Skip to main content

MAKAN-MAKAN DI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR,KLANG

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ini k mid nak cerita tentang makan-makanlah pulak.  Travel pastu makan...macamana agaknya nak kurus...aaah.lantaklah janji puas hati dapat makan kan..hehehe.

Kunjungan k mid baru- baru nie adalah ke Restoran Sisik Ikan Bakar atau dahulunya restoran ini dikenali dengan nama Restoran Resepi Warisan Tok.

 
Cashier dan pelayan restoran lengkap bertanjak😃
Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Puan Linda ,  pemilik restoran ini adalah  berdarah campuran Pahang,  Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Jadi kita bole lihat ianya mempengaruhi cara dan sajian makanan di restoran ini.

 


Restoran ini beroperasi pada 2 waktu iaitu waktu pertama dari pukul 8. 00 pagi - 4.30 petang  dengan menyediakan sajian masakan melayu asli .  Untuk waktu ke 2 pulak iaitu dari 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam menyediakan menu yang berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, sotong bakar, pepahat, kepah, ikan bakar tempoyak( ini tidak terhad kepada ikan patin sahaja) , sotong bakar , daging bakar dan lain- lain lagi.


Makanan laut semua segar-segar di sini.👍
 

 Hot seller restoran ini iaitu aneka pilihan asam pedas resepi warisan


Bagi pengemar nasi lemak pula,   terdapat nasi lemak buluh perindu.  Nasi lemak ini dikukus dalam buluh. Amat sesuai  di makan bersama ikan bakar dan asam pedas.


Jika jemu dengan menu di atas, tidak mengapa... bole mencuba steamboat  kerana steamboat  juga terdapat di restoran ini.




Jadi jangan tengok jer kitaorang makan ya....korang semua bole datang dan cuba.  Lokasi restoran ini pun senang aje nak di cari iaitu berhadapan GM Klang Wholesales.



Alamat :  No.32, Jalan Kasuari 1/ks7
Bandar Botanic,  41200, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Whatapps : https://wa.me/+60192263004 & +60162240474


Bersama pemilik Restoran Sisik, Puan Linda


Selamat Maju Jaya untuk Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
Salam sayang,


Comments

  1. teringat-igt ikan bakar.... dan kenangan sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Restoran sisik... hihihi

    ReplyDelete
  2. Fresh fresh tengok seafood nya. Bestnya makan ramai ramai lagi ni.

    Wahh. Steamboat pun ada sekali

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...