Skip to main content

KUAK HILL RESORT : MERASAI KEDAMAIAN DI KELILINGI ALAM SEMULAJADI

Assalamulaikum dan salam sejahtera
Pada hujung minggu baru-baru ini, anak-anak mengajak kak mied jalan-jalan.  Bila di tanya hendak kemana?  Katanya tempat yang menarik,. mama bawalah baju mandi semua sebab kita nak stay tempat tue semalam.
Kak mied punya berfikir mana agaknya anak-anak nak bawa mak depa pergi nie...akhirnya diorg bagitahu sebenarnya nak pergi ke Kuak Hill Resort di Lenggong, Perak.
Sebelum nie kak mied ada terbaca review dari yang pernah menginap di sini. Dari gambar-gambar yang di tunjukkan nampak tempat nie nampak menarik.
Okaylah...jom kita tengok menarik ke tempat ini?
Kami bertolak dari rumah di Selangor lebih kurang pukul 11 pagi.  Tengok pada google maps, perjalanan akan mengambil masa dalam 2 jam setengah, jadi akan tiba dalam pukul 2 gitew tapi siapalah boleh menjangka  keadaan highway kita nie..tetiba highway jadi seloronglah pulak.. banyak pulak kerja-kerja maintenance di highway nie..jemlah pulak!!!
Jadi kami pun tiba di Persimpangan ke Kuak Hill Resort dalam pukul 4 petang. Cuaca nampaknya mendung sedikit tapi ok jugak tapi nasib tak hujan.
Dalam dok elert pasai simpang ke Kuak Hill Resort, kami tersasul masuk ke simpang lain dan akhirnya kami terlepas sampai di SRK Raban.  Buang masa je duk cari -cari..call je staff Kuak Hill diorg pun datanglah bawak kami ke direction sepatutnya(Sebenarnya senang je nak ke sini cuma kitaorg terlajak aje..hahaha).

Naik pick up le kita...menariknya pakej parking kereta siap cuci kereta lagi..kan dah jimat tue
Kami pun parking kereta di tempat yang disediakan kemudian naik pick up . Memang jalan agak curam, eloklah diorang sediakan tempat parking di bawah tue.
Anak -anak mula pilih hendak tidur dalam khemah tapi bila diorg fikir keadaan sejuk dan mungkin agak tidak selesa bagi orang yang dah berumur macam kak mied, diorang pun menempah Villa ajelah.

Nie dia Villa kami No.6 betul- betul dapat view Banjaran Titiwangsa


Dapat Villa yang depan-depan mengadap view banjaran.. mulalah bergambar ala-ala healing gitew. 😆😆

Ada 2 jenis penginapan disini, Villa dan Glamping


Malam cuaca agak dingin, anak-anak dah fikir awal-awal...katanya bila sejuk mesti cepat lapar...hanya ada cafe jer yang menyediakan makan malam...nak turun memang tak dapatlah...jadi diorang dah bawa peralatan BBQ/ Grill semua. Kambing, lembu dan ayam perap dah ready di bawak..tinggal bakar aje😍
Petang..sempat lagi goreng Karipap

Memang tidur dengan kekenyangan..hahaha
Pagi esoknya kak mied bangun subuh sambil terfikir nak tengok sunrise kalau ada..
Nampaknya tak ada sunrise yang muncul, jadi jam 8.30 kami terus ke cafe untuk bersarapan.
Sarapan simple aje nasi lemak bungkus dan kueh-mueh, dengan free flow bijirin, roti, air kopi dan teh.

Apa aktiviti boleh di lakukan disini?
Untuk menjadikan percutian di sini tidak membosankan, ada beberapa aktiviti disediakan antaranya ialah menunggang ATV, Jungle Walk dan Lawatan ke kebun.  Terdapat juga Petting Zoo dan Kolam renang yang cukup besar dengan air bukit.
Kak mied anak beranak memilih untuk nenunggang ATV.




Memang bestlah meredah trek kampung sejauh 6km sambil menikmati pemandangan Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang Hijau.. yang lagi best dalam perjalanan balik ke resort di  pertengahan jalan berhenti untuk mandi air terjun pulak..huhuhu



Tidaklah lama kami merendam di air terjun nie tapi cukuplah merasa kesejukkannya.  Selesai dari aktiviti ATV tadi boleh sambung mandi di Kolam renang air bukit pulak.
Sambil-sambil tue anak-anak melayan keletah beberapa ekor burung nuri yang di Petting Zoo berhampiran Villa kami.
Begitulah percutian singkat kami yang hanya 2hari 1 malam, namun kualiti time dapat melakukan aktiviti bersama memang sangat di nanti, lebih- lebih ada yang dah tinggal berjauhan.
Mungkin ada yang hendak cuba menginap di sini, kak mied letakkan alamat dan no. talipon.
Alamat : Lot 3538, Kampung Lata Papan, Kampung Kuak, 34200 Lenggong, Perak.
☎️ 013 8705101

Untuk tempahan : secara online di website www.kuakhillresort.com


Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag