Skip to main content

MAJLIS RUMAH TERBUKA DAN PELANCARAN PERTANDINGAN PENCARIAN JUARA PEREKA SENI BARANG KEMAS KOPERASI NORRAS BERHAD (KNB)

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. 

Pada 3 Mei 2024, kak mied telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Koperasi Kumpulan Norras Berhad yang di adakan di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur. 

Info mengenai Koperasi Kumpulan Norras Berhad (KNB) 

Koperasi Kumpulan Norras Berhad(KNB), merupakan koperasi yang menyediakan pembiayaan wang (penggadaian) kepada pelanggan secara patuh syariah.  Ia juga merupakan antara Koperasi di Malaysia yang menggunakan konsep Tawaruq dalam pembiayaan Ar-Rahnu 
Di majlis tersebut,  Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas( PERSEKA ) iaitu sebuah badan NGO di bawah Koperasi Norras Berhad telah melancarkan Pertandingan Pencarian Juara Pereka Seni Barang Kemas
Datin Dr.Raskidah Ali ( Presiden Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas) - PERSEKA
Majlis ini dinamakan JOM (JEWELS OF MALAYSIA). 
JOM akan menghimpunkan ke semua pereka, pemakai juga petukang barang kemas tidak kira orang perseorangan atau pun dari mana mana premis perniagaan barang kemas yang ada di seluruh. 
 
JOM juga adalah inisiatif daripada PERSEKA yang akan mengiftirafkan
pereka, pemakai juga petukang barang kemas sepanjang pertandingan ini diadakan. 

Tarikh pertandingan pula akan bermula dari Jun 2024 dan berakhir  dan pengiktirafan pemenang pada Disember 2024.
Manakala Sidang Media JOM akan di adakan pada 18 Jun 2024 ini.

Objektif JOM

  • Pereka

- Mendorong pereka tempatan untuk menggabungkan unsur-unsur budaya dan identiti Malaysia dalam reka bentuk barang kemas mereka

- Memberi pengiktirafan kepada pereka yang mempunyai kepekaan terhadap keunikan budaya dan warisan Malaysia dalam karya mereka.

- Memupuk kolaborasi antara pereka dengan petukang tempatan untuk menghasilkan barang kemas yang melambangkan warisan budaya Malaysia dengan cemerlang. 

  • Petukang

- Memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada petukang untuk meningkatkan kemahiran tradisional mereka dalam membuat barang kemas.

- Mengiktiraf kecekapan dan kreativiti petukang dalam menghasilkan barang kemas berkualiti tinggi yang mencerminkan keunikan budaya Malaysia

  • Pemakai 

- Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya menyokong dan menghargai barang kemas tempatan. 

- Menggalakkan masyarakat untuk memilih barang kemas yang direka dan dibuat di Malaysia sebagai satu cara untuk menyokong industri kraftangan tempatan. 

- Menghubungkan nilai-nilai dan makna yang terkandung dalam setiap barang kemas Malaysia kepada pemakai.

Majlis ini nanti akan dapat meluaskan fokus kepada pereka, petukang, dan pemakai, bahawasanya anugerah ini dapat memberi impak yang lebih menyeluruh terhadap perkembangan industri barang kemas Malaysia serta penghayatan terhadap identiti budaya negara.

JOM ini akan berlangsung dari Jun 2024 hingga Dis 2024, dimana JOM akan menjelajah ke-5 buah negeri bermula dari Johor Bahru. Destinasi ke-2 di Kuantan. Destinasi ke-3 di Pulau Pinang. Destinasi ke-4 Sabah. Destinasi ke-5 Kuching,Sarawak

Pertandingan akhir di Kuala Lumpur untuk mengiktirafkan  pemenang petukang,pereka dan pemakai barang kemas. Anugerah akhir ini akan berlangsung selama 2 hari.

Disini kita akan menawarkan organisasi dan syarikat syarikat yang berkaitan dengan barang kemas seperti Habib, Poh Kong, Wah Chan dan lain lain untuk mengambil lot pameran. Kita hanya menawarkan 10 lot pameran shaja dengan syarat-syarat tertentu.

Terma dan syarat pertandingan ini adalah :

1. Peserta mesti berusia 18 tahun keatas

2. Peserta mesti merupakan warganegara Malaysia 

3. Peserta akan dikenakan bayaran penyertaan

4. Penghasilan karya peserta akan menjadi hak milik PERSEKA sepenuhnya selepas pertandingan ini.

Pertandingan ini juga terbuka untuk pelajar pelajar IPTA, IKM, IPTS dan dan mana mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan JOM ini. 

Untuk pertandingan ini JOM akan memilih 1 pemenang dari setiap negeri untuk dipertandingkan pada akhir nanti yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Hadiah yang ditawarkan adalah untuk 10 pemenang. 3 pemenang utama akan ditawarkan 4 hari kursus pendek di “University Arts London”. Untuk 7 pemenang lain akan diberikan hadiah yang akan diumumkan nanti secara rasmi.

Kesimpulannya :

Pertandingan ini dijangka mencungkil bakat-bakat baru dalam industri barang kemas 
Malaysia, serta menyediakan platform untuk pengembangan dan pengiktirafan mereka.  Dengan memperkenalkan penggunaan tema identiti Malaysia, kami berharap dapat mengukuhkan kebanggaan dan kesedaran terhadap warisan budaya negara di kalangan peserta dan peminat barang kemas.
Diharapkan juga bahawa hadiah yang menarik dan pengalaman di London bagi pemenang utama dapat memberi inspirasi dan penghargaan yang lebih besar terhadap kecemerlangan dalam industri barang kemas Malaysia. Dengan melalui pertandingan ini, kami yakin dapat menyumbang kepada pembangunan industri kreatif negara serta menyelamatkan dan memperkasakan warisan budaya yang kaya dan unik Malaysia.


Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Koperasi Norras berhad :
Hubungi talian 6019 2245967 Datin Dr.Raskidah Ali
Atau layari applikasi 'X' Twitter @PERSEKA_

Alamat : 
G-12, Ground Floor, Saville@Melawati, 
No.2, Jalan Kolam Air, Desa Melawati,
Kuala Lumpur.Malaysia


Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad