Skip to main content

HIKING DAN MANDI MANDA DI AIR TERJUN SUNGAI PISANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

"AIR TERJUN SUNGAI PISANG, GOMBAK"

Tertiba rasa rindu nak hiking bersama kawan-kawan...dah beberapa bulan sejak last pergi hiking dan mandi manda di AirTerjun Sg Pisang.

Bagi yang tidak tahu di mana terletaknya Air Terjun Sg Pisang nie.. Ianya terletak di Batu 12 Gombak.  Jadi dekat aje perjalanan dari rumah k mid ke sini.

Seawal 7.00 pagi k mid bertolak dari rumah yg terletak di Sungai Buloh. Pemanduan k mid selama 30 minit untuk sampai ke rumah Bff yg terletak di Batu 8 Gombak...Dalam kul 8.00 pagi kak mid sampai menunggu kawan-kawan yang lain. Kami lepak dulu di  kedai kopi untuk mengalas perut. Target pukul 9.00 pagi baru nak memulakan penjalanan kami menuju Sg Pisang

Makan nasi lemak ..baru ada tenaga..hahaha
Dari batu 8, kami akan terus menggunakan jalan lama Gombak yang menuju ke Genting Highlands.  Akan jumpa simpang ke Mimaland, Masjid dan juga  Hospital Orang Asli di sebelah kiri jalan.  Teruskan pemanduan hingga sampai ke batu 12, hingga terjumpa sign Jungle Lodge Alang Sedayu. kemudian belok simpang kiri dan teruskan pemanduan ke bawah. Boleh nampak ramai yang parking kereta di kiri kanan bahu jalan,  Cari parking dan mulakan pendakian anda.
 
Kitaorg parking jauh cikit..malas bersesak-sesak..anyway ada penduduk kg collect duet parking Rm5...kitaorg bagi jer


Ok..kita startlah redah sungai dulu 

Masing- masing excited nak mandi air terjun

Setelah 10 minit menyusuri denai dan sungai,   kita akan sampai ke terowong yang diatasnya adalah Highway Karak.
nie dia terowongnya..

Maka..macam-macam aksi bergambar kami cuba😀

Sampai saje kt terowong nie,  kami tak lepaskan peluang mandi manda dulu, mandi dalam terowong nielah,  bergambar dulu dan berehat sebentar.

nielah gambar-gambar berendam kat Terowong

Lepas terowong ini,  maka bermulalah pendakian ke Air Terjun Sg Pisang,  Bagi yang first time nak ke sini,  perlu berhati-hati kerana ada 2 denai yang mengelirukan.  K mid dan kawan-kawan pernah tersesat pada pertama kali ke sini dan kami sesat jauh juga..rasanya dekat nak sampai Janda Baik..semakin jauh masuk ke dalam hutan semakin tak jumpa air terjun..nasib berjumpa beberapa orang yang sesat macam kami dan kami bersama-sama patah balik. Masa sepatutnya hanya 45 minit untuk sampai ke Air terjun Sg Pisang menjadi 3 jam. hahaha.. kerana kami mengambil masa 2 jam untuk patah balik dan tambah 1 jam untuk sampai ke Air terjun Sg Pisang. Kekeliruan terjadi hanya kerana memilih simpang yang salah.  Selepas memilih simpang yang betul bolehlah mengikut tanda yang di letakkan iaitu pelilit warna merah yg dikat di pokok sepanjang denai....insyallah ikut tanda sign pelilit merah ini pasti sampai ke Air Terjun Sg Pisang.
 
Ada yang memilih untuk naik tangga ke atas lepas terowong ini ...bermakna mereka mengunakan laluan atas Highway Karak untuk kesana.. bagi k mid dan rakan-rakan belum lagi mencuba laluan tersebut sebab kami lagi suka menyusuri laluan sungai kerana kitaorang suka bergambar dan inilah masa terbaik untuk bergambar dengan "Nature"  sambil bermain air sungai yang dingin.
Tengoklah gaya-gaya Nerd kami😁
 


Setelah bergambar sana sini dan mengikuti tanda,  akhirnya 45 minit atau 1jam pendakian kami pun  sampai di Air Terjun Sg Pisang..masyallah...bestnya..kami pun apa lagi berendam sakan.
Really enjoy mandi air terjun nie...

Mandi sepuas-puasnya

Kecut semua😆😆😆

Kami luangkan masa beberapa jam sebelum beransur pulang....pendakian yang santai-santai aje namun menyeronokkan. Dah 3 kali pun k mid sampai ke sini ...jika ada peluang nak pergi lagi.
 
Perlu di ingatkan sebuah papan notis telah di letakkan baru-baru ini di permulaan kawasan selepas menyeberang sungai iaitu notis kampoun akan dikenakan sebab Air Terjun Sg Pisang telah di wartakan dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Negeri Selangor, jadi jika sesiapa ingin memasuki dan ingin ke Air Terjun Sg Pisang perlu memohon permit dari Jabatan perhutanan terlebih dahulu. Selepas papan notis di tegakkan,  k mid belumlah masuk ke Sg Pisang tapi kawan-kawan yang lain masuk semuanya telah memohon permit katanya. Jadi hati-hati takut  tak pasal-pasal kena kompaun pulak
"We Love Nature"

Begitulah serba sikit pengalaman pendakian kami,  semoga memberi sedikit gambaran bagi yang hendak ke Air Terjun Sg Pisang.

Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini. ' Hatyai ' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand . Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia . Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai?? Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh mana ,  makanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie ' Syurga Makanan'. Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa. Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung . Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan