Skip to main content

SHAHZAN FRASER'S HILL KINI DIJENAMAKAN SEMULA SEBAGAI AHLI WYNDHAM GARDEN

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Pada 5hb September 2024, satu majlis perasmian penjenamaan semula Hotel Shahzan Fraser's Hill sebagai ahli Wyndham Garden telah diadakan. 

Bersempena pembukaan Hotel Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill, KYDMM Baginda Sultan Pahang Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Ibni Al Marhum Sultan Hj Ahmad Shah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis pembukaan Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill. 

Majlis dimulakan dengan upacara memotong reben dan disertai dengan persembahan Tarian Singa



Baginda juga, menanam Pokok Damar serta melepaskan burung Merpati Putih
di Majlis tersebut selepas selesai upacara menandatangi plak.






Mengenai Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill
Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill direka khas untuk memenuhi keperluan percutian santai dan lawatan kerja

Hotel ini menawarkan 92 bilik dan suite yang bergaya serta selesa iaitu Garden View, Garden View with Balcony, Golf View, Family Room, Premium Room, Junior Suite, Temenggung Suite dan Royal Suite. 



Pengunjung kini boleh menikmati udara segar pagi di balkoni peribadi sambil menghayati pemandangan yang menakjubkan. Untuk pasangan yang mencari kelainan,  bilik-bilik di hotel ini boleh dihias dan disusun untuk mencipta suasana romantik. 
Antara kemudahaan yang disediakan termasuk restoran halal, gimnasium, wi-fi berkelajuan tinggi dan bilik permainan kanak-kanak.  Ketahui juga sejarah dan cerita-cerita menarik Bukit Fraser yang dipamerkan di galeri Hotel. 

Maklumat lanjut sila hubungi : 609- 3622300 atau e-mel reservation@shahzanfrasershill.com
FB : Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill
IG : @wgshahzanfraserhill


Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...