Skip to main content

Lawatan ke Bangunan Parlimen

Assalamualaikum..

Pada 10 Feb 2014,  kak mid berkesempatan melawat Bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Parlimen Kuala Lumpur bersama kawan-kawan yang bakal jadi TG (insyaallah)...  Terujalah jugak....tak pernah2 sampai ke sini walaupun ketika lawatan sekolah....hehehe...tetiba sekarang berkesempatan........

Oklah.... lawatan ini,  sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar  keadaan di dalam Parlimen dan bolehlah nanti kami terangkan Sistem Pemerintahan Malaysia pada pelancung-pelancung asing.


Gambar-gambar  PM Malaysia dan semua Yang Dipertuan Agung di pameran kan di sini
Bangunan Parlimen :-

Terbahagi kepada 2 struktur  :
- Blok Utama - menempatkan Dewan Negara dan Dewan Rakyat,  Pejabat2 YDP Dewan, bilik banquet, bilik diraja, surau , perpustakaan, dewan taklimat dan bilik jawatankuasa.
- Block menara (setinggi 17 tingkat) - menempatkan pejabat PM, TPM, menteri di JPM,  ketua pembangkang juga pejabat pentadbiran Parlimen.



Sebenarnya tidak dibenarkan snap gambar tapi tak da pun yg melarang, mungkin kerana dewan tak bersidang hari tue..


Inilah bakal-bakal TG - bergambar dulu sebelum menjelajah Bangunan Parlimen


Dewan Rakyat
- mempunyai 222 orang ahli.  Setiap ahli mewaklili 1 kawasan pilihanraya.  Ahli-ahli dipilih melalui pilihanraya umum setiap 5 tahun sekali



Dewan Negara
- mengandungi 70 orang ahli.  2 orang ahli di pilih di setiap 13 DUN manakala 44 orang lagi di lantik oleh YDP Agung berdasarkan kepada sumbangan dan khidmat mereka mewakili kaum manoriti/keunggulan dalam profession .

Tak lepaskan peluang jadi Speaker Dewan...huhuhu


Khusyuk dengar taklimat



Inilah Pegawai yang memberi Taklimat...

Kebetulan waktu kami disini,  masih ada pameran  sempena ulangtahun ke 50 bangunan parlimen di dipamerkan.  Dapatlah kami mengetahui serba sedikit sejarah Parlimen Malaysia.






Setelah penat menjelajah bangunan Parlimen nie,  apalagi ke Tingkat 17 ada Kafe untuk membasah tekak dan menjamu selera.





Thanks..kawan-kawan yg suka sgt belanja!!!




With Love

Comments

  1. Salam,bagaiman prosedure untuk membuat lawatan ke Parlimen? Boleh kongsikan?

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag