Skip to main content

MENIKMATI ALAM SEMULAJADI DI PANBIL NATURE RESERVE ECO-EDU PARK, BATAM

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Panbil Nature Reserve Eco-Edu Park terletak di Pulau Batam, Indonesia.  Ianya mempunyai keluasan 260 hektar,  di buka pada umum pada Disember 2021.

Terletak di Jln Ahmad Yani,  Muka kuning, Kecamatan Batam Kota, Kota Batam. Merupakan taman rekreasi dan pembelajaran alam semulajadi.

K mied dan rakan-rakan media yang lain berpeluang mengunjungi taman rekreasi dan pembelajaran ini ketika Batam Mega Famtrip pada 13-16 Julai 2022 baru-baru ini.


Kami mulai lawatan di sini dengan berjalan kaki sambil mendaki bukit demi melihat dan bermesra dengan Rusa Sambar yang merupakan tarikan utama Panbill Nature Reserve Eco-Edu Park ini.
Awal-awal mendaki masih boleh tersenyum😆


Yang nie dah start tercunggap😆😆

Demi hendak melihat Rusa Sambar dan persekitarannya,  kami semua teruskan pendakian di laluan bersimen sepanjang lebih 1km rasanya.  Sepanjang jalan kami berhenti sambil melihat keindahan pohon-pohon yang menghijau di kiri kanan.  Pohon-pohon ini menyejukkan sekitar dan menjadi terapi mata.


Pokok yang cantik di kawasan ini adalah dari spesis Palawan

Semasa pendakian,  ada juga motosikal pekerja yang lalu lalang disitu,  ada juga di antara kami yang menahan mereka dan membonceng di belakang kerana dah kepenatan tapi alhamdulillah k mied masih mempunyai tenaga untuk sampai ke tempat Rusa Sambar.
Selepas kira-kira 30 minit perjalanan kami pun tiba di kawasan penempatan Rusa Sambar.

Ranjer sedang memberi taklimat
Sebelum memasuki kawasan Rusa Sambar ini, ranjer telah memberi taklimat serta memaklumkan bahawa Rusa Sambar ini sangat sensitif terhadap bunyi dan jika mereka terkejut akan memberi impak yang tidak baik.
Jadi kami semua,  dengan penuh sopan santun serta perlahan-lahan memasuki kawasan Rusa Sambar untuk memberi makan dan bergambar.





Selepas bergambar dan menikmati keindahan alam semulajadi di sekitar kawasan itu,  kami pun berjalan menuruni bukit untuk ke bawah semula.
Tidak ada 'shuttle' atau 'angkut' di sediakan buat masa ini,  mungkin di sebabkan Panbil Nature Reserve ini adalah kawasan yang baru dibangunkan jadi kemudahan belum lengkap lagi.
Selesai dari menikmati pemandangan diatas bukit bersama Rusa Sambar,  kami berpeluang ke Petting Zoo.


Sang ular berat 40 kg😍


Seperti biasa, k mied amat gemarlah bermesra dengan haiwan-haiwan comel seperti burung kakak tua, arnab, guinea pig dan hamster.



Di bahagian Reptile Sanctuary, jom kita cuba usap- usap reptile seperti labah-labah dan scorpion.
Bagi k mied kawasan ini sangat nenarik bagi keluarga membawa anak-anak untuk mengenali haiwan-haiwan.  Persekitaran yang menarik di kawasan alam semulajadi menjadi tarikan pengunjung untuk lari dari kesibukan kota.  Apa yang penting penambahbaikan terhadap kemudahan-kemudahan kepada pengunjung perlu diberikankeutamaan seperti menyediakan pengangkutan untuk naik ke kawasan Rusa Sambar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Panbil Nature Reserve Eco-Edu Park dan pakej-pakej yang ditawarkan boleh layari:


Facebook :

Instagram :

Email :

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad