Skip to main content

RABBITLAND JENGKA : MINI ZOO DI PAHANG


 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua

Terletak berhampiran Jengka Wonderland, Rabbitland adalah mini zoo yang menjadi tempat rekreasi keluarga terutama pada hujung minggu.


Rabbitland Jengka ini merangkumi keluasan 50 ekar tanah yang terletak kira-kira 6 km dari Bandar Pusat Jengka.

Pemilik Rabbitland En Raffi yang sudi berkongsi cerita tentang minat beliau terhadap haiwan dan Rekabentuk Moghul hingga tercetusnya Rabbitland.

 Di buka dari Jam 9 pagi hingga 7 petang, ia beroperasi setiap hari.... jadi anda boleh merancang terlebih dahulu waktu sesuai untuk anda seisi keluarga ingin melawat tempat ini.

Entrance fee juga amat berpatutan dan tidak membebankan :

Dewasa RM10 

Kanak-kanak RM8
Warga Emas/Oku RM5

Nama pun Rabbitland kan,  tentu umum dah dapat nak teka apa haiwan yang menjadi tarikan utama di sini.

Memang benar,tarikan utama iakah taman arnab. Terdapat pelbagai baka arnab disini yang ada pelbagai warna bulu dan saiz.

Arnab-arnab ini dibiar bebas dan kurungannya dan pengunjung boleh masuk untuk mengambil gambar serta menyentuhnya


Dah namanya pencinta kucing..habis semua kucing nak di pegangnya🥰

 Selain itu, zoo mini ini juga menempatkan haiwan akuatik seperti kura-kura, katak, ikan, dan lain-lain lagi. Tambahan pula, terdapat pelbagai jenis burung yang dapat disaksikan di sini seperti Burung Kuang Emas, Burung Baji, Burung Cockatiel, Burung love bird, Burung Merpati, Burung Merak, Burung Unta, itik, dan pelbagai jenis ayam (Ayam Sutera, Ayam Belanda, Ayam Bulu Balik, Ayam Brahma, Ayam Poland, Ayam Batik, Ayam Serama dan Ayam Api-api).

 Terdapat juga haiwan mamalia di zoo mini ini seperti unta, rakun, rusa, kuda, memerang, kambing bebiri gurun, landak, tupai, kerbau balau, lembu besar dan banyak lagi.

Eeh..engkau nie..aku pun kau nak sebat😅




Di sini juga ada banyak spot-spot menarik dan istagrammable untuk bergambar.



Biasa tengok Rumah Hobbit di Indonesia rupanya rumah Hobbit nie lagi cantik

Ruang dalam rumah hobbit sangat menarik


Antara permainan kanak-kanak yang terdapat di sini
Kan dah khabar,  Temerloh nie banyak tempat-tempat untuk bawa keluarga beriadah...jadi luangkan masa berkualiti anda bersama keluarga.

📍RABBITLAND JENGKA, PAHANG

Waktu Operasi : Setiap Hari ( KHAMIS TUTUP ) Kecuali cuti sekolah/ cuti umum.

9.00 pagi - 7.00 malam

Tiket : Dewasa = RM 10

          Kanak-kanak  = RM 8

          W/Emas, OKU  = RM 5 

TEL : 019 - 6692377 / 019 - 922 9237

Salam sayang,

#temerlohunlimited
#temerlohbandarikanpatin
#temerlohtitiktengahsemenanjung
#rabbitlandjengka
#cuticutimalaysia



Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...