Skip to main content

DATO' Dr.ZULKAFPERI CALON PN TANJUNG KARANG ADALAH DOKTOR PAKAR PROLOTHERAPY

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Apa itu Prolotherapy?
Prolotherapy adalah teknik rawatan untuk mengatasi masalah otot, tulang dan sendi.
Rawatan biasa bagi masaalah ini hanya diberi ubat penahan sakit atau suntikan penahan sakit atau steriod tetapi konsep rawatan Prolotherapy  adalah dengan proses inflammasi atau ' membaik pulih' setempat melalui teknik suntikan di kawasan yang mengalami kesakitan akibat daripada ligamen yang lemah, kendur atau tercedera.

Dato' Dr. Zulkafperi merupakan seorang pakar dalam bidang Prolotherapy ini.  Beliau telah mempraktikkan bidang ini lebih dari 10 tahun.
Untuk maklumat lanjut mengenali beliau dan Prolotherapy bole layari :


TESTIMONIAL DARI PENDUDUK KAMPUNG

Abdul Rahman Abidin umur 77 tahun. 
Kampung Parit Serong.


Mengalami masalah lutut hampir 4 ke 5 tahun. Pelbagai kaedah rawatan telah di buat oleh Pakcik.
Syukur Alhamdulillah pada malam rawatan ketika itu hujan gerimis penuh rahmat bersama Dato Dr Zulkafperi atau dikenali Dr Zul suatu keajaiban sehingga menitis dan mengalir air mata Pakcik kerna sakit yang di alami yang begitu lama telah sembuh dengan keajaiban Allah s.w.t dengan kaedah rawatan Dr Zul.

Kepakaran yang ada pada Dr Zul di gunakan untuk memberi khidmat kepada penduduk. Dr Zul bukan biasa-biasa dalam diam kerna mempunyai bakat dan kepakaran yang amat diperlukan oleh semua penduduk dan rakyat selain sebagai seorang pemimpin yang hebat.

Ketika rawatan Pakcik dan orang yang hadir amat terkejut kerna beliau dapat duduk bersila melipatkan kaki dan mengangkat kaki. Di saat itu lah riak wajah Pakcik amat gembira sehingga menitis air mata tanda Syukur kepada Ilahi. Allahu Akbar.

Pakcik sangat tersentuh hati dan berterima kasih sangat kepada Dr Zul kerna dengan izin Allah s.w.t Pakcik dapat merasai perubahan yang begitu cepat dan ajaib dengan menggunakan kaedah rawatan pakar Dr Zul.

Pakcik dan isteri beliau menunggu 3 hari untuk berjumpa Dr Zul dan rezeki malam 14 Nov 2022 akhirnya dpt berjumpa dan menerima rawatan.

Walaupun dengan kesibukan berkempen atas Parti Perikatan Nasional namun tekad untuk membantu penduduk Tanjong Karang tetap menjadi pilihan hati Dr Zul.

Kesihatan dan keselamatan adalah keutamaan yang sepatutnya di dahulu kan. Jika kita sihat maka semua Pekerjaan seperti beribadah, berniaga,  bersukan dan pelbagai aktiviti dapat di laksanakan dengan baik. Tunai kan hak ke atas tubuh badan kamu agar senantiasa dapat melaksanakan kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Muenah binti Salleh
Kampung Parit Serong
Umur 68 tahun

Mengalami masalah lutut. Sebelum nie telah menerima rawatan dari Dr Zul di lutut kaki kanan. Dalam 12 suntikan pada lutut makcik yang di rawat oleh Dr Zul sendiri. Perbezaan amat ketara sebelum dan selepas. Bak kata makcik seperti MAGIC katanya.


Kini makcik hadir dengan wheelchair untuk menerima rawatan di lutut kaki sebelah kiri pula.

Alhamdulillah dapat berdiri dan berjalan sedikit.
Dalam masa yang sama juga makcik membawa suami beliau untuk pertama kali menerima rawatan yang sama.

Alhamdulillah kini makcik amat bersyukur di atas perubahan kesihatan. Beliau hadir dan datang berjumpa Dr Zul atas saranan kawan-kawan kerna Dr Zul adalah Doktor Pakar Prolotherapy

Ini lah PEMIMPIN yang perlu kita ada di kalangan masyarakat terutama kawasan Parlimen Tanjong Karang.



Kebaikan dan Manfaat kepada sesama insan dan khidmat sebagai seorang pemimpin perlu dibuktikan dengan perlaksanaan yang istiqomah.

Masa depan Tanjong Karang bergantung kepada pengundi² yang ada di Tanjong Karang. Jika mahu kan perubahan dan pembaharuan maka Dr Zul adalah pilihan yang tepat dan amat sesuai.

Salam sayang,

Comments