Skip to main content

STEG HOTEL KUALA LUMPUR : HOTEL INSTAGRAMMABLE DI TENGAH BANDAR

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Bersempena dengan Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia baru-baru ini, kak mied dan rakan-rakan media yang lain berpeluang menginap 1 malam di Hotel STEG, Kuala Lumpur.
Pada mulanya kak mied tertanya- tanya dekat mana sebenarnya hotel nie,  biasanya hotel-hotel di Kuala Lumpur nie kak mied agak tahu di mana lokasinya sebab kak mied kan orang Selangor yang turun naik ke KL selalu.. mestilah perasan di mana hotel-hotel nie kan..hahaha.
Rupanya STEG Hotel Kuala Lumpur ini terletak  di Jalan Tiong Nam,  berkedudukan diantara segitiga emas Bukit Bintang, KLCC dan PWTC.  dan mula beroperasi pada awal tahun 2022.

STEG Hotel ini adalah butik hotel yang mengabungkan rekabentuk kotemporari, vintaj dan moden. STEG diadaptasi dari perkataan Sweden yang bermaksud STEP ( Langkah).
Jom kita tengok bilik penginapan yang tersedia.
Ada 4 pilihan penginapan yang ditawarkan oleh STEG Hotel Kuala Lumpur iaitu jenis Swanky, Groovy, Ritzy dan Suite.

Penginapan jenis Swanky
* Katil Single atau Twin berkeluasan 17- 23 sqm.
* Bilik mengadap ke Jalan Raja Laut

Penginapan jenis Groovy
* Katil Twin/King berkeluasan 20 - 30 sqm.
*Bilik mengadap kolam renang atau kawasan kejiranan Tiong Nam 

Penginapan jenis Ritzy
*  Pilihan katil samada katil Single, Twin dan King.
* Bilik-bilik terletak di 10 iaitu Tingkat Ekskutif.

Penginapan jenis Suite
* Sesuai bagi yang ingin meraikan hari-hari istimewa.
* Ada 3 pilihan Suite iaitu Suite I/II, Suite Love Nest dan Sakura.









Kemudahan Lain yang terdapat di hotel ini.

#Kolam Renang Merah
Kolam renang di STEG Hotel ini bagi k mied memang unik sebab ianya berwarna merah, bermula dari lantai, payung dan kerusi semuanya berwarna merah...bertambah berkobar-kobar dan membara untuk terjun kolam tapi k mied kesuntukkan masa sebab kepenatan jadi tak sempat pun nak terjun ke kolam nie, sempat memerhati aje...tidak mengapa,  ada masa boleh menginap lagi di sini.


# Bilik Sweat @two 
Terletak bersebelah kolam renang, ianya bilik kecergasan lengkap dengan peralatan Kardiovaskular.


#Bilik Mesyuarat/ Ruang Mesyuarat
Terdapat beberapa bilik dan ruang untuk bermesyuarat, berseminar atau untuk lain-lain event yang boleh memuatkan sehingga 200 peserta.
Ada juga ruangan yang lebih santai seperti bilik Forum  yang lebih kecil dan terbuka untuk dijadikan tempat untuk perbincangan.




Di sepanjang laluan ke bilik mesyuarat terdapat gambar-gambar lukisan menarik di letakkan di dinding. Lukisan-lukisan ini akan di jual jika terdapat permintaan.

#Cafe Transit by JWC Restaurant
Terdapat Cafe yang menarik di Lobi hotel iaitu The Transit yang menyediakan makanan dan minuman yang menarik seperti pastri, sandwic,pasta dan lain - lain.  Cafe ini kelihatan menarik dan sesuai sangat untuk mengopi-ngopi bersama teman-teman.


#Tuscany Steps
Kak mied kira inilah tempat paling instagrammable sekali di hotel ini, kena dengan nama hotel ini STEG, maka jomlah kita melangkah dan bergambar wajib di Tuscany Steps nie bila dah sampai serta menginap di sini.

Untuk yang hendak Staycation di tengah -tengah Kuala Lumpur dan yang ingin food hunting di Kampung Baru, memang STEG Hotel Kuala Lumpur sangat di syorkan.

📍Alamat :  51, Jalan Tiong Nam, Off Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur 

☎️ : 03 26036599


Salam sayang,

MiedaJaz❤️

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag