Skip to main content

PLATFORM DIGITAL "PERAK BOX OFFICE" MAMPU MENJANA PENDAPATAN 70 JUTA KEPADA SEKTOR PELANCONGAN

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pelancongan Negeri Perak (PKP Perak), YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi menyempurnakan pengumuman kerjasama platform penjualan tiket unik khusus untuk negeri Perak yang dikenali sebagai ‘Perak Box Office’. Disokong oleh PKP Perak dan People of Remarkable Talents (PORT), inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan negeri Perak dan menjana lebih dari RM70 juta dalam tempoh lima tahun.

Perak merupakan salah satu destinasi pilihan pelancongan di Malaysia, mempunyai kepelbagaian flora dan fauna dan kaya dengan sejarah yang menjadi tarikan pelancongan. Selain itu, pelbagai acara seni kreatif dan kebudayaan kerap dianjurkan bagi menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa. 

Sebagai usaha untuk menonjolkan tarikan-tarikan negeri ini, L’Univers dan Pouch Nation berganding bahu menghasilkan sebuah platform digital menyeluruh bagi memudahkan para pengunjung mengakses tarikan-tarikan yang menarik dan acara-acara yang sedang berlangsung. Ini termasuklah konsert,
perayaan, festival makanan, festival muzik, pameran dan konvensyen, pertunjukan bot antarabangsa, pertunjukan kereta dan acara triathlon.

YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi berkata, “Saya berasa gembira untuk menyambut para pelancong tempatan dan antarabangsa ke destinasi pelancongan kami dan melakarkan memori yang berkekalan. Sepanjang tempoh pasca pandemik, saya sedar yang kita boleh lakukan yang lebih baik untuk #travelperaklah dan Cuti-Cuti Malaysia.”

Beliau menambah, “Platform seperti ‘Perak Box Office’ bukan sahaja berguna kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi destinasi-destinasi di Perak dan mendapat maklumat terkini mengenai acara, tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan negeri Perak dengan menjana pendapatan sebanyak RM 70 juta dalam tempoh lima tahun.”.

Bersempena dengan pengumuman ini, L’Univers turut mengumumkan mereka akan membawa pertunjukan-pertunjukan seni kreatif dan kebudayaan dari serata dunia ke negeri Perak, bermula dengan pelancaran “The UK Bubble Show”, sebuah pertunjukan silap mata yang memenangi anugerah menampilkan pemegang beberapa Rekod Dunia, Eran Backler yang baklal mencipta satu lagi Rekod Dunia di Malaysia. Para pelancong juga akan disaji dengan pelbagai pertunjukan yang menghiburkan pada suku akhir tahun 2022, yang akan tersedia di platform ‘Perak Box Office’ kelak. Ini termasuk:

  • Simposium Muzik Antarabangsa
  • Festival Jazz Pulau Pangkor
  • Hari Keluarga Krismas, Gopeng
  • Pesta Laut, Lumut
  • Bengkel Tarian dan Gimnastik PSTPA
  • Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia
Ketua Pegawai Operasi Pouch Nation, En. Gonçalo Vaz de Carvalho berkata, “Malaysia merupakan negara yang menakjubkan dengan pelbagai tarikan. Semasa menerokai negeri Perak, kami di Pouch Nation amat menghargai kecantikannya dan kepelbagaian tarikan yang tersedia, termasuklah juadah-juadah tempatan. Walaubagaimanapun, Perak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya, dan saya berbangga kerana dapat menonjolkan keunikan negeri Perak melalui solusi digital kami dan membantu para pemain industri pelancongan memodenkan pemasaran mereka untuk menarik minat lebih ramai orang.”
Mr.Goncalo Vaz de Carvalho

Ketua Pegawai Eksekutif L’Univers, Shannon Lee berkata, “Untuk negeri yang memiliki bakat-bakat mengagumkan dan kepelbagaian budaya, ‘Perak Box Office’ bertindak sebagai pentas untuk negeri Perak dan Malaysia menonjolkan tarikan-tarikan kepada dunia. Di dalam membangunkan platform ini, kami mampu membawa lebih ramai pengunjung ke negeri Perak dan bakal mencipta peluang pekerjaan di samping mempromosikan pelancongan. Saya percaya, ‘Perak Box Office’ bakal melonjakkan Perak ke peringkat yang lebih tinggi, menarik pelancong tempatan dan antarabangsa penuh dengan elemen-elemen seni kreatif dan kebudayaan yang mempersonakan.”.


Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag