Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2026

FELDA DAN PERKESO PERKUKUH JARINGAN PERLINDUNGAN SOSIAL, PERKASA KESEJAHTERAAN KOMUNITI FELDA

Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Kerjasama strategik antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diperkukuh menerusi Memorandum Kerjasama (MoU) yang bakal menjadi pemangkin kepada penyelarasan serta pelaksanaan operasi yang lebih cekap, bersepadu, dan berimpak tinggi dalam menyantuni keperluan Komuniti FELDA. Kesepakatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua agensi untuk menggembleng kepakaran, rangkaian, dan jaringan penyampaian masing-masing dalam memperluas perlindungan keselamatan sosial, program pencegahan, perkhidmatan rehabilitasi, serta peluang pekerjaan kepada seluruh ekosistem Kumpulan FELDA merangkumi peneroka, suri rumah, generasi baharu, petugas, pekerja asing, majikan, dan perusahaan. Usaha strategik ini sekali gus menyokong aspirasi Malaysia MADANI untuk membina masyarakat yang lebih sejahtera, berdaya tahan, dan terangkum tanpa membiarkan mana-mana golongan tercicir daripada arus pembangunan negara. Majlis pemetera...