Skip to main content

SPLENDID SELANGOR FAMILY-FUN PHOTOHUNT 2022

 Assalamulaikum dan Salam sejahtera 

Bersempena Selangor International Travel Fotography Festival yang berlangsung pada 12 dan 13 November 2022 yang di adakan di Paradigm Mall baru-baru ini,. kak mied berpeluang menyertai pertandingan Splendid Selangor Family-Fun Photohunt yang dianjurkan disebelah pagi pada hari penutup 13 November 2022.
Tujuan penganjuran Selangor International Travel Fotography Festival dan juga pertandingan Splendid Selangor Family-Fun Photohunt oleh Tourism Selangor adalah untuk mempromosi tempat-tempat pelancongan menarik di Negeri Selangor. 
Kata-kata aluan dari YB Hee Loy Sian, Exco Pelancongan, Alam sekitar & Teknologi Hijau dah Hal Ehwal Orang Asli

Selain dari pertandingan dan pameran fotografi, sesi pembentangan dan perbincangan mengenai pelancongan dan fotografi, persembahan kebudayaan serta seminar turut di adakan di Festival ini. 
Antara agensi dan pemain industri pelancongan yang turut serta di Festival ini seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat,  Jungle School Gombak dan Gamuda Land.








SPLENDID SELANGOR FAMILY-FUN PHOTOHUNT

Pertandingan ini seperti explorace di mana para peserta di beri soalan dan clue, mereka perlu mencari jawapan dan mengambil gambar sebagai jawapannya.  Di sini kreativiti peserta akan di nilai untuk di pilih sebagai pemenang.  Semua jawapan hanya berada di sekitar Paradigm Mall sahaja.
Pertandingan ini nampak senang, namun ianya sangat menguji skill mengambil gambar dan kreativiti peserta .
Sebelum ini kak mied dan bestie kak mied Ayie dari https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com sudah pernah menyertai Explorace. Explorace yang kami sertai biasanya yang pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk menyelesaikan tugasan..kali ini lain pulak tugasannya, dimana kami hanya perlu berada di dalam Mall sahaja.
Kami berdua yang sudah bersedia di tempat perlepasan🥰
Sebanyak 35 pasukan telah mengambil bahagian dan hadiah yang ditawarkan pun agak menarik.
Hadiah utama sebanyak RM1000, 3 hadiah RM300 dan 10 hadiah Saguhati RM100. Menarik juga hadiah yang di tawarkan...buat k mied bersemangat !!

Jom kita tengok soalan-soalan dan clue yang di berikan :
 1.Colours that make me happy/ warna yang mengembirakan saya.(clue level  2)

2. Am I the artist or craftsman?/ Adakah saya pelukis atau tukang kraftangan.(clue level 2)

3.Joy of jumping/ keriangan melompat.
(clue Atrium or any level).

4.Walk here walk there/ Jalan ke sini jalan ke sana (clue Atrium or any level).

5. The hands that weave/ Tangan yang menganyam.(clue Atrium or any leve).

6. Is this real or fake/Adakan ini benda sebenar atau palsu.(clue Atrium or any level).

7. The faces of joy/ Wajah-wajah kegembiraan.
(clue Atrium or any level).

8. I'm hungry now, what's delicious to fill my stomach/ Saya lapar sekarang, apakah yang paling lazat dapat mengisi perut saya?(clue Any level).

Tengok pada soalan dan clue yang diberikan macam senang aje kan tapi kita kena berfikir luar kotak. Itulah penerangan yang telah di berikan kepada semua peserta ..KREATIF DAN BERFIKIR LUAR KOTAK😘.

Makanya kami berdua pun ingin jadi kreatif dan berfikir luar kotak..hahaha..

Inilah hasilnya dan jawapan dari kami berdua.
1.Colours that make me happy/ warna yang mengembirakan saya.(clue level  2)
2. Am I the artist or craftsman?/ Adakah saya pelukis atau tukang kraftangan.(clue level 2)
3.Joy of jumping/ keriangan melompat.
(clue Atrium or any level).
4.Walk here walk there/ Jalan ke sini jalan ke sana (clue Atrium or any level).
5. The hands that weave/ Tangan yang menganyam.(clue Atrium or any leve
6.Is this real or fake/Adakan ini benda sebenar atau palsu.(clue Atrium or any level).
7. The faces of joy/ Wajah-wajah kegembiraan.
(clue Atrium or any level).
8. I'm hungry now, what's delicious to fill my stomach/ Saya lapar sekarang, apakah yang paling lazat dapat mengisi perut saya?(clue Any level).

Menarik tak gambar-gambar kami berdua?
Hahaha....gambar-gambar nie tak cukup kreatif pun untuk memenangi sebarang hadiah walaupun hadiah saguhati🤭.  
Walaupun tidak menang, namun kami berdua enjoy jer dapat turut serta. Sedikit sebanyak dapat jugak belajar teknik mengambil gambar dari yang berpengalaman.

Antara teman-teman blogger yang turut serta
Tahniah buat Tourism Selangor di atas penganjuran Festival yang meriah ini.

Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. 

#PusingSelangorDulu

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad