Skip to main content

MUSEUM RAJA ALI HAJI : SEJARAH PERADABAN BATAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Kunjungan ke Batam sempena Batam Mega Trip baru-baru ini, k.mied berpeluang melawat Museum Raja Ali Haji yang terletak di Dataran Engku Putri.



Museum Raja Ali Haji  menjadi museum pertama yang terdapat di Batam dan di rasmikan pada 18hb Disember 2020 sempena dengan Hari Jadi Kota Batam yang ke 191 tahun.


Museum ini menampilkan sejarah peradaban Batam mulai dari zaman kerajaan Riau,Lingga, Belanda, Temenggung Abdul Jamal, Zamsn Jepun,  Waktu Kemerdekaan Indonesia,  pemerintahan daerah Kepri,  Era kepimpinan BJ Habibie, Kota Pemerintahan ,  Khazanah Melayu sehingga Era Batam Sekarang.






Museum ini di beri nama Raja Ali Haji yang merupakan Pahlawan Nasional Kepulauan Riau.
Beliau merupakan ulamak,  sejarahwan dan Pujangga berketurunan Melayu Bugis.
Raja Ali Haji Lahir di Selangor, Malaysia pada tahun 1808 dan meninggal dunia pada tahun 1873 di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau.

Ada beberapa koleksi menarik yang dipamerkan di Museum ini antaranya ialah Cogan. Cogan merupakan salah satu koleksi utama Museum ini.
Pada kedua bahagian sisi terdapat ukiran tulisan timbul dengan tulisan lambang huruf Arab Melayu.


Cogan adalah alat kebesaran atau Regalia yang dimiliki oleh Kerajaan Johor Riau Lingga Pahang. Alat kebesaran kerajaan ini diwarisi sehingga tahun 1913 sebelum Kejatuhan Kerajaan di bawah Belanda.

Dengan adanya Museum ini,  kita akan mengenali sejarah Kota Batam dengan lebih jelas lagi.

Untuk mendapat lebih banyak maklumat tentang Museum Ali Haji Batam ini boleh layari

Facebook :

Instagram :


Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad
                               8:00 am - 4:00pm
                          Tutup hari Isnin


Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...