Skip to main content

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL NOSTALGIA LAGENDA DI KELAB GOLF DIRAJA PERAK

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Majlis Makan Malam Amal Nostalgia Lagenda telah berlangsung pada Sabtu, 15 Oktober 2022 di Kelab Golf DiRaja Perak (Royal Perak Golf Club) dengan kehadiran eksklusif Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak.
Duli Yang Maha Mulia Raja Di Hilir hadir pada Majlis ini
Umum sedia maklum, tahun 2020 pandemik global Covid 19 telah memberi impak besar kepada industri hiburan apabila semua aktiviti seni terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan. Ramai antara artis yang terjejas. Ada yang terpaksa menjual alatan muzik bagi kelangsungan hidup, ada yang jatuh sakit malah ada yang meninggal dunia.
Walaupun kerajaan sudah membuka semula sektor hiburan pada awal penamatan PKP bagi membolehkan para artis dan penggiat seni meneruskan pencarian pendapatan dan pelbagai inisiatif digiatkan oleh agensi kerajaan dan NGO seperti Karyawan sudah tentu ia ambil masa agak lama untuk menstabilkan keadaan sosio-ekonomi mereka.
YM Dr Raja Putra Shah bersama Datuk Freddie Fernandez
Dengan sebab ini, YM Dr Raja Putra Shah bersama Datuk Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, telah mencetuskan idea acara majlis amal ini bagi yang bertujuan meraih dana bagi membantu artis-artis yang terkesan.

Empat orang artis legenda telah dipilih bagi acara Majlis ini iaitu Shuib, Fredo, Jay jay dan Zur Eda.
Mereka merupakan artis seangkatan yang pernah popular dengan lagu hits masing-masing pada era 80an. Kenangan Lalu nyanyian Fredo Flybaits, Mulanya Di Sini nyanyian Shuib Freedom, Rindu Bayangan nyanyian Jay Jay Carefree and Pelitaku nyanyian Zur Eda sememangnya membawa kenangan nostalgia dan menggamit memori kepada ramai di kalangan kita, rakyat Malaysia tidak kira bangsa. Keempat-empat artis lagenda ini pernah dan sentiasa menjadi idola dan sumber inspirasi menerusi kehebatan suara, keasyikan melodi dan keindahan lirik yang membekas di dalam hati para pendengar sehingga kini.
Artis jemputan lain yang turut serta ialah Iqa Nasra (Finalis Mentor 5) dan Datin Maylene Yong, ikon pengiat kerja-kerja amal, kumpulan Migos serta pemuzik graduan Aswara.
Majlis amal yang dihadiri oleh 600 hadirin di mana majoritinya merupakan para usahawan tempatan, syarikat GLC dan agensi penyokong industri keusahawan negara ini juga mampu menarik minat mereka memberi peluang kepada para artis legenda ini mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat dan sosial anjuran organisasi mereka dan rangkaian niaga mereka.

Di majlis ini juga, 10 penerima Anugerah United Entrepreneurs Awards (UEA) telah diberi penganugerah.
Pemilihan penerima Anugerah ini berdasarkan rekod kecemerlangan dalam menyokong ekosistem keusahawanan nasional.
Penerima Anugerah United Entrepereneurs Award(UEA)
Tidak hanya Acara Nostalgia Lagenda ini berakhir di Kelab Golf Diraja Perak ini tetapi kolaborasi majlis amal ini akan terus dilaksanakan di bawah jenama Nostalgia Lagenda menerusi perjanjian kerjasama antara Persatuan Karyawan Malaysia dan syarikat pengurusan acara, Nerv Global Sdn Bhd dengan pelantikan YM Dr. Raja Putra Shah selaku penasihat acara.

Marilah kita bersama-sama membantu sambil menderma terhadap artis dan penggiat seni tempatan yang terjejas akibat pandemik.

Diharap Majlis amal Nostalgia Lagenda mampu mengajak para usahawan, individu mahupun syarikat swasta, syarikat GLC dan agensi keusahawanan untuk turut terus menyokong  program-program Nostalgia Lagenda pada masa akan datang.

Organizer :  Persatuan Karyawan Malaysia
                       Nerv Global Sdn Bhd
Supported by : SME Perak
Penaja Penginapan : MB Incoporated Perak.

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag