Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN PELANCARAN TABUNG BERSAMAMU RAFAH 2024

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) dengan kerjasama Musolla Aisya dengan sukacitanya menganjurkan ** Majlis Bacaan Yassin dan Pelancaran Tabung Bersamamu Rafah ** yang diadakan pada 25 Mei 2024 di Glamhall, Damansara.  Majlis ini disempurnakan oleh Dato' Seri Alha Alfa selaku Penaung PEKAA dan Datin Seri Umie Aida selaku Penaung Musolla Aisya. Majlis yang penuh bermakna ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak MYR 500,000 bagi membantu meringankan beban rakyat di Rafah, Gaza. Tabung Bersamamu Rafah ini akan mengadakan kutipan dana bermula 25 Mei 2024 sehingga 8 Jun 2024. Kerjasama strategik ini turut disokong oleh rakan kolaborasi, Cinta Gaza Malaysia dan AICT Global , dalam memastikan matlamat kutipan dana ini dapat dicapai. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran 80 orang selebriti dan pempengaruh (influencers) Malaysia, pengasas (founders) perniagaan, dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang turut serta memberi sokon

MAJLIS RUMAH TERBUKA DAN PELANCARAN PERTANDINGAN PENCARIAN JUARA PEREKA SENI BARANG KEMAS KOPERASI NORRAS BERHAD (KNB)

  Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Pada 3 Mei 2024, kak mied telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Koperasi Kumpulan Norras Berhad yang di adakan di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur.  Info mengenai Koperasi Kumpulan Norras Berhad (KNB)  Koperasi Kumpulan Norras Berhad(KNB), merupakan koperasi yang menyediakan pembiayaan wang (penggadaian ) kepada pelanggan secara patuh syariah .  Ia juga merupakan antara Koperasi di Malaysia yang menggunakan konsep Tawaruq dalam pembiayaan Ar-Rahnu .    Di majlis tersebut,  Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas( PERSEKA ) iaitu sebuah   badan NGO di bawah Koperasi Norras Berhad telah melancarkan Pertandingan Pencarian Juara Pereka Seni Barang Kemas .  Datin Dr.Raskidah Ali ( Presiden Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas) - PERSEKA Majlis ini dinamakan JOM (JEWELS OF MALAYSIA ).  JOM akan menghimpunkan ke semua pereka, pemakai juga petukang barang kemas tidak kira  orang perseorangan atau pun dari mana mana premis pernia