Skip to main content

APA YANG MENARIK DI DEERLAND PARK, LANCHANG

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Melihat pada namanya pasti kita ingat ianya Taman untuk Rusa sahaja tapi sebenarnya banyak haiwan-haiwan lain seperti burung merak,   burung unta, itik kayu , ular sawa, arnab, rakoon dan lain-lain lagi.


Deerland Park adalah taman persendirian, di mana pemiliknya iaitu En.Abdullah Ahmad Bin Mahmud telah membina taman ini pada tahun 1996.




Rasa-rasa teringin nak bermesra dengan Sang ular...boleh jer kat sini😁

Bagi pencinta alam semulajadi dan haiwan,  berkunjung ke sini adalah pilihan yang tepat di mana pengunjung boleh menikmati kehijauan alam semulajadi di kawasan ini disamping boleh bermesra dengan haiwan-haiwan di sini.




Deerland ini amat sesuai bagi membawa anak-anak untuk merasai pengalaman memberi makan kepada haiwan seperti rusa dan arnab.

Harga tiket di sini pun amat berpatutan,  hanya RM7  untuk orang dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.

Waktu Operasi :
10.30 pagi - 4 petang  ( Isnin - Khamis)
10.30 pagi - 5 petang ( Sabtu/Ahad/Public Holiday)
Tutup  : Setiap hari Jumaat

📌Lokasi : Lanchang Pahang, 3km dari Kuala Gandah
Maklumat  lanjut :
En. Abdullah  09 2779305/ 012 9627249
Email : deer_land@hotmail.com

#temerlohunlimited  #temerlohtitiktengahsemenanjung #deerlandpahang


Salam sayang,

MIEDAJAZ



Comments

  1. Thank you for sharing useful information with us. please keep sharing like this. And if you are searching a unique and Top University in India, Colleges discovery platform, which connects students or working professionals with Universities/colleges, at the same time offering information about colleges, courses, entrance exam details, admission notifications, scholarships, and all related topics. Please visit below links:

    K.R. Mangalam University in Gurugram

    Teerthanker Mahaveer University in Moradabad

    Adamas Universityin Kolkata

    Mody University of Science & Technology in Sikar

    Jaipur National University in Jaipur

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...