Skip to main content

MUZIUM-MUZIUM BERSEJARAH DI NEGERI SELANGOR


Assalamulaikum dan Hi Semua.

Korang semua buat apa waktu-waktu cuti hujung minggu?  Janganlah asyik balik Kampung aje...sekali sekala luangkan masa,  bawa anak-anak pergi melawat Muzium. Dengan melawat Muzium dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan tentang ketamadunan manusia dan mengetahui kejadian-kejadian serta peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman tertentu.

" Muzium merujuk kepada tempat menyimpan pelbagai khazanah warisan sejarah dan budaya sesebuah negara.  Asas penubuhan sesebuah muzium itu adalah berfungsi sebagai tempat mengumpul bahan-bahan lama yang mempunyai nilai sejarah, seni dan budaya,  melakukan penyimpanan aktifak, memulihara (conserve),  membuat penyelidikan,  mempamerkanmendokumentasi dan mendidik masyarakat"

TINGGALAN SEJARAH JADI KENANGAN“

Terdapat banyak muzium bersejarah yang dapat dilawati bagi memperingati jasa wira-wira yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada jajahan negara Eropah. Lawatan bersejarah ke Malaysia tidak pernah mengecewakan dalam menawarkan kenangan bermakna serta signifikan. Dengan adanya muzium sejarah, ianya dapat memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan sesama rakyat. 

Oleh itu, di bawah merupakan senarai muzium yang boleh dilawati di Negeri Selangor:


1) MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT

Muzium Insitu Jugra merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878 dibina oleh Pegawai British, Kapten Harry Charles Syers dan kemudian dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor. Kini IA berfungsi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran yang berisi paparan sejarah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini tetapi fotografi tidak dibenarkan. Pengunjung boleh melawati muzium ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu hingga Khamis) dan 9.30 pagi – 12 tengah hari dan bersambung pada pukul 2.45 petang hingga 5.30 (Jumaat).

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: info@heritage.gov.my


2) GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, KLANG

Terletak di Klang, Selangor, Galeri Diraja ini dibina sebagai sebuah peringatan kepada Almarhum Sultan Selangor Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bangunan muzium ini mula dibina pada tahun 1909 sebagai Bangunan Sultan Sulaiman di mana kerajaan Inggeris menggunakan bangunan tersebut sebagai Pejabat Tanah dan pentadbiran semasa Tanah Melayu British. Selain itu, bangunan ini juga pernah dijadikan markas Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 selepas kemerdekaan Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan Pejabat Daerah Klang dan mula dibuka sebagai Muzium Peringatan pada tahun 1988 dan mula dirasmikan pada 19 Oktober 2007 oleh Sultan Sharafuddin sehingga kini. Galeri ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5.00 petang, Isnin dan cuti umum ditutup. Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ke: 03-3373 6500

3) MUZIUM KUALA SELANGOR, KUALA SELANGOR

Muzium Kuala Selangor ini menempatkan peninggalan sejarah Selangor yang boleh diketahui seperti batu nisan, senjata, tombak, meriam dan lain lain yang mana ia digunakan pada masa peperangan dari awal Kesultanan Selangor oleh Sultan Salehuddin (Raja Lumu) pada tahun 1766. Selangor juga mempunyai pertempuran tempatan (Perang Saudara) dan juga pertempuran yang diperjuangkan dengan Belanda dan Inggeris. Perang Saudara melibatkan Sultan Abdul Samad, Raja Mahmud, Raja Abdullah dari Kuala Lumpur, Raja Sulaiman (penguasa Klang), Tengku Kudin, dan Raja Mahadi. Ia kemudiannya adalah pertempuran untuk mendapatkan kuasa dan permainan politik di antara mereka yang berkuasa. Muzium ini terletak berhampiran dengan Altingsburd Lighthouse yang mana pengunjung boleh lawati selepas ke Muzium Kuala Selangor ini. Sekarang, muzium ini dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: www.padat.gov.my


4) PUSAT WARISAN KAJANG, KAJANG

Penubuhan Bandar Kajang adalah hasil daripada  perlombongan bijih timah dan penanaman getah. Pada tahun 1850-an, Daerah Hulu Langat merupakan tempat pertama untuk perlombongan bijih timah yang berada di Rekoh. Sultan Abdul Samad menawarkan untuk membuka lombong bijih timah di Bukit Arang kepada Towkay Chin Ah Chan pada tahun 1868. Pendatang Mandailing dari Sumatera adalah pelopor dalam membuka kawasan hutan di sekitar Kajang. Pengunjung boleh melawat ke Pusat Warisan Kajang ini pada hari minggu sahaja pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang yang menawarkan pelbagai koleksi yang berkaitan dengan Bandar Kajang dan Daerah Hulu Langat.

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: leekimsin@gmail.com


5) MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, PETALING

Muzium ini merupakan lambang utama warisan budaya dan pembangunan di Negeri Selangor dan reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan seni bina Minangkabau. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan dinamakan sempena nama Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang ke-7. Muzium ini memaparkan artifak prasejarah penempatan manusia awal dan serpihan gendang dari zaman Gangsa (Dong Son) sejak tahun 600 SM. Malah, museum ini juga menceritakan sejarah Selangor dari zaman kerajaan Portugis, Bugis, Belanda, Melaka dan Kesultanan Johor sehingga Hari Kemerdekaan. Kini, muzium ini boleh dilawati secara percuma dan dibuka pada hari Selasa hingga Ahad sahaja bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: info@padat.gov.my


PENUTUP

Akhir kata, kita perlulah hargai peninggalan sejarah agar memori terdahulu sentiasa diingati dan diambil pengajaran. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri agar sejarah tidak pupus dari ingatan. Sebagai peringatan, pastikan kita sentiasa untuk menjaga penjarakan sosial dan fizikal yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah sebarang penularan wabak virus COVID-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.


Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

#SplendidSelangor

#PusingSelangorDulu

#SejarahKitaTamadunKita

#TourismSelangor

#Takemeanywhere


Salam sayang,
MiedaJaz

Comments

  1. walaupun duduk KL-Selangor, tak pernah lagi jejak kaki ke sini ...perlu pergi ni

    ReplyDelete
  2. Samalah k mied...tak habis pusing selangor lagi nie

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...