Skip to main content

Dato' Dr.Loga Bala Mohan Jaganathan BERJIWA RAKYAT dan DEKAT DI HATI penduduk Wilayah Persekutuan

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Pilihanraya Umum Malaysia yang ke 15 akan berlangsung pada 19 November ini,  sudah tentu kita sebagai rakyat harus bijak memilih pemimpin yang dapat berkhidmat untuk rakyat.

Salah seorang pemimpin yang sentiasa berada di hati penduduk  terutama di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah Dato' Dr.Loga Bala Mohan Jaganathan.

Sepanjang khidmat Dato' Dr Loga memegang jawatan Timbalan Menteri Wilayah 2013- 2018 beliau adalah seorang pemimpin yang mesra kepada rakyat dan amanah dalam melaksanakan tugas beliau sepanjang khidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah.
Beliau sangat di hormati dan dikasihi oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan bangsa kerana karekter beliau yang mesra bersama penduduk dan tegas dalam melaksanakan tugas kerja- kerja sebagai Timbalan Menteri Wilayah.

Ini lah pemimpin yang di hormati dan di sayangi semua lapisan masyarakat kerana salah satu pemimpin yang turun ke lapangan berjumpa dengan penduduk bagi mendengar, melihat dan melaksanakan kerja dengan pantas dan sistematik serta efisyen.
Ini lah tokoh kepimpinan di Wilayah Persekutuan yang dapat berkhidmat dengan masyarakat dan memartabatkan kepentingan penduduk terutama di Wilayah Persekutuan.

Beliau adalah pilihan yang tepat sebagai calon pemimpin terutama di kawasan Wilayah Persekutuan.

Beberapa pemimpin tempatan menyuarakan sokongan mereka kepada bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan untuk menjadi calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengerusi Umno Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Zainal Rafique, ahli jawatankuasa Majlis Perniagaan Brickfields S. Krisna Kumar Sitaram dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Pandan TM Padmanathan semua berpendapat bahawa Loga Bala akan menjadi calon yang boleh dipercayai untuk BN.

“BN sememangnya memerlukan seorang yang rajin, berbudi bahasa dan baik hati seperti Loga Bala sebagai calon. BN harus meletakkan Loga Bala di kawasan pilihan raya boleh menang," kata mereka.
Zainal berkata semasa menjadi timbalan menteri, Loga Bala telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk menyelesaikan isu awam dan membantu golongan berpendapatan rendah.

“Dia sentiasa baik dengan orang ramai dan sentiasa mendengar kesusahan mereka. Beliau sentiasa bertindak tegas untuk menyelesaikan rungutan rakyat. Dia akan menjadi calon yang baik untuk BN dengan syarat dia mendapat kerusi yang betul," kata orang kuat Umno itu.



Krisna Kumar memuji Loga Bala atas bantuannya yang diberikan kepada peniaga Brickfields. Beliau berkata bekas timbalan menteri itu membantu menempatkan peniaga kecil, seperti kedai bunga dan pemilik kedai makan, ke premis strategik baharu untuk meningkatkan perniagaan mereka.

Pada musim perayaan, beliau berkata Loga Bala akan mempercepatkan kelulusan pelesenan untuk peniaga tanpa gangguan daripada pihak berkuasa tempatan.

Beliau adalah seorang yang berjiwa rakyat, tidak pernah menafikan peluang sesiapa untuk mengetengahkan sebarang isu kepadanya. Beliau sangat handal dalam menyelesaikan isu awam. Beliau pasti akan menjadi calon yang baik untuk BN," kata Krisna.
Melalui inisiatif Loga Bala, Kementerian Wilayah  membelanjakan hampir RM20 juta untuk menaik taraf dan mengembangkan bandar Brickfields ‘Little India’ di Kuala Lumpur.


Loga Bala pastinya telah membina reputasi yang boleh dipercayai sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat semasa menjadi timbalan menteri antara 2013 dan 2018. Beliau telah melaksanakan banyak projek awam di bawah kementeriannya untuk memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

Salah satu projek luar biasa beliau ialah dasar Unit Pampasan Setinggan (SCU) Kuala Lumpur, di mana kerajaan persekutuan BN sebelum ini akan membina 1,000 rumah murah untuk penempatan semula penduduk setinggan miskin yang kehilangan tempat tinggal. Rumah itu terdiri daripada 300 unit flat di Kampung Pandan, diikuti 500 unit lagi di Sentul dan 200 unit di Bukit Kiara.




Mengenai Senator Dato' Dr.Loga Bala Mohan Jaganathan

Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan Jaganathan adalah merupakan Senator di Dewan Negara Malaysia sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia yang dilantik pada 2013 hingga 2018 lalu.

Sepanjang khidmat Dato' Dr Loga memegang jawatan Timbalan Menteri Wilayah 2013- 2018 beliau adalah seorang pemimpin yang mesra kepada rakyat dan amanah dalam melaksanakan tugas beliau sepanjang khidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah.

Beliau sangat di hormati dan dikasihi oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan bangsa kerana karekter beliau yang mesra bersama penduduk dan tegas dalam melaksanakan tugas kerja-kerja sebagai Timbalan Menteri Wilayah.

Latar belakang yang sihat dan bersih sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, telus dan ikhlas dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang di amanah kan.

Penduduk di sekitar Wilayah Persekutuan sentiasa memberi sokongan kepada beliau. Majoriti penduduk juga berharap beliau akan kembali dan menerajui Kepimpinan di kawasan Wilayah Persekutuan.

Dato' Dr Loga Bala Mohan Jaganathan adalah pilihan penduduk kawasan Wilayah Persekutuan kerana rekod kepimpinan beliau sepanjang khidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 2013 - 2018 telah *TERBUKTI sebagai pemimpin yang BERJIWA RAKYAT.*

Keterangan lanjut layari

Facebook

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag