Skip to main content

RESTORAN DAN TEMPAT MAKAN HALAL DI HATYAI

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesti ramai sudah sampai di Hatyai kan??  Ada yang sudah berulangkali pun pergi ke Hatyai tanpa sedikit pun rasa jemu🤭.

Apa menariknya Hatyai ini??
Menariknya Hatyai ini,  ikut perspektif masing-masing.  Bagi kak mied yang menarik tentang Hatyai adalah keenakkan makanannya.
Bagi sesetengah orang pula,  Hatyai adalah syurga membeli belah jadi semua ini terpulang kepada keinginan dan citarasa masing-masing.
Balik kepada cerita kak mied,  cuti hari raya Aidil Fitri baru-baru ini sempatlah kak mied sekeluarga berkunjung ke Hatyai,  orang kata alang-alang dah sampai rumah saudara-mara di Padang Besar, Perlis...kita terus aje ke seberang sempadan🥰.
Kebetulan kak mied masuk melalui Padang Besar selepas seminggu kita menyambut Raya jadi tidak ada langsung masalah kesesakan...setengah jam semua dah selesai.
Bila tujuan utama adalah memenuhi selera anak tekak dan perut buyut kami,  maka pemilihan tempat makan dan restoran halal menjadi keutamaan.
Ada beberapa restoran yang sempat kak mied menjamu selera ketika di Hatyai. 

#Restoran Kai- Tod Decha

Sampai aje di restoran ini, memang berderet orang beratur untuk mendapatkan meja tapi taklah lama mana,  kerana servis diorang memang pantas walaupun ramai pelanggan.
Nama kita akan di panggil dan di beri nombor meja serta berapa orang bersama kita. Sambil tue sempatlah kak mied ketawa sebab gaya slang yang keluar dari pemanggil dah macam orang Kelantan Siam🤭.
Di Kai Tod Decha ini,  katanya Nasi Bryani versi Thailand yang femes tue sangat sedap tapi kak mied sekeluarga tak gemarlah pulak sebab bagi kami nasi bryani yang sedap memang kat Kashmir( alamak!! Jauhnya nak pergi..kena repeat nie..hahaha).
Kami ini kalau gi Thailand memang mengorder Seafood dan Tom Yam jer lah. Jadi, tak usah ditanyalah sedap ke Nasib Bryani kat situ...memang tak terjawablah tapi Seafood memang fresh- fresh. Harga dan rasa tidak mengecewakan..kenalah dengan tekak kitaorang.

#Dimsum Chabura


Tempat makanan popular bagi pelancong Malaysia lebih-lebih lagi pada pengemar Dimsum.
Ada pelbagai jenis dimsum terdapat disini, pilih aje..semua akan dihidangkan di meja anda. Selain Dimsum,  ada pelbagai lagi makanan lain yang pasti memenuhi selera orang Malaysia seperti mee hoon sup, meehoon goreng, roti canai dan sebagainya.

#Khlong Hae Floating Market


Kalau dah sampai Hatyai,  tidak datang ke pasar terapung Khlong Hae untuk menjamu selera memang rasanya tak lengkap kan!!
Sampai aje di kawasan ini,  kita boleh melihat deretan sampan-sampan yang menjual makanan yang unik dan menarik.  Makanan yang terdapat di sini seperti Somtam, kerabu maggi, telur puyuh, ayam goreng, buah-buahan colek dan banyak lagi.
Terdapat juga gerai-gerai biasa  di bahagian atas,  jadi para pengunjung boleh memilih pelbagai makanan untuk dinikmati.

#Hamid Restaurant


Restoran ini terletak berhampiran dengan Lee Garden Plaza. Kebanyakkan hidangan makanan di sini lebih kurang sama dengan restoran Tomyam di Malaysia.
Bolehlah order makanan seperti nasi goreng kampung, mee goreng, sup ekor, sup daging, tomyam dan sebagainya.

#Pasar malam Lee Gardens Plaza


Pasar malam ini beroperasi setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di depan Lee Garden Plaza 
Meriah sungguh pasar malam disini.  Terdapat sajian udang galah, pankek, pulut mangga dan bermacam-macam lagi.   Selain makanan dan minuman jualan pakaian dan cenderahati juga terdapat di sini.
Kebetulan hotel penginapan kak mied tersangatlah dekat dengan Lee Garden Plaza nie,  maka setiap malamlah kak mied merayap cari makan disini🥰

#SeaVerse Cafe dan Restaurant



Sebuah perkampungan terapung,  memiliki  taman yang cantik,  juga terdapat Cafe serta restoran untuk pengunjung menjamu selera.
Baru dibuka pada tahun 2022, Lokasi berdekatan dengan Masjid Besar Songkla.
Lanskap sekeliling yan unik,  terdapat beberapa jambatan gantung yang menarik serta menara tinjau untuk menikmati pemandangan sekitar.
Sudah puas berOOTD,  korang bolehlah berhenti di Cafe atau Restoran di sini untuk menikmati hidangan stau membasahkan tekak
Bayaran masuk sebanyak TB40  tetap akan dikenakan kepada setiap pengunjung walaupun kita datang untuk makan di Cafe atau di Restorannya.

"Food is an exprience to be explored and enjoyed"


Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag