Skip to main content

Percutian ke Sabah : Kiram's Village

Assalamulaikum semua dan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini..

Sebelum menyambut bulan Ramadan iaitu pada 26hb Jun hingga 29 Jun,  kak mid dan family sempat bercuti ke Sabah...

Kak mid nak buat review sikit pasal tempat penginapan kami di Kundasang, Sabah dulu ya....sebelum k mid cerita pengalaman lain... Nama tempat penginapan kami tue Kiram's Village... betul2 di kaki gunung Kinabalu...sejuk gila....

Perjalanan dari Kota Kinabalu k esini mengambil masa kira-kira 2 jam setengah menggunakan kereta yang kami sewa...kereta jenis Saga FLX..sebelum nie nak jimat konon nak sewa viva...nasib tidak sewa viva....dah lah lima orang, dan lagi perjalanan ke Kundasang tue macam perjalanan ke Cameron Highland..Naik saga pun merangkak-rangkak...inikan pulak Viva...

Sepanjang perjalanan kami kesini cuaca sangat elok...tidak hujan membuat perjalanan kami berjalan lancar...

Keindahan gunung kinabalu..subhanallah


Pemandangan dari Desa Dairy Milk a.k .a New Zealand Malaysia.........kiranya dah dekat dengan Kiram's....teruskan pemanduan

Kita semua akan sampai di Pekan Kundasang dulu sebelum sampai ke Kiram's Village...jangan jadi macam k mid terlanjak jauh jugak....Jadi k mid nak bagi peringatan ..jika sampai Pekan Kundasang tue...jika dari arah Kota Kinabalu,  sila belok ke kiri ye ...sebab tak da signboard Kiram's Village kat situ...signboard penginapan lain banyak...tue yang buat k mid terlajak...orang lain tak tahu lah terlajak ke tidak...Nak syorkan pada En Kiram supaya buat signboard kat Pekan Kundasang.


Selepas Desa Dairy Farm baru akan jumpa signboard Kiram's.....tak susah sangat nak cari...bole bertanya ....


Ini dia Kiram Village....tue reception area dia...simple je

Banyak bunga-bunga kat sini warna warni lagi....berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu...



Nama-nama sayur-sayuran di gunakan untuk chalet...k mid dapat chalet celery

Ini pintu gerbang dia...tengok tue...penuh dengan bunga2

Salah satu jenis penginapan di sini...ini nama apa entah...Brocolli rasanya




Ini dia penginapan kami Celery  berkembar dengan  Tomato    .  Sangat sesuai untuk keluarge kecil dalam 5 ke 6 orang



Pemandangan luar dari penginapan kami


Ini dia pemandangan dalam...ada  dapur bole memasak..kami masak maggi tuk sahur sebab hari pertama puasa masih di Sabah...sebenarnya Cafe dia bukak untuk bersahur pada pukul 3.00 pagi tapi semua malas nak keluar dari chalet sebab sejuk sangat

Simple aje Kiram Village nie tapi oklah jika memang inginkan percutian budget.......jika ada sesiapa berminat bolelah menginap di sini..masa k mid datang memang berhajat nak berkenalan dengan En Kiram tapi sayangnya dia ke Indonesia kata pekerjanya...jadi tak dapatlah berkenalan dengan dia hanya berurusan melalui email jer...oklah di sini k mid letakkan contact Kiram's Village jika sesiapa nak menginap di sini.

                      Email  : jamalulk@gmail.com
                      Tel  : 016-6950057 /019-8824546
                       www.kirams-village.com

With luv,

Comments

  1. Kku gi sini, just nak bergambar di kawasan sekitar Kiram Village ni boleh ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag