Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2022

MAJLIS APRESIASI MEDIA TOURISM MALAYSIA : MERAIKAN PARA PENGAMAL MEDIA BERSEMPENA PENGANJURAN TOMER 2022

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Bersempena penganjuran Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER 2022 ), selama 3hari 2 malam, para peserta Media yang terlibat telah diraikan dalam majlis Apresiasi Media dan Penyampaian hadiah yang di adakan di Magica Hall , Quill Mall, Kuala Lumpur. YBhg Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hadir untuk memeriahkan majlis serta menyampaikan hadiah kepada peserta yang memenangi Media Explore Race. Turut hadir ialah YBhg Datuk Mohd Zamri Mat Zain, Timbalan Ketua Setiusaha Pelancongan MOTAC,  YBhg Dato' Hj Zainuddin Abdul Wahab Ketua Pengarah Tourism Malaysia serta para pegawai kanan Jabatan/ Agensi MOTAC. Di majlis yang berlangsung, Tourism Malaysia telah membawakan persembahan yang menarik iaitu Kabaret dan Medley Kempen Promosi Tourism Malaysia oleh Artis Tari dari Istana Budaya. Majlis turut dimeriahkan dengan penampilan artis jemputan iaitu penyanyi popular Ernie Zakri dan Khai

PENGALAMAN MENYERTAI TOURISM MALAYSIA MEDIA EXPLORE RACE 2022 ( TOMER 2022)

Assalamulaikum dan salam sejahtera Pada 22-24 November 2022, berlangsungnya program Tourism Malaysia Explore Race 2022 (TOMER 2022 ). Untuk program kali ini, seramai 88 pengamal media telah terlibat termasuk 11 penyertaan pengamal media antarabangsa dari Indonesia, Thailand dan Brunei . Seawal 6:00 pagi, peserta-peserta mula hadir untuk pendaftaran di Glasshaus, Marina Putrajaya Ucapan pembukaan oleh YBhg Dato' Hj Zainuddin Abd Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Program TOMER 2022 adalah gabungan dua konsep acara iaitu Explore race dan Treasure Hunt .  Para peserta akan mengembara ke lokasi-lokasi terpilih yang telah ditetapkan sambil menjawab soalan-soalan Treasure Hunt yang berbentuk teka-teki ( Creative think outside the box ), melakukan tugasan yang diberi dan melakukan cabaran berbentuk Amazing Race . Para wakil penaja bergambar bersama tetamu Kehormat dan peserta Team kak mied, kak seriwangi( www.keunggulan wanita.com), Sarie(www.dinohous.com), Ayie ( hellerkiller_