Skip to main content

AMANI VANILLA TEMERLOH(AVT)

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini k mied nak share tentang Vanilla pulak,  bukan apa tetiba hari nie makan Ais Krim perisa Vanilla terus teringat Ais Krim vanilla di Amani Vanilla Temerloh yang memang Vanillanya fresh dari ladang yang di tanam sendiri.
Korang semua pernah ke tengok pokok Vanilla nie?.  Terus teranglah k mied memang tak pernah tengok pokok Vanilla,  yg k.mied tahu esen Vanilla yang selalu kita letak bila nak buat kek atau kueh. Kalau Ais Krim tue k mied tahulah Ais Krim perisa Vanilla.hehehe😆😆😆

Berpeluang berkunjung ke Amani Vanilla 
Temerloh (AVT) baru-baru ini memberi k mied dan rakan-rakan pengetahuan untuk mengenali Pokok Vanilla yang di tanam serta khasiat-khasiatnya..

Nie dia Pokok Vanilla..macam pokok orkid kan


Vanilla Beans yang telah di keringkan

Pokok Vanilla adalah sejenis tumbuhan keluarga orkid yang berasal dari Mexico dan kini banyak di tanam di kawasan Tropika.
Penanaman Pokok Vanilla di Malaysia hanya dilaksanakan di beberapa lokasi seperti di Sabah, Pahang dan Kedah sahaja dan tidak di komersialkan kerana ia memerlukan kemahiran tinggi
Pengasas Amani Vanilla Temerloh En.M Feisal  sedang memberi penerangan serta menceritakan pengalaman beliau mengusahakan tanaman Vanilla.
Selain dari sebagai bahan perasa dalam makanan vanilla juga ada banyak manafaatnya.
Antaranya dapat menurunkan berat badan,  dapat meredakan stress,  mencegah kerosakkan pada kulit,  meredakan muntah, menjaga kesihatan jantung dan banyak lagi.
Antara kebaikan extrak Vanilla

Berbalik kepada Amani Vanilla Temerloh(AVT), yang menjadi pelopor bagi  industri Vanilla di Malaysia dan kini di angkat menjadi produk pelancongan di Pahang.



Berkonsepkan FARM  NURSERY CAFE pengunjung-pengunjung berpeluang
merasai keenakkan aiskrim Vanilla asli di Amani Vanilla Temerloh dan menu lain seperti Waffle, Coconut Shake yang di sajikan bersama Ais Krim Vanilla.
Di samping para pengunjung boleh melihat sendiri pokok Vanilla yang di tanam berhampiran Cafe.



K mied yg happy makan dua tiga jenis aiskrim😅

📍AddressAMANI VANILLA TEMERLOH (AVT)

Lot 2231, Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang

Contact: 0189132774 (Whatsapp)

Untuk maklumat lanjut sila layari;
Instagram: vanilla_temerloh
Facebook: Vanilla Temerloh
YouTube: Amani Vanilla 

#temelohunlimited
#temerlohbandarikanpatin
#temerlohtitiktengahsemenanjung
#AmaniVanillaTemerloh

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...