Skip to main content

Rumah Terbuka Aidil Fitri Koperasi Norras dan Pelancaran Pakej Pelancongan ke Acheh Norass Travel dan Tour

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. 
Rumah terbuka Aidil Fitri Koperasi Norras Berhad baru-baru ini telah di adakan di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur. 
Persembahan Tarian Tradisi Acheh

Di Majlis tersebut, Pengasas Koperasi Norras Berhad,Datin Dr. Raskidah Ali turut melancarkan
Norras Travel & Tour  Sdn Bhd dan mengumumkan pakej pertamanya ke Acheh
Datin Dr Raskidah Ali, Pengasas Koperasi Norras Berhad(kanan) 

Duta cilik Norras Travel, Adek Lovena Azzahr Putri Aulya

 Norras Travel & Tour  Sdn Bhd juga turut memperkenalkan Duta Cilik Norras Travel, Adik Lovena Azzahr Putri Aulya berumur 6 tahun.  Beliau  diterbangkan khas dari Bandung, Indonesia. Gayanya mencuri tumpuan hadirin ketika berjalan ‘Catwalk’ diiringi lagu pop ‘Lagi Syantik’ . Dalam masa yang sama pengumuman diumumkan perjalanan trip sulung ke Aceh yang bakal berlangsung pada 24 hingga 27 April ini mendapat sambutan tetamu yang hadir.

Lovena love, yang aktif di TikTok di bawah nama Lovena Love, akan menjadi wajah utama dalam kempen promosi destinasi menarik anjuran Norras Travel, termasuk aktiviti eksklusif seperti berenang bersama dolphin dan snorkeling di laut biru Aceh yang kini jauh lebih jernih selepas tragedi tsunami.

Majlis yang meriah ini diserikan lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia YBHG Datuk Azman Abidin. Beliau sempat memberikan ucapan sekaligus merasmikan majlis tersebut tanda sokongan penuh kepada Koperasi Norras Berhad. Kehadiran rakan artis seperti Datin Maria Arshad dan Penyanyi Haqiem Rusli juga mencuri tumpuan mereka yang hadir

Kehadiran Rakan artis Datin Maria Arshad

Selain Aceh, Norras Travel turut merancang siri trip ke destinasi unik lain seperti Pakistan, Switzerland, Turkmenistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, dan Tatarstan – negara-negara yang kaya dengan keindahan semula jadi dan budaya Islam yang menarik. “Kami cuba bawa rakyat Malaysia ke tempat yang jarang dijelajah tetapi sangat indah dan selamat dari segi makanan halal dan kemudahan solat,” jelas mereka.

Pengarah Urusan Norras Travel & Tours (NTSB),Ayumi Evelina pula dalam ucapan alu- aluannya memaklumkan pihaknya menawarkan lebih 50 pakej destinasi percutian dari dalam negara dan luar negara pada kadar mampu milik.

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan boleh menghubungi talian +6012 639 0530
Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...