Skip to main content

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua.

Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan....
Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri .


Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula.

Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh

Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah naik di situ aje.

Sebelum tue k mid beli tiket secara online dua tiga hari awal kerana takut tiket kehabisan.

So..bole rujuk harga tiket dan jadual serta lain-lain maklumat di bawah nie ⏬


BOLEH BELI TIKET ON LINE DI SINI ⏪


DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI ETS DISINI

Kami membeli tiket dari Sg Buloh ke Arau Kenapa sampai Arau???  kerana dari Arau ke Langkawi adalah lebih mudah kerana kami akan menaiki Feri di Terminal Feri Kuala Perlis. Harga tiket Feri di Terminal Kuala Perlis juga lebih murah dan jarak perjalan juga lebih singkat.

Harga tiket  Dari Sg Buloh ke Arau ialah RM71 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak (untuk sehala)

muka ada sikit bengang sebab x suka kerusi menghala ke belakang😀

Masa beli tiket online...terbeli tempat duduk yang gostan so...macam tak happy lah muka masing2.. next time kena tengok keadaan kedudukan tempat duduk waktu membeli tiket...hahaha...

Di setiap koc ada disediakan seat yg macamnie ...senang nak minum ke..makan ke...
Perjalanan dari stesen Sg Buloh ke Arau mengambil masa selama 5 jam ...jadi pandai2lah layan diri...k mid asyik tidur bangun jer....hehehe

Antara kemudahan yang ada dalam ETS nie  :-
* Ada plug untuk charge,  kedudukannya di bawah kerusi(pandai-pandai lah cari ya)
* Kantin di Koc C (Kmid tak pergi sebab kenyang makan roti)
* Surau
*Tandas


Kira-kira jam 12.30 tengahari kami pun sampai di stesen Arau.. mula2 nak guna Grab..check harga
RM26 ke Terminal Feri Kuala Perlis...Last2 ada 2 orang pakcik Teksi kt situ offer RM20 ke sana...why not kan???? mesti kita cari lebih murah kan...





Perjalanan dengan feri ke Jeti Kuah dari Jeti Kuala Perlis  kira-kira 1 jam 15 minit..kalau dari Jeti kuala Kedah bole menjangkau kira-kira hampir 2 jam
Sampai  di  Langkawi  k mid menyewa 2 buah motosikal dan 1 buah kereta.   Untuk motosikal sehari sewanya RM30 dan Kereta Nissan Sentra kami dapat dalam Rm80 sehari


maka bermulalah episod kami merempit segenap ceruk di Langkawi



Best jugak jalan-jalan guna motosikal di Langkawi nie...selain dari jimat,  senang juga nak kesana kemari... habis jugalah kampung-kampung kami redah...


Penginapan kami di Langkawi pula,   k mid memilih untuk menginap di kawasan  yang berdekatan dengan tempat khenduri kawin kawan kak mid iaitu di Kampung Bukit Lembu, Mukim Kedawang.
 
Tak sangka ada villa cantik dan selesa di tengah- tengah sawah pulak....ANJUNG VILLA LANGKAWI
Berjarak hanya 6km dari  Pantai Chenang,  suasan damai dan keadaan yang bersih amat menyenangkan hati kami...so k mid memang suka Anjung Villa nie walaupun bukan berada di tepi pantai.

suasana di Anjung Villa
Alamat  :  3124,  Jalan Batu Belah Batu Bertangkup, Kampung Bukit lembu, Mukim kedawang, 07000 Langkawi,  Kedah

Phone  : 604-9551196,  604 -9551463



Malam nye pula kami pun menghadiri Majlis perkahwinan kawan kami dan inilah sebenarnya tujuan kami semua ke Langkawi kan....
Selamat Pengantin Baru untuk sahabat kami Pisol dan Isteri 💓💓

Esoknya pulak...lepak-lepak Pantai Chenang,  bole mandi manda, naik jet ski,  banana boat , main pasir pun bole...hahaha


So..kulit pun Sunburnlah jugak


 
Chenang Walk.. meriah malam-malam kat sini.....

MEDAN SELERA NELAYAN BUKIT MALUT
Mengenai tempat makan pulak, sempatlah kami mencuba sebuah restoran yang terletak di Bukit Malut.
Kalau datang dari arah Jalan Padang Mat Sirat,  restoran nie terletak di sebelah kiri .
K mid syorkan guna Waze lah kalau nak sampai sini sebab k mid pun susah nak explain...
Ini first time try makan kat restoran nie.. memang kalau datang waktu malam kena elert sikit sebab kawasan agak gelap dan kena masuk kedalam sikit dari jalan besar.

suasana petang......kredit : abeginningoflife.blogspot
bila k mid smpai dah pukul 8.00 mlm...memang dah penuhlah orang kat sini
Sampai aje terus gi belakang tengok semua ikan dan seafood untuk di masak

semua seafood dan ikan kat sini segar2

Macam2 kami order, lala, udang, ikan, ..ketam masak pedas tak sempat nak snap...sebab lambat sikit sampai

petai bakar dan sotong goreng tepung pun ada.....

k mid suka ikan bakar biasa cicah air asam nie...sambal  belacan pun marvelous...daun gajus tue memang rare...dah lama x jumpa kt KL
Overall k mid suka makan kat sini sebab purely masakan melayu..xda campur masakan Thailand..jadi perasa dalam masakan kurang...kalau kita makan di kedai Tom yam Thailand memang banyak diorang letak perasa dalam masakan.  Orang lain k mid x tahulah...mungkin ada yang kena dengan selera mungkin juga tak kena dengan selera masing-masing.  Dari segi harga pulak untuk untuk 9 orang makan + 1 kanak2...RM260... Bagi kitaorang harga tue ok,  sebab puas kitorang makan cuma lambat sikitlah masa peyediaan nya.,  bagi k mid memanglah lambat sebab ramai betul  customer time kitaorang datang dan kitorang pun tak booking,  memang kitorang tak kisahlah kalau lambat sikit dapat makan.
Alamat   :  Medan Selera Nalayan Bukit Malut 
Bukit Malut 07000 Langkawi Kedah

TEL  : 604 - 966459

Begitulah kisah ke Pulau Langkawi kali ini,  rasa best pulak naik motosikal ronda-ronda.  Next time bolelah cuba lagi dan naik ETS ke Arau tue memang selesa dan cepat...badan pun tak penat sangat. Pada yang belum cuba guna perkhidmatan ETS bole lah cuba bersama family..pasti anak-anak pun suka.

Salam sayang,


Comments

  1. Wah besnya lama tak pergi langkawi. Boleh plan ni dengan family naik ets ke sana pulak. Nak dapat pengalaman baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang naik ets nie klu tak nak beli barang banyaklah :)

      Delete
  2. Lama dah tak pegi langkawi. Pegi masa zaman bujang je. Dah kawen ni blum lagi jejak ke sana. Tempat makan tu macam menarik. Bolehla masuk dalam list kalau ke sana.

    ReplyDelete
  3. Rindunya nak pergi Langkawi lagi.. next time datang boleh try makan kat tempat akak pegi tu la..

    ReplyDelete
  4. wahh.. bestnya boleh sewa motor dan kereta untuk jalan2 kat sana.. memang berjalan sungguh la ye.. ceruk2 semua boleh masuk.. heheheh

    ReplyDelete
  5. Menarik juga cadangan pergi Langkawi naik ETS ni sebab nampak macam adventure je selalin boleh cuba naik ETS. Tak pernah la saya mencuba naik ETS lagi. One day mesti cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ETS tak lama sangat perjlnnya...so taklah bosan

      Delete
  6. Bestnya jalan-jalan dekat Langkawi. Sambil pergi wedding kawan, sambil jalan-jalan dengan family. Pantai Chenang cantik sangat. Kalau dalam gambar cantik, tengok depan mesti lagi cantik.

    ReplyDelete
  7. Best baca perkongsian percutian awak. Siap share info nak ke sana. Panduan berguna buat mereka yang nak bercuti kelak.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam K Mid. Hai ☺️

    Seriusly, Ruby belum sampai ke sina. Teringin sangat nak ke Langkawi tu ha.

    Tengok akak naik ETS tu. Seronok pula. Tapi yang pasal seat gostan. Kiki. Sabarlah noh. At least ada juga pengalaman merasa. 😅

    Ada kemudahan menyewa kenderaan, bestlah dapat merepit 😁

    G kenduri, mandi manda, makan². Bestnya 🥰

    ReplyDelete
  9. Bestnya jalan-jalan. Lagi best part makan kat medan selera tu. Alahai terliurnya tengok. Dah laa time tgh baca ni belum makan malam lagi. Laparr

    ReplyDelete
  10. november nanti, in shaa Allah aida & famili nak naik utara naik ets. abang sulung keje sana. sengaja nak merasa naik ets tu.
    then, pasti nak singgah langkawi jap lah kan :) maybe stay 1 mlm.

    ReplyDelete
  11. rindunya nak makan seafood kedai bot ni. first time BBL datang sini memang suka sangat sebab suasana kampung nelaya tu nampak klasik. oh seronok la pergi Langkawi naik ETS sambil tengok view sepanjang jalan ke sana. menarik..

    ReplyDelete
  12. Meriahnya la alahai kenduri dkt pulau langkawi. Best juga sekarang ada est kan. Sekejap je sampai arau. Dulu keretapi lama 12 jam tu. Sakit badan. Tiket feri beli online jgk ke? Walk in pun boleh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket feri beli walk in jer..sbb feri setengah jam tak risau sangat

      Delete
  13. dah lama tidak ke Langkawi, macam best jer sewa motor dekat langkawi tu eh... nanti nak ajak suami plan ke langkawi nanti... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Done follow sini... nnt boleh balas2 kunjungan lagi

      Delete
  14. Yaya suka sangat ke Langkawi..
    shopping best..aktiviti pun banyak.
    Medan Selera Nelayan Bukit Malut tu belum sampai..next time ke Langkawi boleh cuba.

    ReplyDelete
  15. Tak pernah lagi naik Ets ni, hajat ati memang teringin nak naik..tapi tulah masa tu lom ada lagi nak travel sb anak sibuk nak tuition bagai. Next year lah plan je jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah follow kiatarang...planning nak gi hatyai naik ets gak

      Delete
  16. awa selalu gak ke sana sbb famili asal dr utara.. cuma tahun ni x jejak lagi... langkawi kalau pergi time x cuti sekolah takpe.. best je.. x ramai sgt.. kalau time cuti panjang aduhaiii... kena bnyk siap duit! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tue...time cuti sekolah kena plan awal2...klu tidak semua penuh

      Delete
  17. Dah lama tak ke langkawi. 2 hari lepas bella dan husband ke perlis and ingtkan nak ke langkawi naik feri tapi last minit tukar plan pulak. Aisehh.. Best kan ada ets ni, senang perjalanan. Nak sewa motor/kereta pun harga berpatutan kalau banding drive dr KL

    ReplyDelete
  18. Menarik juga yer kalau naik keretapi pergi Kedah kita nak pergi sana juga hujung tahun ni hehehehe bestnya selesa tak kalau kita ambil yang ada katil kot lagi seronok hehehe nak nak...

    ReplyDelete
  19. Boleh dapat kan no teksi di area ets arau tak .?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah dek..teksi banyak tunggu kat sana..sentiasa ada

      Delete
  20. kak boleh share tak no tepon sewa kete tu? klu sudi ws saya no kete sewa tu ya �� 017-6690652

    ReplyDelete
  21. Tiket feri dari kuala perlis tu memang sentiasa ada atau kena beli awal kak?

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag