Skip to main content

Parking Kereta Di KLIA 2

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Alhamdullilah dah hampir pertengahan Ramadan dan k mid pun telah mendapat sijil Pemandu Pelancong dan secara rasminya k mid akan menjadi Professional Tourist Guide....dan insyaallah lepas Aidil Fitri nie nak concentrate jadi Tourist Guide.

Oklah....let's talk about KLIA 2....semasa percutian sebelum puasa ke Sabah ..k mid telah pun menaiki flight dari KLIA 2..ya lah secara rasmi penerbangan AirAsia telah berpindah ke sana bermula pada bulan Mei 2014.  Secara amnya memang KLIA2 sangat besar dan selesa. Memang akan menjadi salah satu lagi mercu tanda Malaysia dan akan menjadi satu kemudahan bagi rakyat Malaysia serta bagi menyambut kedatangan 28 juta pelancong luar pada tahun ini dan tahun akan datang.

Seperti biasa...bergambar dulu baru naik flight
Besar sungguh KLIA 2 nie.  Banyak tempat makan tapi biasalah airport...harganye mestilah berganda...
Ada satu tempat yang k mid suka kat KLIA2 ni ialah tempat lepak yang bole baring-baring tue..macam oversea punya airport tapi sayang k mid tak sempat snap gambar sbb kelam kabut nak balik aritue...flight last dari KK....

Sorry!! gambar x memuaskan...almaklum guna talipon bimbit kokak....hehehe
Tempat Departure dan Arrival sangatlah jauh...kesian jugak klu pada makcik-pakcik yang dah berumur tue tapi tak pa ....jalan perlahan-lahan sampai jugak kan...hehehe..

Tempat parking pula sangatlah banyak...ok!!  tapi harga dia adalah RM46 sehari dan jika sejam adalah RM4...bole rujuk di www.klia2.info untuk mengetahui lebih lanjut  mengenai parking rate.

Setelah dicongkak itu dan ini dan dicampur  ditolak...jika  k mid parking selama 4 hari di Parking KLIA bersamaan dengan RM184.00.. Kalau k mid sekeluarga naik bas dari KLSentral memanglah jimat tapi flight kami tengah malam sampai sangatlah leceh...lepas tu nak naik komuter pulak... Tapi ada satu lagi tempat parking yamg lebih murah iaitu Long Term Car Park(LTCP) yang terletak di jalan KLIA1. Kadar bayarannya adala RM32 sehari atau RM2.50 sejam tapi perlu menaiki bas ulang-alik yang disediakan secara percuma pada setiap 15 minit...Aduyai satu kerja pulak nak tunggu bas malam-malam...manatau bas yang ditunggu tak kunjung tiba....kami tak mau ambik risiko oooi....
Lagi satu klu naik Limousin dari rumah kami di Sungai Buloh pun harga RM100 sehala...jadi pergi balik RM200 jugak lah...

Last2 kami mengambil keputusan parking di Tune Hotel  berhampiran KLIA2 tue...k mid terbaca review dari seorang blogger..katanya murah sikit dan ada walkway yang bersambung ke airport...jadi k mid decide nak cuba parking di Tune Hotel.




Inilah harga parking di Tune Hotel KLIA2 untuk 3 hari 5 jam 18 minit  = RM123.00 so k mid rasa k mid dah jimat RM50 dari k mid parking kat KLIA 2 parking terminal.

Jadi Tepuk Dada tanyalah selera... inilah serba sikit yang boleh k mid kongsikan dari pengalaman sendiri.

Bye! Bye!

With luv,

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Gelenggang KLIA Transit House menyediakan Penginapan & Parking Transit pada harga yang berpatutan. Harga Transit Parking hanyalah RM20.00 sehari termasuk hantar/ambik di Airport. Sila layari www.gelenggang.com untuk keterangan lanjut. T&C Apply.Kalau rumah jauh sangat boleh la bermalam di Homestay kami dulu esok kami hantar.

    Buat masa sekarang parking terhad 10 biji kereta dan boleh booking online. Layari www.gelenggang.com atau whats apps kami 012 303 6203.

    ReplyDelete
  3. Promo Parking Syawal 2016 ( Travel Pack ) - Parking RM10.00 sahaja sehari.
    Keterangan Lanjut sila layari www.gelenggang.com atau facebook kami
    https://www.facebook.com/gelenggangtransit

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

TEMPAT MAKAN BEST DI MANJUNG

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Tengah buat apa tue?  mesti tengah lepak-lepak kat rumah tengok TV...Almaklum lah kena PKP nie kepala jadi tepu  tak tahu nak buat apa..makan tidur, tengok TV..pastu makan lagi..pastu tidur lagi,..hahaha. Tak pa sabar sikit ya...lagi 2 minggu kita sama-sama doakan PKP nie tidak di lanjutkan lagi dan sekarang kita duduk di rumah diam-diam kat rumah.  Jangan bagi PM kita dok merayu-rayu #STAYATHOME. Boring-boring nie k mid teringatlah tempat-tempat makan yang k mid pergi sewaktu kunjungan ke Manjung baru-baru ini. Manalah tahu kalau lepas-lepas nie dah bebas dari Covid 19 nie ,  sesiapa pergi ke Manjung atau pergi Pulau Pangkor ke bolehlah singgah di sini . # BIG WHALE CAFE Big Whale Cafe sebuah cafe yang Cozy dan mempunyai susunatur yang kemas .  Cafe ini menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh di cuba.  Ada menu Western, Japanese dan Korean.   Pendekata,  boleh  cuba menu brunch, lunch dan dinner . Cafe ini terletak di  : 

PENGALAMAN SAMPAI KE PARADISE 101 LANGKAWI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera "PARADISE 101 LANGKAWI" Korang semua dah pernah sampai ke sini ke???  K mid baru aja sampai ketika mengikuti Famtrip baru-baru ini. Paradise 101 adalah pulau persendirian dan  pulau buatan manusia.  Di urus dan di miliki oleh NAAM Sdn Bhd,  ia nya merupakan Pulau yang ke 101 di Langkawi. Berlantarbelakangkan Laut Andaman, pulau eksklusif ini hanya berkeluasan 2 ekar,  dikelilingi dengan pasir pantai yang memutih serta pohon pinus yang tentunya menjanjikan permandangan indah. Ada banyak aktiviti air yang ditawarkan di sini seperti main jet ski,  main taman tema mini Aqua, Banana bot, snorkelling , zipline dan lain-lain lagi. Disini juga terdapat kemudahan lengkap yang lain seperti Dewan untuk menglansungkan majlis perkawinan, Cafe, tandas dan sebagainya, Bagaimana cara hendak ke sini?? Senang aje nak ke Paradise 101 nie,  kena naik bot di jeti Paradise 101 yang terletak di Pantai Kok berhampiran dengan Telaga Harbour Marina Langkawi. D