Skip to main content

Hari Asma Sedunia Mengajak Komuniti Untuk Meningkatkan Kesedaran Mengenai Pengurusan Asma

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.


Pada tarikh 6 Mei 2023,  bertempat di 1 Mont Kiara Mall, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Asma Sedunia 2023.
Kak Mied berpeluang menghadiri majlis ini yang telah di rasmikan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Perunding Perubatan Pernafasan, Dina Nadzir, Penyanyi Tempatan, Juruhebah Radio, Pelakon dan Penyampai Televisyen Malaysia, dan Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZeneca


Majlis ini telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menguruskan asma secara efektif .

Mengenai Penyakit Asma

Asma merupakan salah satu penyakit pernafasan dan ianya meningkat secara konsisten setiap tahun. Beberapa tahun kebelakangan ini, dianggarkan kebarangkalian pesakit asma di Malaysia telah meningkat daripada 6.4% kepada 9.4% dalam kalangan kanak-kanak berumur 6-7 tahun dan daripada 9% kepada 13% dalam kalangan kanak-kanak berumur 13-14 tahun.1 Melihat kepada peningkatan bilangan pesakit asma di Malaysia dam kepentingan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan asma, Asthma Malaysia dan AstraZeneca, sekali lagi telah bekerjasama menganjurkan kempen awam ‘Breathe Better’  bertempat di 1 Mont Kiara, bersempena Sambutan Hari Asma Sedunia.

Bertemakan "Kawal Asma Anda," kempen ini menyasarkan dalam mendidik pengunjung mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang, dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ubat pelega.

Dr.Helmy Haja Mydin

Dina Nadzir

Bercakap mengenai kempen Breathe Better, Dr. Helmy berkata, “Amat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam bagaimana untuk menguruskan asma. Mendapatkan diagnosis awal adalah penting bagi mengelak serangan yang boleh melumpuhkan dan meletihkan. Langkah awal dan kawalan yang betul dengan ubat yang sesuai bukan sahaja dapat menghalang penyakit yang teruk, tetapi ianya mampu meningkatkan kualiti hidup seseorang.” 

“Kempen ini juga bertindak sebagai peluang bagi warga profesional dan individu yang mengidap asma untuk turut sama berkongsi pengalaman dan pandangan dengan tujuan untuk menambahbaik penjagaan dan pengurusan asma di Malaysia,” tambah Dr. Helmy.

Statistik menunjukkan di Malaysia, jumlah kematian akibat komplikasi asma setiap tahun adalah sekitar empat angka dengan kira-kira 1,700 kes dilaporkan pada 2014. Angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingkan dengan punca kematian yang lain, tetapi menurut pakar kebanyakan kes kematian disebabkan asma boleh dielakkan sekiranya rawatan awal dan teratur diberikan.

Dengan penilaian klinikal yang bersesuaian, asma boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan teruk dan berdasarkan kepada keparahan/ketenatan, pesakit memerlukan jenis dan dos ubat berbeza bagi mengawal keadaan mereka.

“Asma yang teruk biasanya memerlukan rawatan dan pengurusan perubatan sepanjang hayat. Ianya sukar untuk dirawat dan tempoh pemulihan daripada serangan asma yang teruk adalah berbeza berdasarkan situasi individu. Amat penting bahawa mendidik orang awam pengetahuan mengenai asma merupakan satu usaha berterusan tanpa henti.

Menurut Dr. Helmy, kesedaran orang awam terhadap perbezaan ketiga-tiga kategori masih rendah. Perlu diingatkan bahawa setiap peringkat memerlukan kaedah rawatan yang berbeza dalam pengurusan asma. Pesakit asma yang teruk memerlukan perhatian khas kerana mereka lebih mudah terdedah kepada serangan asma yang berulang walaupun mereka mahir dalam menggunakan penyedut dengan betul. Ini disebabkan beberapa faktor penyumbang kepada serangan yang teruk, seperti tahap kiraan darah putih yang sangat tinggi. Pesakit ini bukan sahaja mengalami gangguan tidur setiap hari tetapi aktiviti harian mereka juga boleh menjadi terbatas. Terdapat kebarangkalian tinggi bahawa mereka boleh menjadi terlalu bergantung kepada ubat-ubatan yang memberikan kelegaan segera seperti penyedut dan steroid oral setiap hari untuk jangka panjang namun ianya tidak digalakkan.

Ashwini Saha
Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 di 1 Mont Kiara merangkumi permainan berasaskan pendidikan dan pameran yang memaparkan mesej pembelajaran utama berkaitan asma, bertindak sebagai platform untuk orang ramai lebih memahami dan memperoleh maklumat awal mengenai penyakit pernafasan ini. Turut diadakan sesi perkongsian asma oleh artis tempatan Dina, di samping reruai permainan yang interaktif dan pertandingan mewarna bagi peserta yang lebih muda. 





Walaupun asma merupakan sejenis penyakit kronik, penganjur kempen berharap majlis ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam serta penjaga mereka yang menguruskan kondisi berkaitan. Dengan pengetahuan yang betul, asma masih boleh dikawal dan diurus agar dapat menjalani kehidupan yang sihat.

Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 masih berlangsung dan orang ramai dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://qr.epmarketing.digital/wad2023

Mengenai Breathe Better

Kempen Bernafas Lebih Baik meningkatkan kesedaran tentang menguruskan asma secara berkesan bagi mencegah komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup orang ramai. Mesej utamanya, "Kawal Asma Anda," menekankan setiap pesakit harus mengawal asma dan mengetahui pilihan rawatan terbaik untuk mereka.

About Asthma Malaysia

Asthma Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk menjadi sumber yang boleh dipercayai tentang asma, untuk meningkatkan kesedaran terhadap piawaian penjagaan terbaik dan untuk memperkasakan pesakit dalam pengurusan asma mereka.

Asthma Malaysia berusaha untuk menjadi portal bagi penyakit asma yang terulung di Malaysia dengan harapan untuk memperkasakan pesakit dan menjadikan mereka lebih berpengatahuan. Kami berhasrat untuk memastikan penjagaan asma di Malaysia standing dengan yang terbaik di dunia dengan harapan untuk mengurangkan penderitaan dan kematian yang dikaitkan dengannya.

Kami berhasrat untuk menjadi sebuah pertubuhan yang terlibat secara proaktif dalam kempen penyelidikan dan promosi untuk meningkatkan kesedaran terhadap asma di Malaysia.

Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag