Skip to main content

PROGRAM KEMBARA EKO PELANCONGAN : AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK DI GUA MUSANG


Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Ada apa  yang menarik di Gua Musang???
Soalan yang biasa berlegar di
kepala mereka-mereka yang belum pernah sampai di sini. K.mied sendiri tak terkecuali pernah berfikir begitu. 

Info ( sumber : mdgm.kelantan.gov.my)

Gua Musang merupakan salah satu daerah di kawasan pedalaman yang terletak di selatan negeri Kelantan. Menjelang tahun 2017, kerajaan negeri kelantan telah mengiktiraf Gua Musang daripada Majlis Daerah kepada Majlis Pembandaran untuk menjadikannya sebagai salah satu bandar maju di negeri Kelantan.

Gua Musang merupakan jajahan terbesar di Kelantan dan merangkumi 3 DUN iaitu DUN Galas yang merupakan bandar Gua Musang, DUN Paloh dan DUN Nenggiri (Bertam).

Bagi menjawab soalan tadi, Ada apa di Gua Musang..kita tengok Aturcara yang telah 
 diaturkan untuk kami di Program Ekopelancongan : Rail Tourism yang telah diadakan baru-baru ini.

Setelah hampir 12 jam dalam train akhirnya kami tiba di stesen Keretapi Gua Musang


Keadaan di Stesen Keretapi Gua Musang

Setelah tiba di Gua Musang, kami 
berehat dan refresh diri di Durian Hill
 Villa iaitu tempat penginapan kami kali ini.

Sebelum tue,  kami di bawa ronda-ronda ke Stesen Keretapi Lama Gua Musang( Gua Musang Old Railway Station).




Stesen Keretapi Lama di Gua Musang ini telah pun di tutup pada tahun 2014 akibat banjir besar yang melanda.
Kunjungan ke sini mengamit Nostalgia,  jadi kami mengambil kesempatan bergambar sambil meninjau keadaan sekeliling.


Jam 8 malam,  kami  di bawa ke Warung Muse di Muse Ecopark untuk menikmati Makan Malam.
Nasi lemak ayam berempah jadi sajian makan malam 

Pandangan Bukit Batu Kapur di Muse Ecopark di waktu malam

Selesai Makan Malam,  
kami membuat lawatan ke 2 buah Masjid berdekatan .

1. Masjid Buloh
📍18300  Gua Musang, Kelantan
( Bersebelahan Warung Muse, Muse Ecopark)

Memang unik Masjid ini



Parkir yg luas di hadapan Masjid Buloh

Pihak media sedang diberi penerangan

Terletak  di tepi jalan Gua Musang -Kuala Krai,  berhampiran gua batu kapur Muse Ecopark.

Mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan tempat parkir yang luas.

Ianya di buka 24 jam,  menjadikan masjid ini tumpuan orang ramai untuk berhenti menunaikan sholat dalam perjalanan pulang ke kampung.

Hampir 90 peratus di bina dengan buluh betong tempatan ( Denďracalamus asper) dan buluh hitam (Phyllostachys nigra) yang di import dari Bandung, Indonesia manakala bumbung bahagian dalamnya di alas buluh yang dianyam.

Mula di bina pada tahun 2015 dan cetusan idea oleh Allahyarham Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat.

2. Masjid Razaleigh
📍Jalan Pejabat PAS,
Pekan Gua Musang,
18300 Gua Musang, Kelantan

Pemandangan hadapan Masjid Razaleigh pada waktu malam

Pandangan Masjid dari sudut sebelah kiri
Masjid yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.  Mula dibina pada tahun 2016,  berkeluasan 99,000 kaki persegi dengan rekabentuk menarik dan unik menyerupai Masjidil Haram di Mekah. Dilengkapi dengan 9 menara setinggi 90 meter dan 8 kubah mirip Masjidil Haram.
Nilai tambah yang mampu menarik pengunjung ke Masjid ini ialah Replika Kaabah di tengah-tengah Masjid.
Mampu menampung kira-kira 3500 jemaah dalam satu-satu masa.

Pandangan dewan sholat utama


Di bahagian tengah terletaknya Replika Kaabah

Skrin LED di Replika Kaabah akan memaparkan ayat-ayat suci al Quran serta iman membaca Khutbah

Hari Ke 3
Di mulakan pagi jam 6.15 dengan "Morning Hiking" di Durian Hill untuk melihat matahari terbit dan juga permandangan bandar Gua Musang.



Ini baru separuh jalan, tercungap gak..almaklum lama tak panjat memanjat nie😅😅

Nie dia Matahari terbit di Durian hill.masyallah❤


Nak berkhemah pun boleh..tapi harus minta kebenaran pihak penjaga kawasan tau

Pemandangan bandar Gua Musang di bawah tue

Selesai hiking, perut pun mula berkeroncong.  Jom kita bersarapan Roti canai dan Roti Sarang di :

📍Pitstop Route 8 Gua Musang
 @Kedai Makan Pok Wa
Jalan Bandar Baru, Bandar Baru Gua Musang 
18300 Gua Musang,
Kelantan
Phone : 019 9121401
Website : https://kedai_makan-pokwa.business.site/


Roti Canai dan Roti Sarang kedai Pok Wa ni memang lembut dan marvelous.  Selain dari itu terdapat lain-lain masakan seperti Nasi Dagang seperti pelbagai lauk pauk.

Aktiviti ke 2 pula kami di bawa ke Muse Ecopark untuk melakukan aktiviti Flying Fox. Flying Fox di sini adalah yang tertinggi di Kelantan dan pertama berkembar bersama Via Feratta (berjalan di dinding gua).

Sebelum aktiviti via Feratta ini dilakukan, ciri-ciri keselamatan seperti tali keselamatan, helmet serta penerangan dari petugas perlulah di beri perhatian

Bersiap sedia dah untuk panjat 

Via feratta ini bertinggian 40 meter

Kalau korang tak gayat..harus mencuba nie...memang best

Dah selesai via feratta, baru ke pelantar flying fox yg berketinggian 15 meter

Huhuhu..aku berjaya😅😅

Selesai semua..check out hotel, kami akan makan tengahari di Restoran Dalam Taman D'Tasek.

📍Restoran Dalam Taman D'Tasek
Bandar Baru Gua Musang,
18300, Gua Musang,
Kelantan


Hiasan dalaman restoran ini agak unik dengan mempamerkan botol-botol minuman lama serta pinggan mangkuk seramik zaman mak-mak kita dulu sebagai hiasannya😘


Jika mengambil meja makan di luar,  akan mengadap Taman Tasik Gua Musang...memang cantik


Lawatan seterusnya ialah melawat Taman Etnobotani KESEDAR :

📍Lebuhraya Kuala Lumpur -Gua Musang
18300 Gua Musang,
Kelantan

Taman Etnobotani Gua Musang dibangunkan sebagai pusat penyelidikan hutan dan rekreasi bertujuan bagi memelihara kepentingan hasil hutan dan produk yang berkaitan dengannya khususnya produk herba

Ia terletak berhampiran bandar Gua Musang iaitu di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dengan kawasan seluas 35 hektar. Komponen utama Taman Etnobotani ialah taman herba, galleri herba, pusat inkubator (8 unit) untuk pengusaha IKS berasaskan herba,kemudahan aktiviti riadah, chalet, taman mini haiwan dan pelbagai kemudahan sokongan. 

Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung ialah lawatan ke kawasan tanaman pelbagai jenis herba, mendaki bukit, perkhemahan, titian kanopi dan menikmati keindahan gua



Aktiviti mendaki dan melihat keindahan gua boleh dilakukan di sini


Dan yang lawatan terakhir sebelum berhenti makan malam dan sholat,  ialah ke KESEDAR GOLF CLUB

📍Golf Club  dan Rekreasi Gua Musang
Ibu Pejabat KESEDAR,
Bandar Baru Gua Musang,
18300 Gua Musang, Kelantan
Tel : 019 9129558

Padang golf tersebut ialah Kelab Rekreasi Perdana terletak berhampiran Taman Etnobotani. Ia merupakan padang golf 9 lubang yang dilengkapi dengan rumah kelab dan restoran serta terbuka kepada orang ramai dengan kadar bayaran yang berpatutan. 






Haruslah mencubanya bila dah sampai.hehehe
Begitulah aktiviti-aktiviti yang sempat k mied dan rakan-rakan dapat lakukan dalam masa 2 hari di sana.
Walaupun Gua Musang masih lagi di kategori kawasan pendalaman namun kecantikan alam semulajadinya boleh menarik kunjungan pelancung. 
Dengan usaha-usaha yang lebih giat dari pengiat-pengiat industri Pelancongan serta pihak-pihak berwajib dari segi menyelia urus tempat-tempat sedia ada serta mencari lagi produk-produk pelancongan yang boleh diketengahkan sudah pasti Negeri Kelantan amnya dan Daerah Gua Musang khasnya terus menjadi destinasi kunjungan ramai.


Salam sayang,


Nota kaki :
Ucapan terimakasih pada Tourism Wilayah Timur dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...