Skip to main content

TOURISM SELANGOR TERUS MELANGKAH KEHADAPAN SEIRING DENGAN LEMBARAN BAHARU BAGI TAHUN 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun 2023 semakin hampir dan agensi promosi pelancongan rasmi Negeri Selangor, Tourism Selangor terus merancang untuk lebih relevan dan bergiat aktif mempromosikan pelancongan untuk Negeri Selangor dengan lebih kukuh berbanding sebelum ini. Dengan pelbagai inisiatif baharu yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, Negeri Selangor akan mengekalkan jumlah kedatangan pelancong domestik tertinggi seperti tahun sebelumnya. Bagi tahun akan datang, Tourism Selangor telah mengambil pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk memperkasakan kempen promosi pelancongan Negeri bagi pasaran domestik dan antarabangsa, “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” dan “Splendid Selangor, Take Me Anywhere!”.

Sejak pembukaan semula sempadan Malaysia, sektor pelancongan telah mula kembali pulih di mana Selangor kekal sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia sebanyak 10.2 juta pelawat bagi tahun 2021. Melangkah ke tahun 2023, Tourism Selangor berazam untuk mengekalkan Negeri Selangor sebagai destinasi terpilih di samping meningkatkan jumlah kedatangan pelancong, sama ada dari dalam atau luar negara.

Dengan peruntukan melebihi RM 114.6 juta yang dikhaskan bagi pelbagai pakej rangsangan ekonomi oleh Kerajaan Negeri seperti Selangor Maritime Gateway, Kita Selangor, geran pelancongan dan aplikasi mudah alih Go Selangor, ianya dijangka mampu mengukuhkan pemulihan sektor pelancongan di Selangor. Ini juga akan disokong lagi dengan peruntukan sebanyak RM6 Juta melalui Belanjawan Selangor 2023 untuk memperkasakan industri pelancongan.

PELANCONGAN KESIHATAN

PELANCONGAN EKOLOGI/EKO PELANCONGAN

Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, dalam satu kenyataan berkata, bagi memastikan Negeri Selangor terus berdaya tahan Tourism Selangor akan meningkatkan kerjasama dengan pakar dan pemain industri pelancongan yang mempunyai akses kepada strategi perniagaan yang inovatif dan prospek terbaru. Tourism Selangor Global Convention 2023 juga akan diadakan dengan menumpukan kepada pameran pelancongan dengan menggunakan konsep Business to Consumer (B2C) di samping meningkatkan profil pelancongan antarabangsa Negeri Selangor.
PELANCONGAN GASTRONOMI

PELANCONGAN PELAYARAN

Menuju ke arah Pelancongan 4.0, Tourism Selangor akan mengekalkan dan meningkatkan lagi pendekatannya dalam mempromosikan tarikan pelancongan di Selangor secara digital. Tourism Selangor telah berjaya mengalihkan 90% usaha promosinya melalui rangkaian digital.Strategi ini bukan sahaja telah menerapkan IR 4.0 dengan berkesan, malah kesemua inisiatif ini juga dirangka selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam usaha menjadikan Selangor sebuah negeri pintar, berdaya huni dan makmur menjelang tahun 2025.  Menjelang penghujung tahun 2022,

 Tourism Selangor telah memaparkan segala usaha dalam mencapai pembangunan seimbang yang memberi manfaat kepada hal ehwal ekonomi negeri dan rakyat. Melangkah ke lembaran yang baharu, Tourism Selangor akan berusaha untuk menerokai peluang yang lebih baik dan mencapai matlamat sebagai pemain utama dalam industri pelancongan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di www.selangor.travel atau ikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan YouTube.


Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...