Skip to main content

BUFET RAMADAN TERBAIK DI NEGERI SELANGOR 2021

 

BULAN RAMADAN SUDAH TIBA!

 Nikmati Aneka Bufet Ramadan untuk Berbuka Puasa

 di Negeri Selangor!

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Bulan Ramadan yang telah tiba tahun ini tentunya memberi peluang kepada umat Islam menambahkan lagi amalan dan meningkatkan ketaqwaan. Rata-rata rakyat Malaysia gemar untuk membeli juadah di bazar-bazar Ramadan mahupun berbuka puasa di luar, malah bufet Ramadan merupakan antara pilihan kegemaran rakyat Malaysia untuk berbuka puasa. Tahun ini, terdapat pelbagai hotel yang menawarkan juadah bufet serta promosi makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan di Negeri Selangor yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga serta sahabat handai. 

 1)    Dorsett Grand Subang Hotel

Santapan Iftar di Dorsett Grand Subang Hotel yang terletak di Subang Jaya ini menawarkan menu berbuka puasa yang menyelerakan. Bermula dari 16 April hingga 12 Mei 2021, ia terbahagi kepada dua set iaitu Santapan Mubarak dan Santapan Barokah. Dua set ini menghidangkan dua menu berbeza namun tetap tidak mengetepikan makanan tempatan. Sup Gearbox turut ditawarkan sebagai juadah berbuka puasa dengan harga RM 55. The Emperor menjadi lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, pelanggan boleh bersedekah melalui Sedekah Iftar @ RM18 yang untuk satu set makanan.

2)    Wyndham Acmar Klang Hotel

Nostalgia Kampungku menjadi tema kepada Wyndham Acmar Klang Hotel untuk tahun ini dengan menyajikan anda hidangan-hidangan nostalgia yang pastikan membuatkan anda menjilat jari! Terdapat pelbagai masakan Melayu tradisional yang melazatkan serta aneka kuih untuk dijamah bersama keluarga dan sahabat handai. T Cafe merupakan lokasi untuk berbuka puasa dan tentunya diiringi dengan masakan langsung daripada chef-chef yang berbakat. Senarai harga adalah RM 138 seorang untuk dewasa, RM 100 untuk warga emas dan RM 84 untuk seorang kanak-kanak.


3)    Eastin Hotel

Icip-icip Kampungku Buffet Dinner merupakan bufet ramadan yang boleh dinikmati di Eastin Hotel. Dengan harga RM 148 seorang, hotel ini menawarkan menu utama yang menyelerakan iaitu Kambing Panggang bersama Nasi Arab, Sup Gearbox Berempah, serta Nasi Lemak Kukus Daun Teratai. Selain itu, terdapat pilihan menu yang menjadi kegemaran orang ramai iaitu Rendang Rusa, Ikan Patin Kukus Asam Limau, Masakan Kawah, Apam Balik Durian, aneka Asam Pedas dan banyak lagi!

 

4)    Tenera Hotel

Hotel Tenera menawarkan Bufet Ramadan Tujuh Kawah dimana ia menyajikan pelbagai menu kawah seperti kerutuk daging, rendang, kambing bakar, satay, kuih-muih dan banyak lagi yang boleh dinikmati. Harga bagi seorang dewasa adalah RM 78 tetapi pembelian tempahan awal dibuka bermula 11 Mac dengan harga serendah RM 58 dan penggunaannya sah sehingga 14 April hingga 20 April 2021. Bufet Ramadan ini berlangsung dari 14 April hingga 11 Mei 2021 dan bermula 6:30 petang hingga 10:30 malam di Restoran Selasih Garden.

 

5)    Mardhiyyah Hotel & Suite

Mardhiyyah Hotel & Suites mengalu-alukan kedatangan bulan suci Ramadan dengan hidangan bufet yang amat menarik bersama hidangan sajian tempatan dan antarabangsa serta terdapat juga gerai-gerai. Ia menampilkan tema Bufet Antarabangsa yang menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan. Selain itu, terdapat barisan gerai yang menampilkan konsep yang berbeza. Harga bagi seorang dewasa ialah RM 99 dan pembelian 10 orang dengan harga RM 990 bersih layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe  selama 2 hari 1 malam. Selain itu, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan boleh menunaikan solat Maghrib dan solat terawih di hotel ini.

6)    Best Western i-City Shah Alam

Bufet Citarasa Warisan akan mula menyajikan kepada tetamu bermula 15 April hinga 11 Mei 2021. Para tetamu boleh menikmati hidangan bufet yang enak dengan makanan tempatan yang lazat seperti Sup Gearbox, Kambing Bakar, BBQ dan banyak lagi!

Tidak lupa juga air kelapa dan menu berasaskan daging yang dimasak lembut. Senarai harga adalah RM 119 seorang untuk dewasa, dan RM 55 untuk warga emas dan kanak-kanak.


7)    Park Inn by Radisson (Sepang) Putrajaya

Park Inn by Radisson (Sepang) Putrajaya buat pertama kalinya menawarkan bufet ramadan dan menjemput semua pelanggan untuk menjamu Sajian Ibunda Bufet yang menyajikan lebih daripada 100 hidangan asli selain menonjolkan masakan tempatan dan antarabangsa. Bufet juadah berbuka puasa yang pelbagai sesuai dijamu bersama seisi keluarga dan sahabat handai ini bermula pada 16 April hingga 9 Mei 2021. Senarai harga adalah RM 78 seorang untuk dewasa dan RM 58 untuk kanak-kanak

 

8)    Four Points by Sheraton Puchong

Four Points by Sheraton Puchong membawakan hotel berkonsepkan moden yang terletak di Bandar Puteri, Puchong. The Eatery merupakan lokasi untuk tetamu menjamu bufet ramadan yang ditawarkan di hotel ini. Tradisi Warisan menjadi nama tema kepada bufet tersebut bermula 13 April hingga 12 Mei 2021. Harganya adalah RM 145 untuk seorang dewasa dan  RM72.50 untuk kanak-kanak. Selain itu, Four Points Hotel turut menawarkan set pesanan istimewa iaitu Briyani Kambing – RM18 setiap set dan Briyani Ayam – RM13.

9)    Pegasus Hotel

Hotel yang mewujudkan konsep moden serta seni retro iaitu Hotel Pegasus yang terletak di Shah Alam turut menawarkan menu bufet ramadan dan tetamu boleh meraikan bulan ramadan dengan menikmati pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi nombor yang tertera pada poster. Hotel Pegasus turut menawarkan hidangan istimewa setiap hari iaitu kambing bakar, sate ayam dan daging. Harga biasa bagi seorang dewasa adalah RM 88 dan RM 44 untuk kanak-kanak. 


 
10)    Hilton Garden Inn Puchong

Hotel yang terletak berdekatan dengan IOI Mall Puchong ini turut menyajikan bufet ramadan pada harga harga RM 88 untuk seorang dewasa dan RM 44 untuk kanak-kanak. Tetamu boleh menikmati juadah berbuka puasa Selera Warisan Bonda bersama yang tercinta di restoran The Garden Grille.


11)    The Saujana Hotel

Jelajah Selera Ramadan merupakan tema bufet ramadan bagi The Saujana Hotel. Bufet ramadan ini menawarkan lebih daripada 120 sajian yang merangkumi hidangan tempatan mahupun antarabangsa. Bufet Ramadan boleh dinikmati di Charcoal’s Malaysian Style Grill Room. Selain itu, bufet ramadan untuk jamuan korporat turut disediakan dengan minimum 40 orang dan RM 150 seorang. Pakej tersebut meliputi pelbagai juadah berbuka puasa yang sangat menyelerakan!

12)     Geno Hotel

Bufet Tradisi Ramadan akan bermula 16 April 2021 sehingga 9 Mei 2021 di Geno Hotel dimana terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian di Shah Alam. Anda boleh menikmati pelbagai aneka hidangan di hotel tersebut dengan hanya membayar RM 88/dewasa, RM 55/warga emas yang berumur 65 tahun ke atas dan RM 40/kanak-kanak.

13)     Holiday Villa Hotel

Juadah Ramadhan Tradisi Desa yang menghidangkan lebih daripada 50 hidangan yang disajikan di bufet ramadan Holiday Villa Hotel, juga dibawakan kepada anda oleh pasukan chef yang penuh berbakat yang diketuai oleh Chef Eksekutif, Chef Azram. Bufet ini akan berlangsung selama sebulan bermula 13 April 2021. Senarai harga adalah RM 88 seorang untuk dewasa, RM 55 untuk warga emas dan RM 44 untuk kanak-kanak

14)     Empire Hotel

Empire Hotel yang terletak di subang turut tidak melepaskan peluang untuk menyajikan bufet ramadan kepada orang ramai.

Sajian Citarasa Kampung membawakan pelbagai hidangan kampung kepada penggemar hidangan turun-temurun. Bufet ini akan berlangsung selama sebulan bermula 13 April 2021, dan sebarang tempahan atau pertanyaan boleh lah menghubungi nombor yang tertera di poster. Senarai harga adalah RM 55 seorang untuk dewasa, RM 45 untuk warga emas dan kanak-kanak

15)     Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Nikmati bufet ramadan Rentas Selera Ramadan di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Anda boleh meraikan bulan yang penuh keberkatan  ini bersama hidangan bufet yang dijamin pasti menyelerakan. Dapatkan harga promosi sekarang sehingga 16 April 2021 dengan hanya RM 88 net.


16)     Première Hotel

Anda boleh menikmati bulan ramadan dengan menghabiskan masa berbuka puasa di The Buzz bersama keluarga dan sahabat handai. The Journey of Iftar membawakan kepada anda menu-menu yang menepati cita rasa anda! Dengan pembelian 10 baucar akan diberikan 1 baucar secara percuma. Senarai harga adalah RM 100 seorang untuk dewasa dan RM 75 untuk warga emas dan kanak-kanak.


17)     Concorde Hotel Shah Alam

Ketika Ramadan semakin hampir dan peluang untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga sangat dinantikan. Chef Eksekutif Concorde Hotel Shah Alam, Chef Alham Ahmad Daldiri dan pasukan masakannya menawarkan rangkaian masakan tradisional Melayu yang menarik bermula 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021. Manjakan diri anda di bulan suci Ramadan ini di Melting Pot Cafe untuk berbuka puasa bersama Juadah Iftar 2021 sebagai tema tahun ini. Harga untuk seorang dewasa ialah RM 120, manakala untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun pula diberikan diskaun sebanyak 50%. Pelanggan boleh membeli baucar dengan menghubungi terus pada nombor yang tertera di poster.

18)    One World Hotel

Semarakkan bulan yang penuh kemuliaan ini bersama orang yang tersayang serta sahabat handai sambil menikmati sajian istimewa di Cinnamon Coffee House di One World Hotel; salah satu restoran bufet terbaik di Petaling Jaya yang wajib anda cuba! Meriah Kembali menjadi tema yang menawarkan lebih 100 sajian enak setiap hari serta aneka pencuci mulut yang amat meliurkan. Senarai harga adalah RM 158 seorang untuk dewasa dan RM 79 untuk kanak-kanak

19)     Royale Chulan Damansara

Sepanjang bulan suci ramadan, Royale Chulan Damansara akan membawakan kepada anda Citarasa Nusantara Ramadan Buffet dengan lebih dari 150 hidanngan asli yang disajikan oleh Chef yang penuh berbakat. Selain itu, solat terawih akan diadakan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bersama Da’i Muhammad bagi para muslim yang berbuka puasa di Royal Chulan Damansara. Senarai harga adalah RM 118 seorang untuk dewasa, RM 88 untuk warga emas, RM 68 untuk kanak-kanak dan RM 98 untuk para “frontliners”.


20)     Avenue Garden Hotel

Avenue Garden Hotel ingin mewar-warkan; bufet ramadan di sini kembali menjamu anda dengan membawa tema Dari Dapur Cik Abang yang disediakan oleh pasukan chef yang pakar dalam masakan melayu asli. Dapatkan harga serendah RM 58 untuk dewasa dan RM 48 untuk kanak-kanak jika membuat tempahan awal sebelum 16 April 2021.


21)     Acappella Suite Hotel

Dapatkan tawaran hebat sempena ulang tahun ke-6 dengan membuat tempahan berbuka puasa di Acappella Suite Hotel bermula 16 April ini dengan hanya RM 60 untuk dewasa dan RM 42 untuk kanak-kanak. Buat tempahan sekarang dan datang bersama keluarga anda untuk menikmati juadah berbuka puasa yang sangat melazatkan!


22)    Sama-Sama Hotel KL International Airport

Kepada yang tidak gemar dengan menu buffet, Sama-Sama Hotel KL International Airport menawarkan hidangan berbuka puasa secara Ala-Carte.­ Park & Dine at Piazza membawakan kepada anda pelbagai set makanan yang disediakan oleh pasukan chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Ahmad Farhan Noorzali. Sebahagian menu yang ditawarkan boleh dilihat pada poster yang disediakan.

Bulan Ramadan tidak sahaja mengajar kita untuk berpuasa, namun merapatkan silaturrahim dan mengukuhkan ikatan antara keluarga dan rakan-rakan. Nikmati dan hargai bulan suci ini bersama orang yang tersayang dan sahabat handai dengan berbuka puasa di hotel-hotel yang menawarkan bufet Ramadan dan promosi makanan dan minuman di sekitar Negeri Selangor.

Walau bagaimanapun, keselamatan dan kesejahteraan para pelanggan adalah lebih utama. Oleh itu, setiap pengunjung diingatkan untuk mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pelanggan harus mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”, memastikan jarak sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi memastikan kesejahteraan para pelanggan terjamin.

 

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

 

 Salam sayang,
MiedaJaz

 

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag