Skip to main content

MENAKLUKI BUKIT BROGA

Broga Hill atau Bukit Broga terletak di Semenyih Selangor.  Ianya sudah menjadi terkenal sekarang bagi yang mereka yang baru-baru nak cuba mendaki bukit ke,gunung ke...

Baru-baru ini aku berkesempatan mendaki Bukit Broga bersama anak-anak kesayanganku.  Seawal 4.30 pagi, kami telah bangun dan bersiap-siap untuk bertolak dari Sg Buloh.  Kira-kira 40 minit perjalanan dengan menggunakan Highway kami pun sampai ke Bukit Broga. Kenapa begitu awal kami bertolak?? Jawapannya ialah kerana ramai yang ingin ke puncak untuk melihat matahari terbit.



Cuba korang tengok gambar aku yang ini....Aduyai...semput jugak.tulah lama tak bersenam tiba-tiba panjat broga so aku nasihatkan pada yang dah berumur macam aku nie...exerciselah sikit....





Seawal pagi.....berduyun-duyun manusia sedang mendaki




Saat memulakan pendakian...budak kecik baju merah nie dah 2 kali panjat broga...mak dia x dukong dia pun..

Dalam perjalanan.................


Pagi nie mendung......hanya dapat melihat matahari yang disaluti jerebu....namun ia tetap indah



Kami sudah di puncak


kami 4 beranak dah sampai Broga...Mr Hubby bila lagi???malas tul bangun pagi dia tue...


Selepas rehat2 dalam 40 minit di puncak....minum dan bekalan yang berupa air kotak dan roti,  kami pun menuruni puncak.



Nasib baik ada tali waktu menuruni bukit....klu tidak jenuh jugak aku nak imbang badan..huhuhu

Signboard nie pun boleh jumpa waktu turun



Pokok berbuah kasut nie terjumpa bila menuruni bukit...simbolik betul.....kalau ada kasut yang tak boleh pakai nak jugak sangkut kat pokok nie...HAHAHA
 
Inilah serba-sedikit pengalaman kami mendaki Broga.

Sesiapa yang belum pernah kesini...bolehlah cuba-cuba mendaki ...menikmati panorama indah di waktu pagi sambil melihat matahari terbit.






With Love

Comments

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...