Skip to main content

VIC2RIA SECRET FILEM COMEBACK DARI A R BADUL AKAN DITAYANGKAN PADA 15 JUN 2023

  Assalamulaikum dan salam sejahtera

Pada 13 Jun 2023,  bertempat di TGV SURIA KLCC berlansungnya Majlis  Malam Gala Filem Vic2Ria Secret.

Filem Vic2Ria  Secret merupakan filem terbitan Sheunik Sdn Bhd dan di arah oleh pelakun, pelawak  dan pengarah veteran yang tidak asing lagi iaitu A R Badul.

Pengembaraan filem ini dilakukan selepas tamatnya PKP Covid 19 dan merupakan filem comeback arahan A R Badul setelah lama berundur dari pentas perfileman.


SINOPSIS FILEM VIK2RIA SECRET

Viki (anak yatim piatu) pergi ke Kampung Horni dalam kegembiraan tetapi perjalanan dia penuh dengan dugaan. Dia bertemu dengan Ria dan mereka menjadi kawan karib sehingga membuka Butik pakaian dalam wanita yang mereka namakan “Vik2ria Secret”.

TOK KK ketua kampung flamboyant dan Cross Dresser mahu bertanding sebagai wakil rakyat (YB) kawasan itu dan pesaingnya ZAMRI
Peluang cerah timbul kepada Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik itu. Pelbagai kontroversi buat TOK KK makin bertindak tak rational dan menimbulkan kemarahan kepada Viki yang rasa kurang senang mengapa dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK kononnya perbuatan mereka mempunyai agenda yang merosakkan akhlak orang kampung.

Pembukaan Vik2ria Secrets mengundang gelagat lucu kepada penduduk Kampung Horni dan di sambut baik. 

Ini buat TOK KK rasa lebih gelisah kerana hasrat dia bagi menghindarkan VIki terus tinggal di kampung makin susah kerana VIKI mungkin merupakan anaknya hasil hubungan intim dengan pelayan bar tempat dua menyanyi sebagai " paperdoll" waktu dulu-dulu. Bagi mengelakkan perkara anak luar nikahnya diketahui yang boleh merosakkan imejnya kuncu dia telah bertindak mensabotaj butik Vic2ria Secret tanpa pengetahuannya.
Ropie antara pelakun utama yang hadir
Banyak insiden lucu berlaku akibat dari tindakan sebegitu terutama sekali SAAD pembantu TOK KK sehingga VIKI hampir menyerah kalah dan tinggalkan Kampung Horni.
Apapun Air yang dicincang takkan putus dan Tok KK akhirnya terima kenyataan Viki adalah anaknya dan semua perancangan 
buruk Zamri terbongkar. Tok KK tetap di terima orang kampung sebagai YB.

FILEM : VIC2RIA SECRET
PENGARAH : A R BADUL
PRODUCER : RICHARD UNG
PELAKON
ROPIE
ANNIE ARIFIN
KEENA MENTOR
FIZA HALIM
AR BADUL
MAN RAJA LAWAK
WAN GEGAU

Filem komedi ini akan menemui penonton bermula 15 Jun 2023.

Selamat menonton filem Vic2Ria Secret.

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...