Skip to main content

BERCUTI DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

Assalamualaikum semua
Cuti sekolah sudah bermula,  tak da plan nak bercuti kemana-mana ke??
Bagi yang memang sudah merancang awal nak balik kampung ke...bercuti ke luar negeri ke...atau bercuti dalam negeri ..bagus..sebab ada perancangan awal tapi tak semua orang bole merancang awal mungkin di sebabkan pekerjaan masing-masing atau hal hal lain dan ada kalanya perancangan awal selalu tidak menjadi sebaliknya yg last minit plan menjadi pulak....hehehe

Alhamdulillah..penutup 2019 k mid terima menantu💗

So..kali nie k mid nak cerita cikit percutian singkat k mid bersama keluarga ke Lotus Desaru Beach Resort di Bandar Penawar, Johor.
Percutian ini adalah plan k mid supaya semua ahli keluarga yang datang ke Skudai bagi majlis bertandang di rumah pengantin lelaki dapat berehat ..tidak terus pulang ke Kuala Lumpur sebaik sahaja majlis selesai.


Kira-kira jam 3 petang selepas selesai majlis khenduri di pihak lelaki,   kami pun bertolak ke Desaru melalui Highway Senai Desaru. Perjalanan dari Skudai ke Desaru  melalui highway hanya mengambil masa kira-kira 1 jam di mana kami  akan exit di exit Bandar Penawar.

Akan melalui jambatan cantik nie yang dikenali Jambatan Hong Kong
yeah..dah sampai..

Resort ini menyediakan 720 bilik  iaitu Apartment 1 bilik,  2 bilik, 3 bilik dan 4 bilik serta Penthouse(VIP Suite).  Setiap bilik di sediakan Wifi percuma,  penyaman udara,  kitchenette , microwave, peti sejuk, tv dan lain-lain lagi. kesemua Apartment ini di lengkapi living dan dining room so.. bagi mereka yang bawa keluarga bercuti amat sesuai sekali.
kredit pic : Illya Leya
ini jer yg sempat k mid snap..huhuhu
K. mid sekeluarga seramai 12 dewasa dan 6 kanak-kanak memilih untuk menyewa Apartment 4 bedrooms yang sememang nya amat sesuailah dengan jumlah ahli keluarga macam nie.  Tak sempat k mid nak snap picture bilik sebab semuanya dah sepahkan ..nasib pada kunjungan sebelum nie kawan k mid Leya ada letakkan gambar 4 bedrooms Apartment so k mid kreditlah picture untuk dia.  Untuk 4 bedrooms nie kami dapat 8 voucher breakfast,  8 waistband (dewasa) untuk access waterpark dan 8 helai towel yang boleh di ambil di kaunter swimming pool.  Kanak-kanak
pula bole ambil waistband untuk kanak-kanak di kaunter lobby.  Untuk lagi 4 dewasa yg lain,   k mid beli waistband berharga rm5/perpax.

Petangnya,  kami layan mandi manda di kolam waterpark tapi untuk lazy river tak sempat nak layan sebab ianya di tutup jam 6 petang.

Semua happy layan Coconut Water Fall😍😍😍


layan jugak yg nie....kanak2 lah...hehehe  Playground for Children

Esoknya kitorang selepas sarapan,  kita orang layan Lazy River kerana di buka seawal 9.00 pagi. Mandi sampai lebam.

walaupun water park di sini hanya mini  water park namun kami semua enjoy  dengan lazy river nie.

BACA JUGAK : REVIEW K MID UNTUK KUNJUNGAN KALI PERTAMA

Begitulah percutian singkat kami di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej harga dan promosi terkini boleh layari  :

Website  :
Alamat  : 
Lot 1854,  Jalan Desaru
Bandar Penawar,
81930 Kota Tinggi
Johor Darul Takzim


Telefon
+607 8842800

Email
rsvn@lotusdesaru.com

salam sayang,

Comments

  1. Menarik la kak mid.. santai habes desaru lotus ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...