Skip to main content

SEMARAKKAN SEMANGAT PERAYAAN ANDA DENGAN 8 HIASAN KRISMAS DI PUSAT BELI-BELAH DI SELANGOR!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cuti Sekolah dan  musim perayaan telah tiba!
Kita kadang-kadang nak pergi ke mana untuk bawa anak- anak dan family berjalan-jalan.
Apakata, jom kita meraikan Musim Perayaan Di 8 Pusat Membeli-Belah Yang Ternama!
Musim kemeriahan telah tiba! Pusat beli-belah kini dihiasi dengan dekorasi Krismas yang cantik dan kreatif. Hiasan Krismas di pusat beli-belah ini membawa kegembiraan dan akan menyemarakkan semangat perayaan anda! Ambil gambar dan OOTD terbaik anda di 8 pusat beli-belah utama di sekitar Selangor.

#SUNWAY PYRAMID, SUBANG JAYA
Eratkan hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan anda di Sunway Pyramid, Subang Jaya. Tema untuk hiasan Krismas Lion tahun ini dipanggil Wander Wonder, di mana ia dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan gergasi yang cantik, cendawan bercahaya, rama-rama dan juga pari-pari untuk anda merasai keajaibannya. Dalam usaha kelestarian alam sekitar, beberapa hiasan telah dibuat daripada bahan kitar semula. Anda juga boleh melawati wishing pond dan berikan ucapan Krismas khas untuk orang yang anda sayangi pada musim percutian ini!

#ONE UTAMA SHOPPING CENTRE, PETALING JAYA 
Ambil gambar yang menarik di 1 UTAMA Shopping Centre, dengan hiasan Krismas yang bertemakan Alps. Pemandangan cantik bersalji ini perlu dilawati untuk OOTD Krismas anda, menampilkan pembuatan-semula Pergunungan Alps Switzerland yang terletak di atas terowong kereta api. Berjalan-jalan ke replika bandar pergunungan alp di atas laluan berbatu atau bergambar dalam gerabak vintaj kereta api wap British untuk pulang semula ke masa lalu!

#SETIA CITY MALL, SHAH ALAM

Ho! Ho! Ho! Tiada keriangan yang lebih menggambarkan Krismas selain Winter Wonderland. Setia City Mall kini dihias dengan lampu yang berwarna-warni di atas istana indoor yang besar. Masuk ke dunia perayaan yang penuh kemeriahan dengan menerokai kawasan bersalji yang dikelilingi penguin dan rusa kutub yang bercahaya. Anda juga boleh bergambar di bawah kubah akrilik. Bukan sekadar itu, malah pada hujung minggu pula terdapat persembahan yang menarik seperti Meet and Greet bersama Santa, lagu Krismas dan Tarian Ballerina.
#THE CURVE, DAMANSARA

Nikmatilah musim percutian ini bersama Enchanted Christmas Celebration di The Curve, Damansara. Pengunjung juga boleh bergambar bersama Santa dan sleigh yang besar yang penuh dengan hadiah di ground floor. Terpesona dengan dekorasi Krismas merah, putih dan hijau yang klasik serta dihiasi emas. Anda juga boleh saksikan persembahan daripada sekumpulan pari-pari sempena musim percutian ini.

#MITSUI OUTLET PARK KLIA, SEPANG
Raikan Christmas Bunny Wonderland di Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang. Saksikan hiasan Krismas yang dipenuhi dengan boneka dan arnab yang comel. Terokai alam ajaib yang penuh dengan pokok Krismas dan meja yang dihiasi bertemakan tea party. Bawa anak-anak anda ke bengkel seni dan kraf Krismas sebagai salah satu aktiviti yang menyeronokkan untuk mengisi masa lapang mereka. Anda juga boleh melawat ke Christmas Market dan ambil gambar OOTD yang menarik di Mitsui Outlet Park KLIA.
#PARADIGM MALL, PETALING JAYA

Teruja untuk melihat salji? Kini anda boleh merasainya sendiri di Paradigm Mall! Kunjungi ke Paradigm Mall di Petaling Jaya untuk alami detik Krismas yang ajaib di Elf Village pada musim percutian ini. Terdapat juga salji yang akan turun setiap hujung minggu pada pukul 1 petang dan 5 petang, jadi jangan ketinggalan pengalaman ini! Berpakaian dengan pakaian terbaik anda dan bergambar dengan hiasan Krismas yang tersedia. Nikmati juga persembahan lagu Krismas, persembahan bakat, muzik dan koir sambil meraikan percutian ini bersama Santa dan pembantu elf!
#CENTRAL ICITY, SHAH ALAM
Jika anda berkunjung ke Central iCity Shah Alam, lawati Brown dan Cony di rumah LINEFRIENDS di Central Concourse, Ground Floor. Ambil gambar bersama watak yang comel daripada aplikasi LINE serta pokok Krismas yang menjulang tinggi. Malah terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk anda lakukan. Jangan lupa untuk simpan tarikh anda untuk persembahan dan aktiviti Ho-Ho-Fun yang meriah!

#IOI MALL, PUCHONG
Raikan ‘Merry Fairy Christmas’ di IOI Mall Puchong! Pelawat akan menikmati hari yang menggembirakan di alam ajaib bertemakan pari-pari yang dipenuhi cendawan hutan, fairy lamps serta persembahan daripada sekumpulan pari-pari. Sertai bengkel penghasilan perhiasan Krismas yang cantik serta nikmati pertunjukan yang menarik. Ahli IOI Kids Club juga akan berpeluang untuk menyertai bengkel kraf perayaan sepanjang bulan ini. Kunjungi ke dunia fairyland dan masuk ke dunia dongeng yang penuh kilauan di IOI Mall Puchong!

PENUTUP
Jangan lupa untuk kunjungi ke pusat beli-belah ini untuk gambar Krismas yang meriah bagi meraikan Krismas anda pada tahun ini. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda dan nikmati kemesraan pada musim ini. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu
Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag