Skip to main content

PENGALAMAN MENAIKI FERI DI JETI TANJUNG PENGELIH KE BATAM

Assalamulaikum dan salam sejahtera 


Sudah 3 kali  k.mied ke Batam, memang tak pernah jemu pun untuk kesana kerana Batam mempunyai banyak tempat- tempat menarik dan pulau-pulau cantik yang boleh kita kunjungi. Jika ada peluang dan masa pasti k.mied akan terus mengunjungi Pulau ini.
Baru-baru k.mied ke Batam lagi sempena Batam Mega Famtrip, jadi memang happylah sebab dah lama tak keluar negara kerana PKP.


Kunjung ke Batam kali ini berbeza sedikit kerana kami akan menaiki feri di Jeti Tanjung Pengelih. Sebelum ini, kami akan menaiki Feri ke Batam di Stulang Laut dan Puteri Harbour. Mula-mula rasa malas nak ikut Famtrip kerana rasa jauh sangat nak ke Tanjung Pengelih dari Kuala Lumpur, akhirnya bila ramai kawan-kawan yang pergi tue memang satu kepala, k.mied pun mengalahlah.

Jomlah k.mied cerita sikit mengenai Jeti Penumpang Tanjung Pengelih nie.

Jeti Penumpang Tanjung Pengelih ini terletak di Tanjung Pengelih, Pengerang Johor, kiranya dekat je dengan Desaru dan yang paling dekat sekali dengan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tanjung Pengelih.

Kami semua dari Kuala Lumpur menaiki bas dari TBS ke Stesyen Sungai Rengit.  Stesyen Sungai Rengit merupakan stesyen bas yang paling hampir sekali dari Jeti Tanjung Pengelih. Bas yang paling akhir ke Sungai Rengit pula pukul 10.00 malam, jadi tiket bas beli online siap-siap takut nanti penuh pulak bas. Harga tiket dalam Rm52.00.


Bas tiba di Stesyen Sungai Rengit sekitar jam 3 pagi.  Awallah pulak weh!  Nak sambung tidurlah nampaknya 
Stesyen Bas Sungai Rengit nie kecik jer tapi ada Surau, toilet dan banyak bangku untuk duduk.  So...ada yang nak ke Surau sambung tidur, ada yang duduk di bangku jer tunggu subuh.  K.mied 
pulak decide nak lelapkan mata seketika di bangku panjang di stesyen bas....selamba ajelah...bukan ada sapa pun pagi-pagi buta nie..Yang ada pun dua tiga ekor sang bulus menunggu makanan.

Atas Bangku pun bangkulah janji lelap jugak😅
Lepas subuh, dah ada gerai berhampiran yang bukak.  Bolehlah bersarapan sementara menunggu untuk dapatkan teksi atau kereta sapu.  Kereta sapu memang boleh di dapati di sini dan untuk ke Tanjung Pengelih akan di cas Rm10 sehala..K.mied tak pasti pulak mengenai Grab, mungkin ada tapi lambat sikit atau kurang.  Kitaorang pulak dah deal dengan adik-adik yang berkerja di Pengerang untuk bawa kitaorg ke Jeti Tanjung Pengelih.

Sebelum memasuki kawasan Jeti, kami turun kat restoran berhampiran untuk bersarapan..wah!  macam- macam ada...nasi lemak, lontong,mee dan mee hoon goreng, soto dan roti canai pun ada.  


Kawasan sekitar pun cantik..apa lagi berfoto kejap.
Selesai sarapan terus berjalan ke Jeti yang hanya beberapa tapak jer dari situ.

Dah smpai sini...haruslah bergambarkan






Sebelum naik feri kita bergambar group dulu

Mengapa agaknya kami naik Feri di Tanjung Pengelih kali ini,  sebab selalunya naik di Stulang atau Puteri Habour?
Sebenarnya kami naik Feri Dolphin,  Feri Dolphin telah berpindah operasinya ke Jeti Tanjung Pengelih dan untuk trip kali ini,  kami di minta untuk naik Feri Dolphin di sini,  jadi ikutlah.  
Bila naik di sini,  baru tahu keadaan di sini,  selesa aje keadaan di Terminal Jeti ini.




Selesa dan bersih Feri Dolphin nie (ini gambar waktu balik)

Macam k.mied pulak duk mengarah😅

Dapat kebenaran pulak tengok Pilot mengemudi Feri...mungkin ini trip Media jadi adalah sedikit kelonggaran untuk melihat pilot-pilot melayari Feri🥰

Sempat lagi berposing di bahagian atas Feri Dolphin

Perjalanan ke Batam menaiki Feri dari Jeti Tanjung Pengelih ini hanya mengambil masa kira-kira 45 minit jer..Kalau dari Stulang dan Puteri Habour akan mengambil masa 1 jam 30 minit.  Kita akan jimat masa pelayaran kerana kedudukan Jeti Tanjung Pengelih lebih hampir dengan Batam Center Point International Ferry Terminal.




Alhamdulillah,  dah lama tak guna buku merah..akhirnya dah kembali di gunakan. Moga dunia bebas sepenuh dari cengkaman Covid 19 dan lain-lain virus merbahaya.

Salam sayang,




Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

TEMPAT MAKAN BEST DI MANJUNG

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Tengah buat apa tue?  mesti tengah lepak-lepak kat rumah tengok TV...Almaklum lah kena PKP nie kepala jadi tepu  tak tahu nak buat apa..makan tidur, tengok TV..pastu makan lagi..pastu tidur lagi,..hahaha. Tak pa sabar sikit ya...lagi 2 minggu kita sama-sama doakan PKP nie tidak di lanjutkan lagi dan sekarang kita duduk di rumah diam-diam kat rumah.  Jangan bagi PM kita dok merayu-rayu #STAYATHOME. Boring-boring nie k mid teringatlah tempat-tempat makan yang k mid pergi sewaktu kunjungan ke Manjung baru-baru ini. Manalah tahu kalau lepas-lepas nie dah bebas dari Covid 19 nie ,  sesiapa pergi ke Manjung atau pergi Pulau Pangkor ke bolehlah singgah di sini . # BIG WHALE CAFE Big Whale Cafe sebuah cafe yang Cozy dan mempunyai susunatur yang kemas .  Cafe ini menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh di cuba.  Ada menu Western, Japanese dan Korean.   Pendekata,  boleh  cuba menu brunch, lunch dan dinner . Cafe ini terletak di  : 

PENGALAMAN SAMPAI KE PARADISE 101 LANGKAWI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera "PARADISE 101 LANGKAWI" Korang semua dah pernah sampai ke sini ke???  K mid baru aja sampai ketika mengikuti Famtrip baru-baru ini. Paradise 101 adalah pulau persendirian dan  pulau buatan manusia.  Di urus dan di miliki oleh NAAM Sdn Bhd,  ia nya merupakan Pulau yang ke 101 di Langkawi. Berlantarbelakangkan Laut Andaman, pulau eksklusif ini hanya berkeluasan 2 ekar,  dikelilingi dengan pasir pantai yang memutih serta pohon pinus yang tentunya menjanjikan permandangan indah. Ada banyak aktiviti air yang ditawarkan di sini seperti main jet ski,  main taman tema mini Aqua, Banana bot, snorkelling , zipline dan lain-lain lagi. Disini juga terdapat kemudahan lengkap yang lain seperti Dewan untuk menglansungkan majlis perkawinan, Cafe, tandas dan sebagainya, Bagaimana cara hendak ke sini?? Senang aje nak ke Paradise 101 nie,  kena naik bot di jeti Paradise 101 yang terletak di Pantai Kok berhampiran dengan Telaga Harbour Marina Langkawi. D