia
#MalaysiaTrulyAsia #VisitMalaysia
#travelperaklah #feldaresidencehotspring
#naturehike #nocmmegath2
#nocmfamilia #patriotic  #webelongtogether


Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag